Monday 9 June 2014

BUMI ITU RATA..!!

Bumi dan Langit pernah bersatu sebelum dipisahkan..
Bumi telah dijadikan hamparan dan bukit bukau sebagai pasak...
Matahari itu terbenam di dlm air yang berlendir..
Matahari bergerak mengelilingi bumi..!!


The English sinologist Cullen emphasizes the point that there was no concept of a round Earth in ancient Chinese astronomy: "Chinese thought on the form of the earth remained almost unchanged from early times until the first contacts with modern science through the medium of JESUIT MISSIONARIES in the seventeenth century..."

Sumber: Wiki (Flat Earth)

Apa perberbezaannya pd kehidupan kita sekiranya bumi itu benar rata..??
Mengapa ulama tidak menyanggah teori yg disebarkan Jesuit..??
Mengapa penipuan ini dibiarkan berterusan..??
Tak penting sangat kah samaada bumi tu rata atau bulat..??


Kebenaran telah dikelirukan oleh penyembah-penyembah setan..!!
Apa lagi penipuan yang ada??





SIAPA DAIM..??

Siapa sebenar nyerr Daim yg diam...



SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai 'Daim Yang Diam'

Suatu hari aku dihantar melakukan tugasan di Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di International Bank of Commerce (ICB) berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang pekat itu.

(ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The Banker di London.)

~copy and edited~

Sumber: amirhamzah64.blogspot

Friday 6 June 2014

MELAYU KINI

BACALAH....WALAU AGAK KERAS DAN KESAT PADA PANDANGAN KITA...TAPI ADA KEBENARANNYA

Woi Melayu!

Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu Melayu ada apa?


Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!


Woi Melayu!

Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!


Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!


Woi Melayu!

Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu semakin hambar

Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa Melayu tak macam dulu.....


Lu pikir la sendiri..!!

ARKIB