Dollah...ko anak beranak memang pembawa sial kpd negara...resign la Dollah ooiiii...
*************************************************
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen iaitu kenaikan tertinggi dalam sejarah negara.
Ini menjadikan harga baru bahan api itu RM2.70 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ini.
Harga baru diesel pula ialah RM2.58 seliter, meningkat RM1 berbanding harga lama RM1.58 sen seliter.
Kali terakhir diesel dan petrol dinaikkan pada 28 Februari 2006 yang membabitkan kenaikan 30 sen seliter bagi kedua-dua bahan api itu. Bagaimanapun, harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 bagi petrol dan RM4.33 bagi diesel di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.
Kenaikan harga petrol dan diesel itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, petang semalam.
Dalam usaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana terhadap kenaikan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal.
“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) manakala trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.
Menjelaskan mengenai pembayaran tunai itu, Abdullah berkata, ia akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
“Bayaran tunai itu akan diberikan secara kiriman wang di Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008,” katanya.
Beliau berkata, bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori itu, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bayaran cukai jalan yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.
“Bagi pemilik kenderaan petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2,” katanya.
Itu satu daripada langkah yang diluluskan Kabinet menerusi pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Langkah seterusnya, Abdullah berkata, Kabinet juga bersetuju menyelaraskan subsidi diesel untuk syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan.
“Pada masa ini, operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel iaitu RM1 seliter bagi nelayan dan RM1.20 seliter bagi pemilik diesel.
“Kabinet hari ini (semalam) bersetuju menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok (hari ini), dengan penyelarasan harga itu tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem `fleet card’ yang akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, Kabinet bersetuju membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru itu secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel.
“Kerajaan akan membayar secara tunai sebanyak RM200 setiap bulan kepada pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan di pusat perikanan dalam negara.
“Kabinet juga memutuskan pengusaha bot penumpang sungai juga akan diberi bayaran tunai 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” katanya.
Selain itu, mulai 1 Julai depan, Perdana Menteri berkata, harga gas yang dibekalkan Petronas di Semenanjung akan diubah iaitu bagi sektor elektrik, harganya akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu.
Abdullah turut mengumumkan satu struktur tarif baru elektrik akan berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
Ia akan diguna pakai semua pengguna domestik (rumah), komersial dan industri di Semenanjung Malaysia, manakala satu struktur tarif baru bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan selepas ini.
“Struktur tarif baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowatt Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60 dan ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama.
“Pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus, tetapi bagi peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, mereka hanya akan mengalami kenaikan 18 peratus jika menggunakan tidak melebihi 200 kWj setiap bulan,” katanya.
Beliau berkata, Kabinet juga bersetuju memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) sedia ada berkuatkuasa 1 Julai depan dan bagi menggantikannya Kabinet akan melaksanakan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas Pengeluar Minyak Kelapa Sawit.
“Walaupun COSS dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru itu akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak,” katanya.
Selain harga minyak masak yang tidak akan dinaikkan iaiatu RM1.75 setiap satu kilogram, harga Gas Asli bagi Kenderaan (NGV) iaitu 63.5 sen seliter juga dikekalkan.
Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan bayaran cukai perkhidmatan restoran yang terletak di luar hotel, kerajaan bersetuju perolehan jualan tahunan (threshold) restoran seperti itu dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan RM13.7 bilion akan diperolehi daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan POP.
Ia akan digunakan untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara iaitu RM4 bilion, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import bagi penyeragaman harga beras di Sabah dan Sarawak (RM0.4 bilion), subsidi tepung (RM0.2 bilion), subsidi roti (0.1 bilion) dan sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas iaitu RM7.5 bilion.
Wednesday 4 June 2008
ARKIB
-
▼
2008
(391)
-
▼
June
(90)
- Dipenjara seumur hidup di Taiwan
- DARI JELEBU
- Benarkah Anwar Ibrahim liwat Saiful Bukhari?
- Anwar nak kena tangkap kes liwat (lagi); Ezam saks...
- Kes Liwat Anwar Ibrahim
- Tiada peta di dalam dunia yang sama seperti ini
- Saintis Gila
- Cerita dan Kisah Ezam
- NKorea blows up nuke plant tower
- Kalau Betul-Betul Tak Bersalah Segeralah Saman!
- Khalid mula bersihkan Selangor
- Ahli Parlimen BN marah Nazri hina mereka
- Tidak mustahil PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat ...
- Protes cara baru
- Pakatan perlu JALAN PINTAS untuk bentuk kerajaan?
- Desas-desus mengenai Anwar jadi PM
- "Anda tidak sepatutnya meminta saya mengulas dakwa...
- The unanswered questions about Musa Safri
- Payudara yang lebih besar.
- PLKN; Lubuk duit
- BERITA TERBARU TENTANG MINYAK....
- Lt. Kol Aziz Buyong, Kor Jurutera, Mindef
- Dollah menipu lagi dan lagi..
- Saudi Marriage Officiant : 'It Is Allowed To Marry...
- Kemampuan risikan E3M terhad?
- Usul penstrukturan harga minyak di parlimen
- Do The Right Thing
- Mukhriz menyokong SUPP
- Tanzhim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara
- Di mana KJ
- Psikotropik
- Altantuya hidup kembali!
- Perempuan Melayu & arak...mmm
- Temasik Group - KJ -TNB
- Cabaran KJ disahut!
- Depate on Women
- Born before 1986
- Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 3)
- Terkini
- Setor UTK tiada rekod baki bahan letupan
- Carta subsidi KERAjaan
- Hujah TV9
- Jurutera JKR didakwa rasuah RM250,000
- broadbandsports.com
- Pics of the day!
- Prudent ekonomi?
- Sistem menaikkan pemimpin baru
- Selangor: Rumah ibadat
- Buletin Utama: Selangor patpong Malaysia
- Cadangan Menurunkan Harga Minyak
- BN: Ubah gaya hidup
- Jangan biarkan "Singapura dapat tanah"
- 3 tiga isteri setuju, mampu broker tanah dibenar k...
- Ezam: Anak terbuang
- Shahidan enggan tunduk pada tekanan
- Abdullah Siap Untuk Hadapi Pemberontakan Rakyat!
- Pertandingan 100 Hari 100 Kereta Tetap Haram
- Dollah menipu lagi
- Dana memantapkan ekonomi..iyer ke dollah?
- Kerajaan 3 beranak yang untung
- Soalan untuk Petronas.
- Noh Omar hendak ajar apa yang betul
- Adik Noh Omar kaki ganja
- Gabungan Protes Harga Minyak
- Minyak: Kenapa kita mahal, diorang murah?
- Rebet Minyak - Kerajaan (Nak)Tipu Lagi??
- Rakyat Mesti Berjumpa Agong sebelum Dollah guna Ma...
- Harga: Gula naik, beras turun
- Barat fobia dengan angka 13
- Harga Minyak
- Ikon Remaja masa kini
- Gaji menteri
- Home made fire extinguisher
- Jangan berdemontrasi - Dollah PM
- JKKK diarah sabotaj Selangor - PKR
- Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar
- BN dan matematik.
- Mossad - The World's Most Efficient Killing Machine
- Largest Swiss Newspaper Asks if Bush Was Behind 9/11…
- The Biography of Prophet Muhammad S.A.W.
- Barang Naik...penyelarasan sajerrr?
- Tarif baru elektrik 1 Julai
- Shamsiah Fakeh...Pejuang kemerdekaan?
- Buletin Utama : RM 28 Billion belanja pembangunan
- Petrol naik...lagi?..Malaysia boleh!
- Israel bank accounts of Mahathir's family & Cronies
- Umno dimakan sumpah
- Dadah dirampas polis hilang lagi
- Ulasan Nik Abduh Tentang Azam Baru Ezam Md Nor
- Walimatulurus: Mat Ezam & Ummi Mariammah Nagore Omar
-
▼
June
(90)