PETALING JAYA: Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?
Spekulasi tentang 'misteri' kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.
Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.
Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.
"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.
Ketika ditanya tarikh tepat bila polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata :"Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala".
Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lepas.
Selepas menarik balik tuduhan dalam akuan bersumpah kedua, Bala terus hilang. Pada hari Jumaat lepas, anak saudaranya R.Kumaresan, 27 membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudara dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Sabtu.
P.Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya masok kategori orang hilang. Kali terakhir Bala dilihat semasa berjalan keluar dari sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi Jumaat bersama peguamnya selepas tarik balik akaun bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.
Pada malam Isnin, jam 11.30 malam Kumaresan menerima satu panggilan telefon dari Bala sendiri dan terungkai misteri kehilangannya dan dia sekeluarga selamat.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai menghormati hak privasi Balasubramaniam untuk tidak diganggu.
Sementara Datuk Seri Najib Razak pula ketika diminta mengulas desakan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) supaya Bala dibebaskan, berkata: "Kita tak bertanggungjawab jaga dia... kena tanya dialah, mana kita tahu kat mana. Lagipun anak saudara dia dah jawab dia selamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ibrahim Pahlawan Melayu di sini.
Kelmarin, lebih 100 penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di Brickfields mendesak pihak berkuasa membebaskan Balasubramaniam dan mengugut akan menganjurkan protes besar-besaran jika permintaan itu tidak dipenuhi.
Thursday 10 July 2008
ARKIB
-
▼
2008
(391)
-
▼
July
(92)
- TS Khalid Ibrahim"Action speak louder than word"
- Bila nak bawa Anwar ke Mahkamah?
- Siapa bapa Saiful?
- Surat terbuka Ketua penerangan PAS
- Pusrawi : Konspirasi liwat
- Kenapa nak bermuqabalah dengan umno?
- Al-Kesah Kerbau Jantan
- Pics of the Day!
- Dolah & Najib Takut Jumpa Akhbar
- Letter to Najib - a really good one
- Peralihan kuasa 2010?
- Semakin terselongkar – semakin rapat Anwar ke Putr...
- Lantik peguam – Idris Nak saman kerajaan atau hada...
- 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said
- SIAPA LANTIK ABDULLAH
- Hidangkanku secangkir kopi panas
- Sikap diskriminasi Umno punca muzakarah tidak dimi...
- Yang Tersirat Dan Tersurat Di Sebalik Dato Fauzi ...
- PM setuju kerajaan Terengganu guna Mercedes
- Elok biar Umno pi mampuh - Tok Guru
- Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah ...
- Terengganu: Kualiti kereta? tanya Ahmad Said
- Permohonan yang dikemukakan oleh peguam Karpal Sin...
- APA ITU INFLASI?
- Singapore claiming EEZ around Pedra Branca
- Bila Ketua Polis Negara menggunakan Peguam Pembunu...
- Kisah disebalik 'Kerjasama PAS-Umno lepas pilihanr...
- Dalang yang cuba membawa PAS masuk Barisan Nasional
- Altantuya: Karpal Fail Notis
- Pertunjukkan Buah Betik
- DNA Anwar - Antara Kelakar dan Makar
- Mujahidin Taliban Berhasil Kuasai Kabul Kembali
- Iranian Artillery Rockets
- Debat, Tahniah Datuk Shabery Cheek.
- Dr Tan Yee Kew keluar BN, dijangka lompat ke PKR
- Dewan Ulama Tidak Faham Erti Dakwah...sekadar tegu...
- Apakah kemungkinan Najib berganding dengan Muhyiddin
- Hats off to you Anwar Ibrahim!
- Taliban breached NATO base in deadly attack
- Cinta Luar Biasa
- Kepemimpinan Melayu Dipersendakan
- Polis Di Raja Malaysia “anjing” Barisan Nasional
- Myspace friends...perempuan murahan
- Pesta seks pelajar IPTA
- Remaja seronok hidup liar
- DSAI DITANGKAP , JUSTIFIKASINYA SUDAH SEDIA ADA
- fikirkan bersama
- Saiful Bukhari – siapa yang dia hubungi?
- Dato' Seri Anwar Ibrahim ke balai
- GABEM bukan untuk Melayu, Rahim Thamby Chik tidak ...
- Polis road block
- Surat buat Ezam.
- Sistem yang di yakini Najib?
- BPR mendapat perintah reman ke atas Timbalan Ketua...
- Ghani dan Musa di panggil BPR
- Pekida: Tiga Line?
- Najib bersumpah nafi kenal Altantuya
- Siapa nak lawan KJ
- Naib Ketua Puteri Umno Malaysia terjebak dengan sk...
- Lelaki Sejati
- Peralihan Kuasa Antara Realiti dan Fantasi
- Bala berada di negara Singapura?
- Pakatan Rakyat fail usul tidak percaya PM, dibenta...
- Sheikh Hamza bin Laden; Putera Mahkota Pengganas
- Pesawat Tempur+Pengintip F-35: Singapura bakal gug...
- Siapa yang mendapat BALA sebenar nya
- Police Track Missing private investigator P. Balas...
- Majikan Disaran Tingkatkan Tahap Keselamatan Dan K...
- Six killed in attack at US consulate in Istanbul
- Iran missile tests
- Dakwaan liwat: Anwar rujuk Mahkamah Syariah Wilaya...
- Peranan Agong Menyekat Penglibatan Tentera Bantu P...
- SinFool; Jumpa kamu di mahkamah.
- AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib
- Bala Dipaksa?
- Sumpah
- 700 anggota Unit Amal PAS tarik diri
- Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak
- GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK
- Ekonomi semakin parah.
- Lawyer: First SD made voluntarily
- Perisikan tentera nafi beri maklumat pada Anwar
- Bala tarik balik akuan berkanun
- Tindakan polis menyeret sama Angkatan Tentera Mala...
- Siasat Segera Musa Hassan dan Ghani Petail
- Kes liwat: pandangan dari mata yang berkaca-kaca
- Adun Sg. Rapat racist..
- Blogger @ Janna Syariza
- Tilam mana pula bakal diusung kali ini!
- From the Office of Anwar Ibrahim: Press Statement
- Statutory Declaration by Balasubramaniam a/l Perumal
- Dua Laporan Polis Dibuat Atas Cubaan Meliwat Oleh ...
-
▼
July
(92)