Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini. Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.
Pemergian Karpal Singh dilihat sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan negara dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular yang amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS namun beliau ternyata menghormati perbezaan ini atas dasar keadilan berpelembagaan.
Akhir kata , gua ucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.
Edited.
KARPAL SINGH IN MEMORY...THE TIGER OF JELUTONG.