Tuesday 9 September 2014

PRESIDEN PERLU DIJATUHKAN

AKU TERBACA KOMEN NI DLM BLOG GREEN BOC YANG MENGULAS KENYATAAN LUHAM BERHUBUNG GARIS KUASA MAJLIS SYURA ULAMA PAS...



SUNGGUH TEPAT APA YANG DISUARAKAN OLEH PENULIS YG MENGGELARKAN DIRINYA TAN MELAKA..

WALAU BAGAIMAN PUN NAMA SAMARAN 'TAN MELAKA' ITU BUAT AKU BERHATI-HATI....TAPI MEMANG MENARIK ULASANNYA..

AKU KONGSIKAN DISINI..

SEPTEMBER 9, 2014 AT 9:46 PM

Tan Malaka said...

Statement dari LUHAM ini berita baik buat semua pejuang rakyat. Sudah sampai ketikanya Hadi Awang berundur atau dimundurkan.

Hadi wajib ditolak kerana jelas beliau adalah pemimpin yg menganut fahaman feudal yg beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja.

Sila rujuk dua kenyataan yg dibuat oleh Hadi, pertama ketika sidang akhbar dirumahnya menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB & kedua pidatonya terbarunya dalam majlis penjelasan isu2 semasa di Marang beberapa hari yg lalu.

Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab telah memberikan tafsiran yg salah & mengelirukan tentang konsep Raja Berperlembagaan.

Di sidang akhbar dirumahnya ketika beliau cuba mempertahankan TSKI beliau mengatakan "kita tidak boleh membelakangkan Sultan" sedangkan Sultan memang perlu dikebelakangkan dalam urusan politik.

Raja Berperlembagaan bermakna peranan & kuasa Raja telah dibataskan oleh undang2. Raja Berperlembagaan bermakna Raja tidak boleh campur tangan dlm urusan politik & pentadbiran negara selain bidang kuasa terhad Baginda dlm urusan pentadbiran agama Islam & adat istiadat Melayu. Ini cukup jelas.

Kalau tidak mahu membelakangkan Sultan, Sultan perlu hadir dlm setiap mensyuarat EXCO, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,Syura Ulama, hatta hadir di muktamar PAS! Kenyataan ini bukan hanya tidak tepat malah pandir!





Tindak tanduk Hadi Awang ini adalah pengkhianatan yg cukup besar bukan hanya kepada PAS & PR tetapi terhadap tokoh2 pejuang Melayu progresif yg terdahulu yg telah berjuang dgn sengit menentang Fahaman feudal yg mahu memutlakkan kekuasaan Raja dalam semua hal ini sehingga kuasa politik dapat dimiliki oleh rakyat jelata.

Sekarang Hadi Awang mahu menyerahkan kembali kuasa politik yg telah diperoleh ditangan rakyat secara jerih payah, kembali secara mutlak kepada golongan Monarki!

Malah faham feudal yg sesat ini mahu dipakai pula ke kebatang tubuhnya dalam bentuk pemusatan kuasa mutlak Presiden.

Ini sangat2 salah & tidak betul.

Agenda persekongkolan sesat Feudalisme golongan elit monarki dengan Feudalisme Ulama yg jelas mengkhianati perjuangan kuasa politik rakyat jelata ini wajib ditentang hingga ke akar2nya!

ARKIB