Wednesday, 3 July 2013

VIDEO: PILIHANRAYA KONGSI GELAP

THE ELECTION 2005 KISAH SEBUAH PERTUBUHAN KONGSI GELAP YANG DIPANGGIL "WO SING SOCIETY" YANG DI SOKONG OLEH 'JEMAAH AYAHANDA' SERAMAI 9 ORANG MENGHADAPI 'PILIHANRAYA' MEMILIH CALON PRESIDEN.

DARI CERITA NI PEMAHAMAN GUA PADA SISTEM PERTUBUHAN INI ADALAH MENGIKUT SISTEM PIRAMID.

SETIAP AYAHANDA MEMPUNYAI ABANG-ABANG LONG YANG AMAT SETIA KEPADA PERTUBUHAN. DAN SETIAP ABANG-ABANG LONG MEMPUNYAI ABANG-ABANG NGAH DAN SETERUSNYA..

LEBIH KURANG MACAM STRUKTUR KEKELUARGAAN GITU LA GAMAKNYA HIRAKI KUMPULAN JEMAAH GELAP NII...

DALAM FILEM NI, KUMPULAN KONGSI GELAP 'WO SING' YANG BERPUSAT DI HONGKONG ADALAH RANTING DARI PERTUBUHAN 'HUNG' YANG DITUBUHKAN OLEH 5 PENGAWAL MAHARAJA MING MENGHADAPI PEMNERONTAK.

LAYAN SAMPAI HABIS FILEM THE ELECTION 2005..

Wednesday, 29 May 2013

JEMAAH GELAP YAKUZA.

Di Jepun, sindiket jenayah terancang terbesar dikenali sebagai yakuza. Sindiket ini adalah yang terkuat dan mempunyai sejarah yang amat panjang.



Pada tahun 2012, dianggarkan bahawa lebih 100,000 sindiket yakuza wujud di Jepun, dengan 85,000 daripada ahli mereka menetap di Jepun.

Six Yamaguchi-Gumi

Sindiket yakuza yang paling kuat adalah 6Yamaguchi-Gumi, yang merupakan salah satu kumpulan jenayah terancang terbesar di dunia. Kumpulan 6Yamaguchi-Gumi dikenali dengan peraturan yang ketat dan tradisi yang diamalkan oleh setiap ahli kumpulan. Sindiket membuat berbilion-bilion ringgit setiap tahun dari peras ugut, perjudian, industri seks, senjata api, dadah, hartanah, skim sogokan pembinaan, manipulasi pasaran saham, dan Internet pornography.



Jawatan yang tertinggi didalam kumpulan 6Yamaguchi-Gumi dipanggil Kumicho.

1st kumicho (1915-1925): Harukichi Yamaguchi (founder)
2nd kumicho (1925-1942): Noboru Yamaguchi
3rd kumicho (1946-1981): Kazuo Taoka
4th kumicho (1984–1985): Masahisa Takenaka
5th kumicho (1989–2005): Yoshinori Watanabe
6th kumicho (2005–present): Kenichi Shinoda


Kini, Kenichi Shinoda adalah Kumicho untuk kumpulan 6Yamaguchi-Gumi. Shinoda adalah salah satu pemimpin sindiket yakuza yang paling berkuasa dan berbahaya di Jepun.

Beliau diangkat menjadi Kumicho pada tahun 2005 selepas persaraan sebelumnya Don Yoshinori Watanabe. Di bawah pemerintahan Shinoda, 6Yamaguchi-Gumi telah berkembang dan berpindah ke beberapa kawasan di Tokyo yang tradisinya bukan kawasan Yamaguchi beroperasi. Beliau adalah Kumicho yang pertama 6Yamaguchi-Gumi yang tidak berasal dari Kansai dan terkenal dengan penampilan awam.

Kenichi Shinoda asyik masuk dan keluar dari penjara sepanjang hidupnya. Pada awal tahun 1970, dia didapati bersalah membunuh seorang bos geng saingan dengan katana, dan menghabiskan 13 tahun di dalam penjara. Pada tahun 2005, hanya empat bulan selepas dinamakan Kumicho, Shinoda mula menjalani hukuman penjara enam tahun kerana memiliki senjata api. Beliau telah dibebaskan pada 9 April, 2011 dan kembali memimpin 6Yamaguchi-Gumi.


Ketika di penjara, jawatan pemimpin tertinggi 6Yamaguchi-Gumi telah dipangku oleh Kiyoshi Takayama. Takayama telah digelar "Katame Nagoya" atau hanya "Katame" yang bermaksud "satu mata," kerana dia mempunyai mata sebelah yang tertutup.

Pada awal tahun 2012, ia telah diumumkan oleh Perbendaharaan AS bahawa ia akan membekukan aset kedua-dua Kenichi Shinoda dan Kiyoshi Takayama.


Monday, 27 May 2013

"Godfather" Jemaah Gelap

Gua pernah melibatkan diri dengan kumpulan jemaah gelap tetapi bukan sebagai ahli. Penglibatan gua pun kerana  jemputan seorang Sahabat Sekolah Gua (SSG) yang telah diangkat menjadi Ayahanda sebuah pertubuhan yang gua pun tak pasti namanya.

Begini ceritanya..

SSG menghantar sms menjemput gua ber"reunion" sambil minum-minum di BBC. Katanya beberapa orang sahabat sekolah kami juga akan hadir sama. Hubungan gua dan SSG rapat di zaman persekolahan kerana kami satu kelas dari darjah satu sehingga ke tingkatan lima. Di zaman sekolah, kami amat dikenali. Guru disiplin mengenali  kami sebagai geng budak-budak pandai yang nakal.. kerana kami dari kelas 5 sains 1.


Kali terakhir gua bertemu SSG ketika dia menjadi seorang peguatkuasa undang-undang yang menjawat jawatan Timbalan Pengarah didalam sebuah agensi kerajaan. SSG boleh dikatakan pakar undang-undang jenayah dan kerajaan tempatan. Dengan kuasa yang dimiliki, SSG mudah  untuk menggerakkan anak-anak buahnya menjalankan sebarang arahan.

Selepas itu, kami putus hubungan kerana gua merantau ke utara dan hanya mendengar cerita SSG telah berhenti kerja. Gua sendiri tak pasti samada SSG meletak jawatan atau akibat dikenakan tindakan tata-tertib. Dan gua pun malas nak bertanya, kot-kot  itu soalan sensitif kerana terlalu lama kitorang putus hubungan.


Mengikut cerita mak gua di kampung, SSG pernah melepaskan geng orang2 tua kampung gua yang gila berdangdut dari di samun. Kejadian bermula disuatu pagi ketika geng orang2 tua kampung gua balik berdangdut di Sentol. Kereta mereka telah dihalang oleh dua buah kereta yang di naiki penyamun lelaki india dan cina.

Peristiwa itu berlaku ketika kereta mereka melintasi Kepong Menjalara dan penyamun itu mahu merampas kereta Merc mewah yang dipandu oleh orang tua kampung gua tu. Orang tua tu terus petik nama SSG dan minta penyamun-penyamun tu selesaikan dengan SSG. Dengan satu panggilan sahaja SSG turun dengan berpuluh-puluh kereta ke Kepong dan selesaikan kes tu. Selama ini gua tak tahu pun rupa-rupanya SSG ni harimau kawasan Bukit Bintang.


Pemergian gua ke BBC dijemput oleh Budak Kampung Gua (BKG) sebab gua tak tahu cara-cara nak masuk kelab BBC. BKG adalah pengikut SSG pakai baju merah pangkat abang ngah dalam pertubuhan walaupun umurnya lebih tua dari kami.

BKG ni dah terbukti keganasannya. Setakat duit pau lori pasir dikampung gua memang jadi pendapatan bulanannya. Itu belum lagi aktiviti samun bersenjata dan samun sambil menyamar penjawat awam. Kegiatan samun BKG ini dilakukan diluar kawasan sehingga ke Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Akhirnya BKG ditangkap ketika sedang makan laksa di warung dikampung kami. BKG dibawa melancung ke penjara selama 7 tahun. Itu kali terakhir gua mendengar kisahnya sehingga kami bertemu kembali setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa. Kini beliau telah berubah dan bekerja sebagai seorang pemandu lori kontraktor propel.


Di BBC gua duduk sebelah SSG sambil diapit awek-awek seksi. Pertama kali gua melihat isteri baru SSG yang tak kurang hebat aksinya. muda, lincah dan bertenaga. Gua kusyuk melihat gelagat ahli-ahli kumpulan jemaah gelap yang hadir bertemu dan mengucap tahniah kepada SSG. Dari peringkat remaja sehingga para selebriti, artis dan pelakon yang datang bersalam  mencium tangan dan berlaga pipi dengan SSG. Siapa selebriti-selebriti tu, biarlah gua rahsiakan jerr...

Awek-awek dan botol arak atas meja tak berhenti-henti bertukar ganti...peninggg..siapa yang bayar???...gua tak ambik port..dan gua terus menyempit disebelah awek-awek yang dah mabok arak sambil layan live band!....hahahahahahaarammmm


Gua berpeluang berjumpa dengan adik SSG yang berpangkat di Rejimen Renjer. Hubungan SSG dan adiknya sangat rapat kerana mereka kehilangan ibu semenjak dari kecil lagi. Kedua-dua mereka dipelihara ayah mereka sehingga tamat persekolahan. Ketika dizaman sekolah, gua , SSG dan adiknya pernah berperang dengan budak india 6 orang dibelakang panggung wayang bersenjatakan talipinggang yang berbuckle selepas waktu sekolah. 2 lari 4 lembik.

Puncanya kerana tersepak kaki ketika menaiki bas ke sekolah...bila difikirkan kembali..memang memalukan hanya kerana sebab yang amat kecil.


BKG beritahu pada gua ada berapa orang lagi sahabat gua dah naik menjadi ayahanda dan memiliki bermenatus-ratus anak buah. Sahabat gua, Ayah WJ  yang hadir bersama dua awek dan budak-budaknya menjalankan perniagaan katering, landskap dan sindiket pelacuran antarabangsa (tidak dinyatakan dalam business card pulak).

Seorang lagi sahabat gua Ayah J juga tidak kurang hebatnya. Beliau tidak hadir kerana outstation ke Bangkok tapi menghantar wakilnya. Ayah J menjalankan perniagaan kantin kilang dan lori treler di Negeri Sembilan. Salah seorang adik BKG bekerja di kantin Ayah J.


Mengikut cerita BKG, SSG, isteri baru dan drivernya  pernah di serang dengan parang oleh kongsi gelap cina di pusat karaoke Yow Chuan Plaza. Dalam serangan itu SSG, isteri dan drivernya berjaya melepaskan diri walaupun luka akibat tetakan. Ramai juga kongsi cina yang tumbang dalam serangan itu kerana SSG telah melakukan "repeat" malam itu juga ditempat yang sama dengan beratus orang budak-budaknya. Yow Chuan adalah tanah jajahan SSG..anak cina tu silap tempat.

Puncanya sebenarnya ialah kerana SSG minta bayaran bulanan RM770 dari kedai taiko kongsi gelap kerana telah melanggar undang-undang negeri. Akhirnya, kedai taiko cina itu ditutup dengan tindakan mahkamah.



Selepas jam 3 pagi, kelab ditutup untuk para tetamu kecuali ahli-ahli kumpulan SSG. Lampu pun dipasang terang dan tirai-tirai tingkap dijatuhkan. Kami semua minum-minum dan berkenal mesra sambil SSG memperkenalkan gua dengan anak, anak, anak-anak buahnya.

Ada diantara mereka yang datang dari dari luar KL untuk meraikan SSG. Ramai juga diantara ahli-ahli level abang long yang hadir mewakili ayahanda mereka. Mereka datang melapurkan keadaan semasa kawasan mereka.


Yang sempat terakam ditelinga gua ada yang mengadu meminta SSG menyelesaikan masaalah langgar melanggar, curi, tarik kereta, pancung, cybercafe dan beberapa istilah yang digunakan gua kurang faham serti lambung, potong la bagai... Beberapa nama ayah yang gua biasa baca dalam internet pun naik...besar networking pertubuhan yang diterajui SSG sehingga terlibat ke industri perfileman dan pengiklanan. Hebattt...

Gua melihat semua ni seolah-olah seperti lakonan filem Godfather dan SSG seperti watak Don Corleone walaupun hakikatnya.... tapi ni depan mata gua beb.


SSG memang kapal besar gua cakap lu....kalu ada hati nak langgar dia, baik lupakan saja...budak-budak dia yang duduk keliling kitorang punya badann..masyaallah.. tegap-tegap dan ramai pulak tu...driver SSG yang setia ni jer bekas seorang anggota dan ahli tinju. Pada kiraan kasar gua , ada lebih kurang 200 orang ahli pertubuhan yang gua pun tak pasti apa namanya yang hadir.

Rahsia di dalam rahsia..
Apa yang tersurat dan tersirat..

Setelah hampir jam 5 pagi kami semua bergerak ke kedai mamak di Kampung Pandan untuk sarapan pagi dan gua kasi setel satu table..small investment jerr tuu.

Pertelingkahan Jemaah Gelap

Dari apa yang gua reccee, kumpulan-kumpulan jemaah gelap sering berbalah mengenai jemaah mana yang lebih hebat majlisnya dan samaada bertahap internasional ataupun tidak. Anak-anak buah yang kurang memahami pergerakan pertubuhan yang sering menimbulkan ketegangan untuk berlaga menunjukkan kekuatan. Baru dapat baju baru..


Apa yang gua faham,  kumpulan Melayu, jemaah gelap masa kini terdiri dari 3 kumpulan utama.

Pekida [ 30 ]
Pak Long Burung [ 36 ]
Pak Long Gun [ 77 ]


Setiap kumpulan akan terbahagi kepada 2 pecahan iaitu dipanggil, baju putih dan baju merah. Maksud Baju Putih adalah menunjukkan pengikut itu mengamalkan Amal Maaruf Nahi Mungkar didalam perjalan perjuangannya. Manakala Baju Merah pula adalah untuk pengikut yang bersedia berperang demi mempertahankan dasar perjuangan kumpulan mereka.

Peraturan kumpulan menetapkan bahawa apa warna baju dan siapa ayah wajib dirahsiakan "biar pecah diperut jangan pecah dimulut". Namun hari ini nama-nama ayah bersepah ditulis diinternet oleh budak-budak yang baru panas dengan baju baru dan ayah-ayah yang mencari pengaruh di bawah nama badan NGO atau menjalankan perniagaan.

Struktur organisasi pertubuhan ini adalah sama seperti sistem piramid MLM. Secara asasnya kumpulan-kumpulan ini mempunyai dasar perjuangan yang sama iaitu mempertahankan Bangsa, Agama dan Negara, Rahsia didalam rahsia (Tersurat dan tersirat) dan setiap ahli kumpulan percaya bahawa mereka adalah lapisan ketiga pertahanan negara selepas polis dan tentera sekiranya negara atau agama diserang .


Kumpulan kongsi gelap Melayu@Jemaah gelap ini bermula dari aktiviti penyeludupan di sempadan Thailand. Kumpulan ini bermula dengan aktiviti menyeludup di sempadan semenjak dizaman komunis.

Tujuan asal kumpulan ini menubuhkan jemaah gelap adalah untuk melindungi operasi mereka dari diketahui oleh orang awam dan pegawai penguatkuasa. Mereka menyeludup barang-barang dari negara jiran untuk dijual dengan harga yang lebih murah kepada penduduk kampung. Akibat dari kejayaan demi kejayaan diperolehi ketika beroperasi, kumpulan ini mula melebarkan sayapnya.

Lama-kelamaan perasaan tamak mula menguasai manusia-manusia ini. Mereka mula menyeludup barang-barang yang diharamkan kerana keuntungan yang diperolehi lebih lumayan. Mereka mula menyuludup rokok, arak, pelacur, dadah dan senjata api. Pemimpin kongsi gelap di Thailand amat berpuashati dengan pencapaian kumpulan ini dan mula menawarkan kerjasama dengan menjadi sahabat seperjuangan atau dipanggil "pair"

360 Internasional??

Wallahua'lam.

Saturday, 25 May 2013

Jemaah Gelap

Assalamualaikum Melayu…apa bangganya cerita sini, sampai jadi bangsat busung di usung kesana kemari? Buka wilayah tidak sama dengan pertahankan wilayah, buka menang...pertahan senang?

Satu mata , satu hati dalam Islam , Islam mata hati , bawa mati , Melayu baju agung , tinggal sanjung atas dunia. Sanjung dalam tanah 7 kaki mana datang tujuh?.. buka luas 3 kaki mana datang 3?.. 6 penjuru tanah siapa yang daki?


30, 36, 77..Semua angka tinggal di dunia, satu-satu bawak balik , jasad jadi hancur , satu kasi naik itulah roh, roh jumpa siapa?..jasad jumpa cacing!.

Disini ada Melayu disana Islam, jadi Melayu mana adat?..kasi junjung atas kepala.Islam kasi junjung dalam kalbu. Mana semua kata jemaah ada wala’, mana wala’ kalau ciptaan manusia?. Jangan jadi syirik , wala’ lebih daripada Allah Taala, kalau dalam Al-Quran ayat Qatie rujuk judi , tenung nasib , minum arak itu haram…lagi mau wala’ pada si topeng? mana nas Hadis yang suruh?

Tinggalkan semua , pasak ayat dalam bumi , gentur gegar kalam Tuhan , tunduk sujud cium tanah , lantun syahadah dalam qalbu , Allah Maha Besar!.. Tiada Abang Besar! melainkan Allah Maha Besar!

Sini dunia, semua boleh cerita..masa belum datang malaikat maut semua rasa ada kuasa...firaun kepala gangsters pun mampus!...siapa di sini yang kuat nak mampus tak mampus? satu hari semua mampus!

Sebelum mampus…fikir jangan dua kali , bulat tekad , sangjak fikir , mana duduk , disitu ada bayang-bayang..lari setakat mana bayang-bayang ikut...takut dengan bayang-bayang sendiri? Siapa gangster?

Banyak mende korang tengok..siapa kuat ada keramat , bila cerita hebat yang pernah korang dengar datuk keramat?…kenapa dia mati guna kapan putih?, kenapa dia kene tanam dalam tanah?..kenapa jasad dia hancur..? mana keramat?

Masa hidup 73 tahun di dunia korang tak fikir dalam akhirat! Semua bersatu dalam Jemaah , tiada jemaah yang dijanjikan kemenangan di dalam Al-Quran melainkan jemaah dari 73 golongan hanya satu Jemaah sahaja iaitu Jemaah yang mengEsakan Allah Taala dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW…

Rasulullah SAW dihina dicaci , diherdik , tetap sabar , dan sabar sebahagian dari prinsip beriman….atas ni mana yang sabar?…? tepuk air percik muka!


Persatuan kebajikan melayu tenggelam kerana ahlinya tidak mengkaji sejarah penubuhannya. Contoh, Pekida.. bukanlah seperti yang di gembar-gemburkan sebelum ini. Persatuan ini diasaskan oleh pejuang-pejuang melayu dahulu yang berasaskan kebajikan orang-orang melayu.

Tahukah mengapa pekida terjebak di dalam kongsi gelap cina?

Pada awalnya pejuang melayu seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain memeperjuangkan tanahair kita dengan semangat juang yang murni. Mereka bukan diperalat oleh kaum cina. Chin Peng menjalinkan hubungan dengan mereka ini untuk menarik lebih ramai masuk komunis. Jadi pejuang kita mahukan senjata, mereka menggunakan komunis sebagai wadah kerana tujuan mereka sama. iaitu membebaskan tanahair dari Nritish.

Dari situlah elemen kongsi gelap cina masuk. Simbol atau lebih dikenali sebagai buah semua berasal dari situ.
Elemen kongsi gelap cina masuk ke dalam pekida adalah elemen komunis. Pejuang kita dahulu tidak ikut semua itu. Mereka berjalan sebagai tuan kepada cina. Orang cina memandang tinggi kerana kepandaian dan kepahlawanan orang melayu dahulu. Rashid Maidin juga seorang Ayahanda.

Adegan angkat sumpah kongsi gelap cina.

 

Jangan jadikan pekida sebagai wadah perjuang untuk duit. Pejuang kita dahulu tidak berduit. Tidak pula berkereta mewah. tetapi mereka punyai semangat juang yang murni untuk membebaskan bangsa dari cengkaman penjajah. Selagi kita hanya pandai menyalak seperti anjing, jangan kita mimpi gunung akan runtuh. 

Ibu pejabat pekida tidak mengaku Ayahanda Pak Long Burung sebagai ayahanda. Tetapi tidak pula menghalang atau membanteras ketika 'PLB' masih cergas. Setelah menjadi arwah baru sekarang sibuk menidakkan keahliannya.

Allahyarham Pak Long Burung (PLB) @ Zainal Abidin.
Kembali ke rahmatullah pada pagi 31 hb. Oktober 2005

PLB bukan seorang pengganas komunis tapi kononnya.. PLB menyamar menyertai komunis semata-mata untuk mempelajari ilmu-ilmu dan kerahsian pengganas komunis sebagai modal untuk membantu membina ekonomi dan kebajikan orang-orang melayu. 

Wallahualam...

BERSATU AMAN SEJAGAT

Bangunlah wahai anak bangsaku
Terangilah kegelapan
Dan bangunkan kemusnahan yang ketara
Marilah semua kita bersatu

Bersatu aman sejagat
Tajuk cita bakal penentu segala
Perjuangan kita yang belum sudah
Sambutlah dalam sejahtera

Elakkan pertelingkahan kita
Binalah semangat
Juangkan kearah ekonomi
Dan binalah kasih silaturrahim

Hormat menghormati adalah budaya kita
Indah seninya jadikanlah pelita
Pagarilah budaya kita
Supaya kekal untuk selama lamanya

Bangunlah wahai anak bangsaku
Terangilah kegelapan
Dan bangunkan kemusnahan yang ketara
Marilah semua kita bersatu

Ayuh kita bangun dari lena mimpi ngeri
Kembali kita bersatu perjuangkan hak kita
Ayuh bangun bangun bangun bangsaku
Jadilah bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang

Elakkan pertelingkahan kita
Binalah semangat
Juangkan kearah ekonomi
Dan binalah kasih silaturrahim

Yang putih itu bapa
Merah itu ibu
Mahumu seribu daya
Tiada apa alasan darimu

Alquran perjalanan hidup kita
Iman panduan hidup mu
Bersatu Aman Sejagat

ARKIB