Saturday, 24 May 2008

Pulau Batu Putih: Tahniah Rakyat Johor BN

Warga UMNO JOHOR poyooooooooooo...
--------------------------------------------------------------------------

Mahkamah ICJ baru sahaja menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Tahniah kepada Singapura. Dah itu keputusannya, terima ajelah. Mungkin selepas ini JOHOR pulak. Untuk permulaan kita bagi jer Pulau Batu Putih. Mungkin 5 tahun lagi penyerahan Wilayah Iskandar secara rasmi pula. Tahniah sekali lagi Singapura. Perancangan seterusnya untuk menyerahkan negeri JOHOR pulak. Bagaimana yer? Tunggu…. Tak susah, kita tengok dalam 15 -20 tahun lagi.

Kenyataan ini mungkin berlaku sekiranya rakyat Johor tidak melakukan apa-apa. Contohnya teruskan memberi mandat kepada UMNO dan BN. UMNO kan Pembela Melayu. Apa kita nak takut, selama ini Melayu kan kuat di JOHOR. Mana pernah UMNO tewas di JOHOR. Kubu kuat orang Melayu. Ape nak takut. Takyah risau laa. Walaupun rakyat JOHOR menumpang di bumi sendiri kita tetap akan pertahankan Melayu di Johor nie. Jangan bimbang. Tak Usah nak bimbang. Tak kan Melayu hilang di dunia. Melayu pantang di Cabar. Saya.. pantang di cabar. Mungkin masih ingat kot.. Tapi… Melayu Mudah Lupa.

Padan ngan muka Melayu Johor. Undilah UMNO lagi. Mana orang Melayu Johor nak lari nanti.. kita tengok selepas 20 tahun. Mungkin akan ada penghijrahan dari rakyat Johor ke negeri-negeri Melayu yang lain. Tahniah pada rakyat Johor yang prihatin dan sayangkan Malaysia. Cerdik tak boleh ditegur, Pandai tak boleh nak menumpang. Inilah Johor.

Nanti cuba ler muafakat dengan orang Yahudi yer. Kenal mengenal lah yer. Tak kenal Maka Tak Cinta. Betul tak. Orang Johor dah makin maju ler. Berjiran dengan Yahudi. Yahudi kan bangsa yang menguruskan dunia harini. Terrer ler rakyat Johor, ada kawan ngan Yahudi. Sikit hari lagi mesti kaya raya ler rakyatnye. Rumah BESAR, kereta BESAR, ape2 pun semuanya BESAR. Eee… seronoknya jadi rakyat Johor. Jeles betul laa camni.

Kesian ler pada kawan-kawan kita yang tak nak berkawan dengan Yahudi. Jangan di sembelih macam rakyat Palestin sudah la. Lawan tetap lawan kan. Kan Melayu suka cakap Berpantang Maut sebelum Ajal.

Sekali lagi.

Pulau Batu Putih : Melayu terlalu bangang.

Gila punya pemimpin melayu..win-win situation konon...we lost but singapore win la...coz dpt bilik tengah umah kita..bodo punya pemimpin umno..
---------------------------------------------------------------------------

Oleh : AdukaTaruna (24 May 2008 11.55am)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Bangsa melayu adalah bangsa yang bangang! Dijajah bertubi-tubi. Tidak bermaruah. Tidak mempunyai nabi-nabi. Tidak mempunyai tamadun. Tidak tercatit dalam mana-mana sejarah empayar dunia. Tidak seorang pun yang menemui cabang ilmu seperti Ibnu Sinar. Tulisan angka sendiri pun terlalu bangang untuk dicipta.

Setelah Melayu menyerahkan Singapura kepada orang lain, kini Pulau Batu Putih pula. Apa yang bangsa Melayu buat? Bodoh! Gen terbangang bernama Ghani Patail yang dihantar Melayu? Sultan melayu? Tidak bermaruah. Pelik. Sungguh aneh bagi genetic lain melihat ini.


Tidak perlu cakap pasal pemerintah Melayu UMNO. Lu tengok alternative harapan baru Malaysia, Barisan Rakyat. Sudah berapa jam keputusan ICJ keluar. Mana kenyataan rasmi DSAI? Mana kenyataan rasmi TGHH? Mana? Kalau dah gen Melayu…

Ini bukan soal duit. Ini bukan soal rasuah. Ini soal paling besar. Kedaulatan, maruah, keselamatan. Tahukah berapa jauh Pulau Batu Putih dari Malaysia berbanding Singapura? Ianya seumpama bilik tengah milik jiran, bahagian ruang tamu dan dapur milik kita. Untuk pergi ke ruang tamu terpaksa disoal siasat pemilik bilik tengah.

Apa tindakan Barisan Rakyat?

Adakah Barisan Rakyat tidak memandang berat perkara ini? Tidak sesuaikah sekiranya PAS merintis sentiment patriotic? Mengeluarkan arahan bendera-bendera PAS dikibarkan separuh tiang contohnya, bendera Kelantan, Perak, Kedah separuh tiang, MP PAS memakai sesuatu menunjukkan berkabung di dewan negara. Atau anda tidak kisah? Gen biarlah seperti Melayu?

Apa tindakan bloggers Melayu?

Wa cadangkan untuk beberapa hari, sekiranya kalian setuju, kalian tukar sementara latar berwarna hitam. Tanda berkabung. Kenapa wa fokuskan Melayu? Kerana sepatutnya kita yang lebih terluka dalam hal ini. Sekiranya bukan Melayu mendahuli kita akan hal ini, maka, kita sepatutnya menanam diri kita hidup-hidup. Malu.

Sekiranya anda tidak setuju.

Jangan bimbang. Demokrasi. Anda berhak terhadap cara anda. Wa hanya berhak meluahkan. Kita semua ada peluang untuk berkabung lagi ketika WPI nanti. Insyaallah.

Wallahualam.

Friday, 23 May 2008

Khir Toyo : Cancel jer kalau merugikan.

Suka-suka engkau jer khir toyo. Bila projek tak bole pegi, kansel jerr...mana engkau belajar cam tu..haa..dah invest berjuta-juta RM. Pastu kansel. Engkau ni memang tak layak jadi Menteri Besar Selangor. Mengabihkan borehhh joo.
---------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM- Satu Badan Khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji semula projek pembangunan secara usaha sama antara anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta yang dicatatkan berjumlah RM36 bilion.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penubuhan badan khas itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan negeri mengawal projek pembangunan di bawah konsep tanah pawah kerana ia membabitkan kos serta risiko yang tinggi.

Menurut beliau, melalui badan khas itu, ia akan membolehkan kerajaan negeri menjalankan kajian teliti terhadap projek pembangunan usaha sama kerana ia membabitkan nilai yang tinggi tetapi mendatangkan pulangan tidak setimpal kepada kerajaan negeri sebelum ini.

“Ia setelah kita mendapati terdapat projek usaha sama sebelum ini di mana pemberian kuasa kepada syarikat swasta yang mengusaha sama projek berkenaan terbengkalai dan akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung beban dan mendatangkan masalah.”

“Terdapat juga kes syarikat swasta yang melarikan diri dan menimbulkan masalah yang lebih besar apabila tiada maklumat dan latar belakang terperinci mengenai syarikat terbabit direkodkan.”

Rentetan daripada itu, selepas ini kerajaan negeri tidak lagi mengadakan perjanjian usahasama dengan syarikat swasta sekiranya ada perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini masih belum diselesaikan.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Selangor di sini semalam.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) pada sidang DUN itu, Abdul Khalid berkata, sehingga kini, kerajaan negeri dan syarikat swasta bekerjasama membangunkan tanah seluas 4,800 hektar membabitkan 62 projek pembangunan dengan nilai RM36 bilion.

Sebaliknya, beliau berkata, projek usaha sama itu hanya memberi keuntungan kepada kerajaan negeri sebanyak RM1.2 bilion.

Menerusi konsep tanah pawah itu, kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memberi tanah untuk dimajukan dengan kerajaan negeri mempunyai pegangan 30 peratus manakala syarikat swasta memegang ekuiti sebanyak 70 peratus.

Sambil memberikan contoh, Abdul Khalid menjelaskan projek Sepang Gold Coast seluas 848.4 hektar tetapi hanya 416.4 hektar yang dimajukan dengan projek bernilai RM3 bilion manakala PNSB memperoleh pulangan sebanyak RM65 juta.

Abdul Khalid berkata, projek PNSB dengan Lebar Daun untuk membina pusat beli belah, pejabat dan kediaman dengan anggaran nilai pembangunan RM600 juta dan PNSB mendapati pulangan sebanyak RM19.5 juta.
Sementara itu, Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi menafikan kenyataan Abdul Khalid dan menyifatkan nilai pembangunan sebanyak RM36 billion membabitkan 62 projek yang dinyatakan adalah tidak berasas.

Menurut Dr Khir, beliau tidak tahu menahu mengenai anggaran nilai pembangunan tersebut seperti yang didakwa oleh Abdul Khalid.

“Saya tidak tahu langsung mengenai jumlah tersebut (RM36 billion). Saya fikir ia hanyalah anggaran kasar daripada Abdul Khalid,”

Mengenai projek Sepang Gold Coast di Sepang, beliau memberitahu, tanah di kawasan tersebut akan dimajukan secara berperingkat-peringkat.

“Memang tanah di kawasan itu tidak dibangunkan sepenuhnya kerana kita akan membangunkan tanah tersebut secara berperingkat-peringkat. Malah, seperti yang kita tahu tanah tersebut hanya tanah lumpur sahaja.

“Apa yang dikata oleh Menteri Besar sebenarnya tidak betul kerana sebelum ini kita telah membuat kajian secara terperinci mengenai projek tersebut,” katanya.

Tambah Dr Khir, kerajaan negeri boleh membatalkan projek yang terlibat sekiranya pihaknya merasakan ia (projek) mendatangkan masalah kepada mereka.

“Dia (Abdul Khalid) mempunyai hak serta kuasa untuk membatalkan serta-merta projek-projek yang boleh mendatangkan masalah kepada kerajaan negeri termasuklah projek-projek lama yang dirasakan tidak boleh dibangunkan lagi,” tambahnya.

Shoot out!

Pencarian mendalam kepada agama. Dari Yahudi ke Islam.

Apabila terbuka pintu hidayah...segalanya mendapat keberkatan..
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."

Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.
Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar…….

Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.."

ARKIB