Wednesday, 4 June 2008

Barang Naik...penyelarasan sajerrr?

Dollah...ko anak beranak memang pembawa sial kpd negara...resign la Dollah ooiiii...

*************************************************

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen iaitu kenaikan tertinggi dalam sejarah negara.

Ini menjadikan harga baru bahan api itu RM2.70 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ini.

Harga baru diesel pula ialah RM2.58 seliter, meningkat RM1 berbanding harga lama RM1.58 sen seliter.

Kali terakhir diesel dan petrol dinaikkan pada 28 Februari 2006 yang membabitkan kenaikan 30 sen seliter bagi kedua-dua bahan api itu. Bagaimanapun, harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 bagi petrol dan RM4.33 bagi diesel di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.
Kenaikan harga petrol dan diesel itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, petang semalam.

Dalam usaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana terhadap kenaikan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal.

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) manakala trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Menjelaskan mengenai pembayaran tunai itu, Abdullah berkata, ia akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

“Bayaran tunai itu akan diberikan secara kiriman wang di Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008,” katanya.

Beliau berkata, bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori itu, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bayaran cukai jalan yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

“Bagi pemilik kenderaan petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2,” katanya.

Itu satu daripada langkah yang diluluskan Kabinet menerusi pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Langkah seterusnya, Abdullah berkata, Kabinet juga bersetuju menyelaraskan subsidi diesel untuk syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan.

“Pada masa ini, operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel iaitu RM1 seliter bagi nelayan dan RM1.20 seliter bagi pemilik diesel.

“Kabinet hari ini (semalam) bersetuju menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok (hari ini), dengan penyelarasan harga itu tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem `fleet card’ yang akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, Kabinet bersetuju membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru itu secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel.

“Kerajaan akan membayar secara tunai sebanyak RM200 setiap bulan kepada pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan di pusat perikanan dalam negara.

“Kabinet juga memutuskan pengusaha bot penumpang sungai juga akan diberi bayaran tunai 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” katanya.

Selain itu, mulai 1 Julai depan, Perdana Menteri berkata, harga gas yang dibekalkan Petronas di Semenanjung akan diubah iaitu bagi sektor elektrik, harganya akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Abdullah turut mengumumkan satu struktur tarif baru elektrik akan berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Ia akan diguna pakai semua pengguna domestik (rumah), komersial dan industri di Semenanjung Malaysia, manakala satu struktur tarif baru bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan selepas ini.

“Struktur tarif baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowatt Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60 dan ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama.

“Pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus, tetapi bagi peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, mereka hanya akan mengalami kenaikan 18 peratus jika menggunakan tidak melebihi 200 kWj setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet juga bersetuju memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) sedia ada berkuatkuasa 1 Julai depan dan bagi menggantikannya Kabinet akan melaksanakan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas Pengeluar Minyak Kelapa Sawit.

“Walaupun COSS dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru itu akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak,” katanya.

Selain harga minyak masak yang tidak akan dinaikkan iaiatu RM1.75 setiap satu kilogram, harga Gas Asli bagi Kenderaan (NGV) iaitu 63.5 sen seliter juga dikekalkan.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan bayaran cukai perkhidmatan restoran yang terletak di luar hotel, kerajaan bersetuju perolehan jualan tahunan (threshold) restoran seperti itu dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan RM13.7 bilion akan diperolehi daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan POP.

Ia akan digunakan untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara iaitu RM4 bilion, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import bagi penyeragaman harga beras di Sabah dan Sarawak (RM0.4 bilion), subsidi tepung (RM0.2 bilion), subsidi roti (0.1 bilion) dan sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas iaitu RM7.5 bilion.

Tarif baru elektrik 1 Julai

Naik lagi...Barang Naik..Barang Naik..BN..BN..

*****************************************************

PUTRAJAYA: Satu struktur baru tarif elektrik untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.

"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini.
Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.

Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya.

"Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran,” katanya.

Abdullah berkata pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.

Shamsiah Fakeh...Pejuang kemerdekaan?

Oleh: Jejak-pejuang

Saya cuba mencari data mengenai Shamsiah Fakeh tetapi amat sedikit catatan nya...jadi apa yang saya tuliskan untuk anda hari ini adalah satu pengalaman peribadi saya.....kalau salah harap dapat maafkan....

Di alam persekolahan saya diajar bahawa Shamsiah Fakeh seorang komunis......terus dibenak ini mengatakan dia pembelot bangsa melayu krn setahu saya komunis tidak mempunyai agama..melayu murtadlah beliau ni.......tertanya juga kenapa dia sanggup murtad hanya krn inginkan menjadi pemimpin.......Semasa dialam 20an pula saya agak terkejut apabila Kerajaan Malaysia telah memaafkan beliau dan membawa pulang beliau ke Malaysia setelah hampir seabad lamanya tinggal sebagai buangan di China.....hati saya bertambah marah.....mengapa orang melayu masih mahu perempuan tua ni.....

Jan 2003 adalah tarikh keramat bagi saya.....Dengan izin TUHAN dan juga pertolongan seorang Tuk Muda saya dibawa berjumpa dengan SHAMSIAH FAKEH.....(sekarang ni beliau tinggal di Kuchai Lama)....sedih sungguh keadaannya...bila berjumpa dengannya dia tidak segan-segan memeluk saya....dengan teresak-esak katanya gembira berjumpa dengan gadis melayu (anak nya semua berkahwin dgn wanita cina)....beliau tidak bermaya...beliau berkerusi roda......selama seminggu kami berulang kerumahnya untuk berurut....syukur..kakinya agak pulih....

Dari situlah saya mengenali beliau dgn lebih dekat.....rupanya beliau orang Kuala Pilah, N9..beliau mendapat pendidikan agama sehinggakan menjadi hafizah ketika itu......kenapa komunis????? soalan yang tak sanggup saya tanya kepada wanita tua ini.....akhirnya saya mendapat jawapannya juga.....

Rupanya wanita berhati waja dikatakan bukan sahaja mempunyai ilmu kebal, beliau juga adalah org kepercayaan Ching Peng. Tiada siapa yang boleh menangkap beliau...tetapi dgn tiba-tiba sahaja dikatakan wanita ni lari ke negeri China kerana telah kalah dan mendapat suaka di negeri China....

Sebenarnya beliau bukan takut untuk berperang tetapi sebenarnya beliau sendiri yg menawarkan diri untuk menjadi penasihat ketenteraan negara China...(pelik…kenapa orang Cina mengambil seorang wanita melayu untuk menjadi penasihat ketenteran nya?????) mesti ada agenda dan rupanya inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang melayu dari disembelih oleh komunis ketika itu.....2 tahun komunis berkuasa di tanah melayu (ingat semasa Jepun kalah dan British pula belum sampai di tanah melayu dan raja pula semua telah lari ke England dan dimasa ini digelar zaman peralihan kuasa ) ....ketika itu sebenarnya komunis tersangatlah kuat dan Komunis yang berbangsa Cina hanya menunggu arahan dari China utk membunuh orang-orang melayu seperti di Bosnia (pembunuhan enik) dan ingin mengelarkan tanah ni sebagai tanah mereka , akan tetapi Shamsiah Fakeh telah nampak keadaan ni ...beliau dan Rashid Maidin terus ke Negara China utk menolong orang melayu dgn mengarahkan Presiden ketika itu jangan membunuh orang melayu..sebagai gantiannya beliau akan mengajar teknik ketenteraan kepada negara tersebut ...tu pasal lah sekarang ni negara China mempunyai kepakaran ketenteraan yg sangat hebat..sampai USA pun takut.....(mungkin ada yang kurang bersetuju dgn saya)........

Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah ....wanita ini sebenarnya telah banyak berjasa (tetapi tidak didokumentasikan) tanpa meminta secubit simpati pun dari warga yang bernama Melayu.....sebenarnya beliau telah patah hati dgn kerajaan Malaysia (maaf tak dapat saya tuliskan disini kenapa).....pejuang ni akan meninggalkan kita tak lama lagi ....beliau akan pulang ke negeri China untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya.........Cuma saya sedih kenapa kerajaan kita tidak mendokumentasikan sejarah pejuang-pejuang kita....yang ada cumalah cerita dari mulut kemulut .......mungkin selepas 100 tahun lagi anak kita tidak mengenal pejuang mereka sendiri atau ada yang akan mengelarkan mereka sebagai cerita dogeng (seperti Hang Tuah)......dan mereka akan menganggap pejuang seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi sebagai adalah lanun, perompak dan sebagainya.... samalah seperti saya yang dahulunya beranggapan Shamsiah Fakeh sebagai pembelot bangsa ....

Buletin Utama : RM 28 Billion belanja pembangunan

Dato' Sharir kata RM 28 billion belanja utk pembangunan..termasuk semua projek koridor ler tu kot... Makanan RM 3 Billion jerr...Hoii..stop la dulu projek2 tu..ada rakyat yg tak makan niii...

**********************************************
Dalam menangani minyak naik harga ni, bukan saja harga minyak tu aje tetapi implikasi-implikasi yang lain. Kita cerakinkan permasalahan kita kepada kenaikan langsung:-

1) bahanapi (petrol dan diesel)
2) minyak pelincir
3) bahan-bahan daripada petrokimia yang lain

dan yang secara tak langsung

1) peralatan-peralatan pertanian
2) bahan-bahan makanan
3) tambang kenderaan
4) tarif elektrik
5) pakaian
6) yuran pendidikan
7) bahan-bahan binaan

Semua yang yang dimesin, diangkut dan diproses menggunakan bahanapi fossil.

saya percaya kenaikan kepada kos hidup melebihi daripada 30 peratus. Kalau pendapatan seseorang RM2000.00 sebulan, maka kos kenaikan langsung dan tak langsung menyamai RM600.00.

Petrol naik...lagi?..Malaysia boleh!

Malaysia pun boleh naik kan harga petrol...ingat indon dgn thai jerr yg boleh naik?...Malaysia boleh dowh!

******************************************************
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

ARKIB