Thursday, 5 February 2009

Wakil Rakyat Bebas?

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Wakil Rakyat Bebas”? Wakil Rakyat Bebas adalah mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana perkumpulan. Ini bermaksud bahawa ianya tidak lebih daripada “Melukut Di Tepi Gantang”, yang sewajarnya tidak melebih ataupun mengurangkan sesuatu bilangan.

Waktu ini kita boleh lihat bilangan ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama banyak bilangannya iaitu 28 orang. Ini tidaklah termasuk 3 orang ADUN yang khabarnya telah menjadi “Wakil Rakyat Bebas”.

Oleh yang demikian, maka mengikut undang-undang sediaada, maka pengumuman yang dilakukan oleh Najib Razak bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak Darul Ridzuan adalah tidak bertepatan dan salah disisi undang-undang serta perlembangaan.

Ini kerana kita tidak boleh mengambil kira bilangan “Wakil Rakyat Bebas” kerana pada dasarnya mereka tidak terikat pada mana-mana kumpulan. Dan jika ada pihak yang masih mempergunakan “Wakil Rakyat Bebas” dalam mencukupkan bilangan majoriti yang mereka perlukan, maka tindakan ini bolehlah dicabar dimana-mana mahkamah.

Jika “Wakil Rakyat Bebas” ini ingin dikira sekali didalam bilangan mana-mana kumpulan, maka sewajarnya mereka menukarkan status “Wakil Rakyat Bebas” kepada “Wakil Rakyat Barisan Nasional” atau “Wakil Rakyat Pakatan Rakyat” dan inilah yang sewajarnya. Jika tidak maka tindakan mereka mengekalkan status “Wakil Rakyat Bebas” ini boleh dicabar di Mahkamah.

Mengikut peruntukan perundangan yang sedia ada, “BEBAS” bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ianya perlu kekal sebegini.

Oleh yang demikian, jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah seorang yang mahir (fasih) dalam peruntukan undang-undang, maka sewajarnya pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak adalah terbatal kerana Najib Razak menggunakan bilangan majoriti yang termasuk dengan “Wakil Rakyat Bebas”. Namun sebaliknya boleh berlaku sekiranya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan.

Jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan dalam isu “Wakil Rakyat Bebas”, maka mana mungkin rakyat jelata di Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjunjung duli dan seterusnya akan mencemuh tindakan Sultan yang tidak mencerminkan mandat rakyat dimana perlunya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan.

Pembubaran DUN Perak adalah satu tindakan yang paling wajar dimana mandat untuk memilih pimpinan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan semula kepada rakyat jelata (pengundi) di negeri tersebut. Inilah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah jika beliau masih menjunjung keadilan dan kesaksamaan serta keluhuran perlembagaan.

Sunday, 1 February 2009

MILIK SIAPAKAH BERUK INI?

Rupa-rupanya di Malaysia ku ada manusia beruk. Tidak diketahui macam mana rupanya, mungkin seperti hanuman kera putih, atau iras-iras beruk mat yeh. Bontotnya licin kemerah-merahan ketikamana taiknya tak melekat. Manusia jenis ini rasanya yang menyorok 2 ADUN dan Exco negeri Perak seperti dilapor oleh media.

Manusia-manusia beruk ini bukan main calang nampaknya, boleh menculik dan menyorok orang lain demi politik beruk ala biro tatanegara dan UMNO/BN. Dalam dunia manusia yang ada haiwan beruk ini serasi dengan UMNO/BN. Haiwan beruk yang main sorok-sorok ADUN untuk diberukan sebagai UMNO tidak ubah dengan Israel di Gaza. Keberukan UMNO yang menculik dan menyorok ADUN/Exco untuk diberukan dalam UMNO ini timbul semula walaupun dalam dunia yang canggih manggih ini.

Sarang-sarang beruk yang menculik dan menyorok ini tidak diketahui. Yang hebatnya beruk-beruk yang kerjanya menyorok dan menculik Bala dan Exco Perak sekarang baik sangat dengan UMNO. Usaha beruk-beruk penyulik dan penyorok ADUN/Exco Perak dan Bala demi keberukan UMNO terkini menyebabkan imej beruk semakin terserlah.

Bagi orang-orang biasa, mungkin tidak dapat membayangkan betapa beruk-beruk tersebut begitu berkuasa, sehingga tugas keberukannya berfungsi dan mampu menumbangkan sesebuah kerajaan.

Oleh kerana beruk-beruk berkenaan tidak jelas atas dahan mana mereka bergayut sehingga Exco Perak gagal dikesan walaupun dalam keadaan sistem telekomunikasi yang serba hebat sekarang ini. Agaknya beruk-beruk yang menculik dan menyorok Exco Perak ini bukan sebarang beruk. Mungkin beruk-beruk berkeris silang atau beruk-beruk di BTN atau beruk-beruk SB atau beruk-beruk Musa Hassan di Bukit Aman.

Beruk-beruk yang menculik dan menyorok Bala serta Exco Perak itu tidak diketahui mereka bergerak dalam sistem mana. Dalam sistem demokrasi ala Parlimen, Raja Berpelembagaan atau atas sistem beruk-beruk mat yeh atau sistem hanuman kera putih. Kumpulan yang mendapat keuntungan dari kewujudan sistem beruk ini tentulah tidak jauh dari perangai beruk-beruk yang menculik dan menyorok Exco Perak ini.

Sebagai orang, kita perhatikan bukan isu Perak jatuh ke tangan UMNO/BN selepas Exco disorok dan diculik oleh beruk-beruk, tetapi isu yang jauh lebih besar ialah kewujudan sistem beruk itu sendiri. Bagaimana beruk-beruk tersebut boleh wujud. Kalau ada sistem beruk yang keberukannya demi UMNO wujud dalam negara Malaysia. Maka masyarakat manusia yang tidak berperangai beruk akan bertembung dengan manusia-manusia beruk yang menggunakan sistem beruk dan kera untuk terus memerintah negara.

Kalau UMNO/BN dapat kembali Perak dengan taktik beruk ini, maka masyarakat manusia seluruh dunia dapat saksikan di Malaysia ada sistem beruk yang berkuasa untuk menentukan parti UMNO/BN memerintah melalui cara beruk menculik dan menyorok ADUN bukan UMNO/BN. Milik siapakah beruk dan sistem beruk ini?

Muramatsu
United Kingdom

Sunday, 18 January 2009

Mencari Sebab Kekalahan Umno

BN ada sebab dan alasan sendiri kenapa mereka kalah walaupun telah bekerja kuat untuk mempertahankan kerusi Kuala Terengganu. Bukan sedikit wang yang dileburkan di sepanjang tempoh kempen selama 10 hari itu. Nampak sangat BN menghabiskan wang begitu banyak termasuk kepada pihak yang tidak sepatutnya dihulurkan turut sama terhulur!

Betapa tidak wartawan yang menggunakan kemudahan di Pusat Media disediakan Jabatan Penerangan dan pejabat MB Terengganu pun turut sama dihulurkan wang. Saya kurang pastikan apakah wartawan Melayu yang bergelewatan di Pusat Media itu turut menerima wang yang dikatakan dihulur dalam sampul oleh pihak BN berjumlah RM300 itu. Yang jelasnya hanya wartawan Cina saja yang buat laporan polis kononnya mereka di rasuah.

Biasanya bila kalah bermacam-macam alasan yang dicari. Yang pastinya Umno akan salah menyalah antara sama lain. Semua tidak mahu mengakui kalau parti sudah kalah. Begitulah lumrahnya manusia amat liat untuk mengakui kesilapan.

Untuk malam ini misalnya seorang pemimpin Umno Kelantan telah mendedahkan kekalahan itu disebabkan sikap Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein yang disifatkan bertindak nak jadi pelanduk yang hendak meniru gajah berak besar. Hishamuddin katanya cuba nak berek atas pusu kemudian bagi tahi tahi dia besar.

Katanya BN kalah pada malam akhir bila mana projek Hishamudin tidak menjadi. Malam terakhir itu Hishamuddin memberi tahu sepupunya Mohd Najib Razak dia akan kumpul 10,000 pemuda Umno untuk keluar mengundi. Dakwanya 10,000 pemuda itu semuanya akan mengundi Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Malangnya malam semalam hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar yang lain tidak menunjukkan muka atau mungkin juga angka 10,000 iu omong kosong saja. Pemuda yang keluar diberikan RM100 seorang sebagai upah mengundi BN. Manakala yang lain pula tidak diberikan wang. Mereka yang tidak dapat wang memboikot pilihan raya itu.

Natijahnya projek Hishamuddin itu memakan diri sendiri bila mana hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar mengundi manakala selebihnya tidak keluar mengundi. Menurut pemimpin Umno Kelantan yang meninggalkan Kuala Terengganu sebelum pukul 5:00 petang lagi, sebab itulah saluran pengundi muda yang akan mengundi Umno tidak keluar mengundi.

Selain daripada itu pemimpin berkenaan juga menyalahkan sikap Wan Ahmad Farid. Katanya Wan Ahmad Farid tidak makan nasihat, masih terus dengan perangai sombong dan eletisnya.

Menurutnya Wan Ahmad Farid sudah diajar supaya bersikap merendah diri, hemah dengan orang kalau perlu pakai kain pelikat bila berjumpa pengundi, beliau kena berlakun. Tetapi nasihat itu tidak didengari langsung.

Bagaimana pun menurut pemimpin Umno itu bagus juga Wan Ahmad Farid kalah untuk menginsafkan Najib Razak yang begitu konfiden BN akan menang. Hari ini selepas kalah baru Najib reti politik dan selepas ini dia tidak akan merasa 'manggak' (action) sangat. Setidak-tidaknya pilihan nraya itu turut memberi pengajaran kepada Najib.

Apakah ada sebotaj dari kalangan Umno terhadap Wan Ahmad Farid?, tanya saya. Pemimpin itu hanya ketawa sambil berfikir demo fikirlah sendiri.

Thursday, 15 January 2009

Amanat Ketua AMK Malaysia Kepada Pengundi Muda Parlimen Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

InsyaAllah dalam tempoh dua hari lagi Malaysia akan melangkah ke satu persimpangan penting: samada memilih untuk kekal dalam belenggu penjajahan minda atau berubah untuk kesejahteraan hidup.

Kuala Terengganu menyediakan persimpangan bukan sekadar untuk rakyat Terengganu,tetapi untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Harus diingat bahawa pengundi Kuala Terengganu menggalas peranan sebagai ‘duta’ kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru tanggungjawab pengundi tidak sekadar mencerminkan hasrat mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru, sebaliknya turut mencerminkan iltizam rakyat Malaysia yang kepingin melihat perubahan berlaku di Malaysia.

Terengganu menyimpan nostalgia yang parah; tatkala hak rakyat diragut oleh Umno-BN melalui Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2004 yang menyaksikan pengundi hantu berbondong-bondong ‘menziarahi’ Terengganu untuk menunaikan ‘amanah’ Umno-BN untuk memastikan lubuk kekayaan negara melalui hasil petroleum kembali diurus mereka setelah 5 tahun Pas memerintah Terengganu. Pastinya rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Kerajaan Pas dan Rakyat Terengganu dinafikan hak untuk meraih royalti minyak, penutupan MRSM Besut dan Dungun yang menutup peluang anak-anak Terengganu yang pintar untuk melanjutkan pengajian,termasuklah ke tahap merampas tanah rakyat yang dahulunya dikurniakan oleh Kerajaan Pas Terengganu kepada rakyat tempatan.

Lebih menyedihkan siri-siri penindasan terus-terusan berlaku melalui penyalahgunaan jentera kerajaan seperti polis yang bertindak menakutkan rakyat Terengganu daripada menyokong Pakatan Rakyat. Penyalahgunaan ISA, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) berterusan berlaku tanpa segan silu oleh Umno-BN meskipun ia bercanggah dengan Islam dan disanggah oleh rakyat dan komuniti antarabangsa.

Ini bukan babak yang sewajarnya terus dipertontonkan kepada khalayak, sebaliknya babak ini harus disingkir dan dihentikan melalui kuasa rakyat yang diterjemahkan di atas kertas undi.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh YB Haji Mohd Abd Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam yang telah berkhidmat selama 5 penggal. Kualiti perkhidmatan dan kredibiliti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi jika hendak dibandingkan dengan calon Umno-BN yang bersikap elit dan tidak mesra rakyat.

Generasi muda Terengganu, khususnya di Parlimen Kuala Terengganu sangat bertuah kerana diberikan pilihan terbaik melalui Pakatan Rakyat iaitu YB Hj Mohd Abd Wahid. Pastinya peluang ini perlu digenggam erat dan diterjemahkan melalui kuasa undi pada 17 Januari hadapan.

Saya yakin dan percaya bahawa Hj Mohd Abd Wahid, melalui 18 tahun pengalaman sebagai ADUN sama sekali tidak akan menghampakan amanah dan tanggungjawab diserahkan seandainya beliau dikurniakan kemenangan dalam Pilihanraya Kecil ini.

Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi-pengundi muda Kuala Terengganu untuk terus mengundi Pakatan Rakyat melalui calon Pas untuk mengorak langkah perubahan,bukan sekadar terhad di Terengganu, malah akan turut mengesani gelombang rakyat yang telah dimulakan di seluruh Malaysia seusai 8 Mac lepas.

Pilihan di tangan anda. Ayuh kita buktikan bahawa retorik dan intimidasi politik terlampau Umno-BN hanyalah satu taktik jelek dan jengkel yang menggambarkan keangkuhan kuasa mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa meski rakyat makin celik dan bijak.

Undilah calon Pakatan Rakyat, Hj Mohd Abd Wahid Endut untuk kesejahteraan anda, Terengganu dan Malaysia seluruhnya!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK Malaysia

Najib Razak : Akidah yang terpesong.

Dalam berita bertajuk "Hudud: Umno perlu nyatakan pendirian" di muka surat N3 akhbar Sinar Harian hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:
Apa erti hanya solat sahaja, tetapi mempersoal dan mempertikaikan hukum Allah. Dalam Pakatan Rakyat (PR) semua suara boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan tugas kita adalah berbincang bersama-sama.

Apa yang penting, kita perlu hormat pendirian PAS yang akan menjalankan hukum hudud sekiranya menjadi kerajaan pusat.
Saya salin kenyataan tersebut sebagai rujukan di masa hadapan. Tuan Guru Presiden PAS pula dipetik oleh akhbar yang sama sebagai berkata:
Saya ingin jelaskan di sini bahawa hukum hudud dan qisas hanya mempunyai kaitan dengan orang Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, khususnya DAP.
Beliau juga berkata, isu hudud sepetutnya dijawab oleh Umno yang menjadi sebuah parti Melayu Islam.

Presiden PAS kelihatan mahu para pemimpin Umno mengulangi penegasan mereka mengenai hukum hudud seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Pada 20hb April 1983, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Mac ini memberitahu para wartawan bahawa;
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."
Pada 20 April 1992 beliau sebagai pemimpin kanan Umno sekali lagi mempertegaskan pendiriannya kepada para wartawan dan menyatakan bahawa;
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Dalam soal hudud, berlaku mutafaqun 'alaih antara Umno, DAP dan MCA yang menyifatkan perjuangan PAS tidak waras melalui lidah Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Walaupun dah 3,558 kali aku ulang. saya nak ulang lagi pendirian saya seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la..." Kalau malas nak klik, saya copy and paste di sini:
Banyak yang menggelejat bila Malaysiakini semalam melaporkan "A firm DAP 'No' to theocratic state". Apa yang nak dihairankan kalau DAP menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.

Saya menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Saya juga tak kacau hak demokratik MCA dan DAP untuk makan babi dan bela babi. Awat? Bela babi tak ada legal and constitutional implication seperti hudud? Boleh jadi tak ada. Tetapi bukankah bela babi mempunyai implikasi dari segi sensitiviti orang yang tak makan babi dan implikasi dari segi kebersihan alam sekitar? Tetapi, tetap saya tak kacau hak demokratik orang lain.

So, if any MCA or DAP thinks hudud is an issue, i have more than just a few issues. Do i sound racist these few days? Come on la! Please dont start burning my nerves! I want to die as your honest friend.

ARKIB