Yer laa..kita xda spm...patut la x layak pun...
*******************************************************
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Perlantikan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) dipersoal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.
Unisel ditubuhkan dan dimiliki oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pada tahun 1999 dan merupakan universiti pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
Isu itu dibangkitkan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 baru-baru ini yang mahu memberi perhatian kepada kualiti barisan kepimpinan Unisel yang amat penting untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti.
Beliau tertarik dengan hala tuju Unisel untuk tahun akan datang di mana beliau berpendapat potensi universiti ini perlu dikembangkan dengan segera agar negeri Selangor dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti tinggi.
Katanya, beliau begitu prihatin terhadap barisan kepimpinan Unisel yang dianggotai oleh individu-individu yang tidak mempunyai kelayakan akademi yang diperlukan untuk memimpin Universiti.
"Contohnya perlantikan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri sebagai Canselor Unisel.
"Beliau tidak mempunyai sebarang Ijazah Kedoktoran Falsafah langsung. Saya ingin bertanya sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa," katanya ketika berucap di Sidang Dun.
Sebelum itu beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor turut mendedahkan laporan bahawa terdapat seramai 42 mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang pernah menjadi calon pro-BN yang menginap di sebuah hotel empat bintang di Petaling Jaya sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih pihak kerajaan.
Mahasiswa-mahasisiwi tersebut menyertai pilihan raya kampus yang berlangsung pada 21 September 2006 yang lalu.
Laporan itu juga menyatakan bahawa pejabat Menteri Besar Selangor pada masa itu telah menjelaskan bil yang berjumlah lebih daripada RM5,000 untuk calon-calon yang menginap di 32 bilik termasuk beberapa bilik eksekutif di tingkat tertinggi hotel tersebut dan dalam masa sama menjamu selera di restoran hotel tersebut.
"Saya meminta Menteri Besar dapat menyiasat perkara ini biarpun jumlah wang yang terlibat adalah sedikit kerana walau macam mana sedikitpun, wang ini tetap merupakan wang rakyat negeri Selangor," katanya.
Friday 30 May 2008
ARKIB
-
▼
2008
(391)
-
▼
May
(62)
- Memalukan: Dilantik Canselor tapi tiada Ijazah pun!
- 13 Mei 1969
- Ezam: Si munafik
- Pengerusi Gerakan WP Terima Tawaran Pakatan Rakyat
- Apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahli...
- Mat Ezam bukan pengkhianat
- 7 Keturunan Abdullah Aku Sumpah Hidup Penuh Kesialan
- UMNO : Sang kera yang merosakkan bunga
- How BN finished RM500k in less than 60 days.
- Skandal ‘bunga annuals’ dengan DBKL
- Mohd Amin : Mati sebeluim digantung
- Puteri umno baca Al-Quran
- Pulau Pisang akan jadi seperti Pulau Batu Puteh
- wong Chun Wai: Apabila kaduk naik junjung.
- Pulau Batu Putih : Peguam Cap Ayam.
- BN: Babi Negara
- Bila la "bebal lah" ni nak resign?
- Anak Puntianak meracau...
- Adun BN boros gila!
- Pulau Batu Putih: Tahniah Rakyat Johor BN
- Pulau Batu Putih : Melayu terlalu bangang.
- Khir Toyo : Cancel jer kalau merugikan.
- Shoot out!
- Pencarian mendalam kepada agama. Dari Yahudi ke Is...
- Tukar baju pelajar perempuan...PKPIM.
- Guru dapat aib - Mana Persatuan Guru?
- Tiada ALLAH S.W.T buat kristian.
- Agong: Mufti sertai sidang
- Kerajaan 3 beranak dan Lim Kit Siang
- Ezam Md Noor masuk Umno
- chedet.com : Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?
- Red Devils crowned European Champions
- Mukhriz Menegur Ayahnya … oops Pak Lah
- 6 Jahanam
- PKR desak Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan
- Neng..tolong cuci ini yaa..
- Penduduk Kampala makan tikus
- Keldai dipenjara cederakan dua lelaki
- Pertembungan MU-Chelsea sukar diramal
- Lagi mesej Osama Laden
- Sabar, sabar,..rotan
- Dr. M keluar dari Umno.
- Menyangkal tuduhan Mukhriz
- Osama berikrar merdekakan Palestin
- Dr. M + 5 disiasat (6 Jahanam)
- Terengganu Poyo - Part 2
- Selamat Hari Guru
- Negaraku sedang berperang
- UMNO dan judi.
- 2FIU sedang periksa pertengahan tahun.
- Bloggers Kawan Atau Lawan
- Dewan rakyat.
- Siapa yang menderhaka?
- Hukum menghadiri konsert
- Orkestra Filharmonik membazir
- Terengganu Poyo - Part 1
- Mengingati peristiwa 13 mei 1969
- Antara Punca Kelemahan Melayu: Tidak Yakin Kepada ...
- Kongress tin kosong
- Bodoh nyer Melayu...termasuk aku sekali.
- Anti-Melayu
- Chelsea vs Liverpool - 30.04.2008
-
▼
May
(62)