**************************************************
Oleh ning
"Assalamualaikum...,
Bila kera mendapat bunga.peribahasa melayu yang bermaksud seorang yang tidak tahu
1) Negara dianugerahkan ALLAH dengan sumber minyak yang banyak,logiknya bila harga minyak dunia melambung negara mendapat faedah dan keuntungan yang melimpah ruah. Tetapi anehnya rakyat yang terpaksa tanggung kenaikan harga minyak dunia ini dan pemimpin UMNO menyatakan tidak mungkin kerajaan menanggung beban kenaikan tersebut. Justeru rakyat diminta berkorban demi kerajaan yang kononnya membela rakyat. Tetapi hakikatnya kerajaan hanyalah ibarat sang kera yang tidak tahu menilai betapa berharganya minyak anugarah ALLAH itu kepada negara dan rakyat.
2) Satu masa dulu negara dikejutkan dengan ketiadaan minyak sawit. Walhal negara adalah pengeluar terbesar dunia. Aneh tapi benar, rakyat sekali lagi terpaksa hidup dalam suasana panik kerana ketiadaan minyak masak yang bukan sahaja menjadi keperluan harian tetapi menjadi keperluan mencari makan bagi setengah rakyat. Penjual goreng pisang terpaksa menanggung kerugian, Begitu jugalah pengusaha kedai makan akibat ketiadaan minyak masak. Sekali lagi UMNO yang diberi tanggungjawab mentadbir negara tidak tahu menilai betapa pentingnya minyak masak kepada rakyat dan gagal memenafaatkan anugerah ALLAH yang melimpah ruah ini.
3) Hari ini rakyat sekali lagi dipanikkan dengan masalah beras. Banyak kawasan penanaman padi telah diabaikan. Malah bila ditanya kenapa kerajaan tidak merancang pengeluaran bahan makanan asasi rakyat ini agar mencukupi, menteri yang bertanggungjawab telah menyatakan kerajaan tidak menjangka masalah seperti sekarang akan berlaku. Dimana kualiti kerajaan yang menawarkan diri untuk menjaga rakyat? Jelas bunga yang diberi rakyat tidak dihargai malah dirosakkan oleh UMNO. Tambah pelik lagi petani petani tidak mendapat faedah dari kenaikan harga beras ini malah mereka juga terpaksa membeli beras pada harga pasaran yang jauh lebih mahal dari harga padi yang mereka usahakan. Lagi perkara pelik tapi benar.
4) Kini rakyat digemparkan dengan kehilangan Batu Putih.satu lagi pemberian ALLAH yang tidak dihargai dan dilepaskan begitu saja. Sebelum ini negara kehilangan singapura dan sekarang Batu Putih. UMNO jelas tidak berbuat apa apa bila singapura hilang dan sekarang UMNO meminta rakyat menerima kealpaan mereka kerana kehilangan Batu Putih. Bunga yang diberi gagal dimenafaatkan oleh sang kera kerana sang kera tidak tahu betapa tingginya nilai bunga tersebut.
Kepada rakyat khususnya rakyat JOHOR,sampai bila lagikah rakyat terus mahu melihat sang kera terus merosakkan bunga? Dan sampai bilakah rakyat mahu terus mengizinkan tikus membaiki labu?"