Begitu juga dalam pendirian berparti. Sebagai orang Melayu yang matang dan layak mengundi, aku wajib menunaikan salah satu tanggung jawab dalam hidup ini.
Undi adalah membuat calon pilihan sebagai wakil menyampaikan suara syukur, ucapan terima kasih dan juga keluhan kesusahan rakyat kepada pihak pemerintah.
Adalah wajib bagi aku menunaikan tanggung jawab ini kerana rasa cinta dan sayang ku pada ugama, negara, dan bangsa.
Aku ingin menjalani kehidupan yang mudah. Akidah Islam kekal kuat didalam hati dan kehidupan seharian dijalani seperti orang melayu. Bersopan santun dan berakhlak tinggi.
![](http://4.bp.blogspot.com/_xw2Fc2vH0v0/TUBjY2PqMQI/AAAAAAAACiM/V6SjCPPOPBs/s320/save.jpg)
Aku hanya seorang pejuang Melayu yang berjuang diatas niat mempertahankan akidah, akhlak dan tanah air agar tamadun Melayu yang telah lama hilang tidak pupus ditelan zaman. Dan aku bukanlah hardcore PAS atau Ustaz Nik Aziz, Encik Anwar Ibrahim dan juga Encik Najib Abd Razak.
Perjuangan ku hanya ingin meletakkan ugama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada umat manusia diatas mukabumi ini berkembang didalam dimensi Melayu. Satu bangsa yang satu ketika dahulu amat mahir bertolak ansur diatas dasar cinta kepada Allah dan Rasul Nya.
Pada pandangan aku, hanya bangsa Melayu yang mampu mengamankan dunia dengan tamadunnya..Berakidah & Berakhlak..Kami tetap Satu Syahadah!
Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6UJgrAWIc-PwhbsO5x904bGyFJbtWPoO_Qgt4vu2mRjzx04orp_zrmv3rx44w3kD0dfZVREzEoVQk1ntxQ2hhtZetCOfC2WL6c_sitFR3jOZZBffZzjknSMv55F0qadA0n-6oCEClTSs/s1600/nik+aziz+1+malaysia+2.jpg)
Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.
Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam!
Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno?
Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"
44 Perbezaan Pas dan Umno