Saturday 21 January 2012

Ada Duit, Semua boleh jadi..

Pengedar dadah berjaya di tangkap...

Tertuduh: Jusnaidi menuju ke mahkamah di Kota Kinabalu.


Dadah: Adik timbalan menteri didakwa

Oleh: ZULHISHAM ISHAK

KOTA KINABALU 1 Jun 2007– Adik timbalan menteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, di sini pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu.

Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, penyelaras projek, dituduh mengedar 1,088 gram ganja di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dia turut dituduh memiliki tujuh peket syabu seberat 35 gram di bawah Seksyen 12(2) dibacakan bersama 39A(r) yang kedua-duanya di bawah akta yang sama.

Seksyen 39B(1)(c)ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati manakala Seksyen 12(2) membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan sebatan 10 kali.

Majistret Intan Nurul Farina Zainal Abidin memerintahkan Mohd. Jusnaidi yang tidak diambil pengakuan ditahan reman mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah sementara kes itu disebut semula pada 10 Ogos ini.

Sementara itu, isterinya, Nurul Ashikin Omar, 31, suri rumah, dituduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di bawah Seksyen 5(1) akta yang sama.

Nurul Ashikin yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM600 dengan dua orang penjamin sementara menunggu kes itu disebut pada 24 Ogos di Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum ini, kedua-duanya ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulunya, Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamzah Osman memohon agar mahkamah menyambung tempoh reman Mohd. Jusnaidi selama tiga bulan sementara menunggu laporan ujian kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pasangan berkenaan diwakili oleh peguam bela, Hamid Ismail.

AKHIR NYERR..DI LEPAS DAN DIBEBASKAN..
BUANG KES!



KOTA KINABALU, 20 Jun 2008- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet, Mohd. Jusnaidi Omar, terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata, pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.

Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.

"Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd. Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya," katanya.

Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd. Jusnaidi menghadapi pertuduhan mengedar 1.011 kilogram kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98 gram syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kira-kira 10 pagi pada 20 Mei tahun lepas.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Kanan Persekutuan Suhami Ibrahim dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh.

Cerita lain yg menarik pasal noh Omar disini.

ARKIB