Monday 22 October 2012

Jihad Kecil dan Jihad Besar

PENIPUAN DUNIA YANG TIDAK KITA SEDARI..
baca dan selaminya agar dapat mengesan dimana penipuannya..

Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. 

Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu.

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar." Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."(Riwayat Al Baihaqi)..

Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu.

Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.

Artikel dikutip dari: http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2887-yang-paling-besar.html

ARKIB