Saturday 17 November 2012

Perdana Menteri Malaysia

Tuan Guru Haji Hadi Awang jadi Perdana Menteri Malaysia..
Ini syor dari Dewan Ulama PAS...sbb tugas Dewan Ulama PAS yang tercatat dalam perlembagaan parti ialah menyatukan tenaga dan pemikiran ulama bagi memperkuat dan mempertingkatkan pejuangan
Islam dan berusaha mengembangkan dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga ummah yang berterusan.

Aku setuju..ada masaalah??

Dan sudah pasti Dewan Ulama PAS mengesyorkan Presiden Parti sebagai PM...takda masaalah.
Apa masaalahnya??..

Yang akan menjadi masaalah kalau Dewan Ulama Pas mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM..sbb Dato Seri Anwar Ibrahim bukan ahli PAS.

Pencacai umno kena faham struktur dan authoriti dalam parti PAS..

1-  Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat, Jawatankuasa Kerja Pusat, Majlis Syura Ulama dan Mursyidul Am.

2- Hukum yang tertinggi menjadi panduan perjuangan PAS adalah al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias yang jelas dalam perlembagaan parti.

3- Tujuan atau matlamat perjuangan PAS pula ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara (Fasal 5, Perlembagaan PAS).

4- Perjuangan PAS menerima pengaruh Ikhwan al-Muslimin pada awal tahun 1950an lagi apabila beberapa tokoh PAS mendapat tarbiyah secara langsung daripada tokoh-tokoh Ikhwan seperti Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Antara mereka ialah Zulkifli Muhammad yang pernah menghadiri majlis ilmu yang diadakan di markas Ikhwan al-Muslimin di Kaherah ketika belajar dan memimpin persatuan pelajar di sana. Selain itu, Abdul Hadi Awang yang menjadi ikon politik bagi PAS pada era 1980an turut mendapat tarbiyah secara langsung daripada Ikhwan semasa menuntut di Madinah dan Mesir. Kesan daripada ini, PAS banyak
mengadaptasi dan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai model dalam struktur organisasi, proses perkaderan dan pentarbiyahan serta orientasi perjuangannya.

Sejarah perjuangan Ulama di Malaysia..
Penubuhan Hizbul Muslimin - 14 Mac 1948
Diharamkan British - 18 Jun 1948
Penubuhan PAS - 24 Nov 1955
Diluluskan Penubuhan Parti PAS - 31 Mei 1955

Maklumat lanjut disini.




ARKIB