Wednesday 14 May 2014

AL-WAHN; UMAT YANG KELIRU

KEZALIMAN MENGUASAI ALAM.

Umat Islam hari ini sungguh merasa keliru tamadun yang melanda dunia hari ini. Kehidupan harian disajikan dengan berita-berita perang dan kekacauan dalam dan luar negara, lapuran kenaikan kos sara hidup dan penyelewengan penguasa yang tidak dibendung telah menjadikan majoriti umat Islam hari ini memilih untuk berdiam diri dan membiarkan kezaliman mengatasi keadilan.

Ini lah fitnah paling besar yang melanda umat Islam hari ini apabila membiarkan kezaliman menguasai alam dalam mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi (Al-Wahn).


Perjuangan membantah kezaliman adalah Fardhu Kifayyah bagi umat Islam namun menegakkan Keadilan adalah wajib bagi setiap umat Islam. Perjuangan ini adalah fitrah untuk semua umat Islam diatas muka bumi ini.

Kebanyakkan umat Islam hari ini hanya mengetahui sejarahnya Salahuddin al-Ayubbi pernah menakluki Jerusalem, namun bagaimana kekuatan semangat fizikal dan mental anggota tentera dan perincian taktikalnya dalam penaklukan tersebut tidak pernah diketahui.

ISLAM KEMBALI GEMILANG DARI JALAN KENABIAN.

Mimbar adalah rahsia kekuatan umat Islam. Kekuatan ini telah disembunyikan dengan sejarah yang mengelirukan setelah sejarah peradaban manusia ditulis semula oleh pengikut-pengikut dajal. Sejarah peradaban manusia diolah semula oleh pengikut-pengikut dajal di Britain dan Eropah.

Salahuddin al-Ayubbi even brought along a minbar (pulpit) that was constructed in Damascus in preparation for the liberation of Jerusalem. Besides just the mosque itself, Salah al-Din founded numerous educational institutes that took up residence inside the Haram, as he attempted to bring back the Islamic character of the city.. 

Sumber:Lost Islamic History

Pada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969.

Mimbar Salahuddin al-Ayubbi  yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa.  

Sumber: Amanpalestin

SIAPA MUSUH SEBENAR UMAT ISLAM?


IBLIS DAN DAJAL.

Musuh umat Islam bukan sahaja hanya dikalangan orang kafir yang menentang Islam, tetapi pendokong dan penyokong kepada musuh Islam ini terdiri dari manusia-manusia yang menyembah Iblis dan umat nabi yang terdahulu  seperti Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS telah berjaya ditipu dan disesatkan oleh dajal.



KAPITALIS SEKULAR.

Perjuangan yang hebat ini bukan kerana kedaulatan tanah air tetapi perjuangan ini adalah menegakkan keadilan Allah Taala di seluruh alam. Musuh yang dihadapi oleh umat Islam bukan sebarangan musuh. Musuh umat Islam ini telah berjaya menipu berbillion-billion manusia selama beribu-ribu tahun untuk bersama dengannya di neraka jahanam selama-lamanya.


Kini umat Nabi Muhammad SAW juga telah hampir dipengaruhi oleh tipu daya yang direka oleh dajal.

KEBENARAN MILIK ALLAH TAALA.

Segala yang berlaku adalah dibawah kekuasaanNya dan Dia sebaik-baik perancang. Hanya 1 umat dari 73 umat.

Pengesahan dari ustaz2 yang belajar di Universiti Al-Azhar seperti ucapan berani Ustaz Don Daniyel mengatakan bahawa orang Melayu adalah umat pilihan akhir zaman dan ucapan Hj Hadi bahawa perjuangan ini adalah jihad terbukti benar. Ucapan-ucapan mereka ini bukan lahir dari akal yang bersahaja.

Bersambung kott..angah dah letih:)

ARKIB