Tuesday 27 May 2014

HUDUD; SUASANA YANG ADIL DAN AMANAH

PILIHANRAYA KECIL P076 TELUK INTAN
TARIKH MENGUNDI: 31 MAY 2014
CALUN: DYANA SOFYA (DAP) VS MAH SIEW KEONG (GERAKAN-BN)

ISU: DYANA MENOLAK UNTUK MENGUNDI DI PARLIMEN SEKIRANYA PAS MEMBENTANGKAN UNDANG-UNDANG HUDUD DIPARLIMEN.....MENGAPA PAS MASIH MENYOKONG DYANA?

FIKIRKAN: BARISAN NASIONAL DAN NAJIB MENOLAK UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DALAM NEGARA KETIKA MEREKA MEMEGANG KUASA.

KATA MACAI...

Perkara paling pokok yang wajib menjadi jatidiri setiap umat Islam adalah menegakkan KEADILAN dan jangan sesekali berlaku zalim, dan ISLAM ITU BERSAUDARA.

Sebagai justifikasi kepada KEADILAN adalah perkara pokok yang disebarkan oleh para Rasul, gua mengambil contoh apabila Rasulullah SAW memerintahkan pengikutnya keluar dari kota Mekah dan berhijrah ke Habsyah yang diperintah oleh seorang Raja Najasyi beragama Kristian. Beliau seorang raja yang adil.

"Alangkah baiknya jika kalian dapat berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana di sana ada seorang raja yang sangat adil. Tidak seorang pun rakyat yang didalam kekuasaannya pernah dianiaya oleh pemerintah yang adil itu. Oleh kerana itu, kalian pergilah ke Habsyah mencari perlindungan sehingga Allah memberikan jalan keluar dari terus menjadi mangsa seksaan musuh-musuh yang membenci Islam ini," kata baginda kepada kaum muslimin.

Berita akan keimanan dan keislaman Najasyi dikhabarkan dalam sebuah hadith yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) memberi khabar kepada manusia (yakni, para sahabat) cerita Raja Najasyi (namanya Askamah) pada suatu hari yg mati dia pada hari itu; maka keluar (Nabi) dgn mereka pada tempat solat, maka takbir dia dgn empat takbir.” (Hadith riwayat Muslim)

Raja Najasyi pemerintah Habsyah beriman kepada Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Najasyi disebut memberi pertolongan dan suaka politik kepada Kaum Muslimin yang ditindas di Mekah. Di zaman Rasulullah SAW, hijrah  berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

Melaksanakan keadilan bukan hanya terletak dibahu pemimpin tetapi kepada setiap batang tubuh manusia yang berakal dan ditegah berlaku zalim bahkan pada dirinya sendiri.

ANTARA nilai utama kemanusiaan yang dibawa oleh Islam ialah nilai keadilan. Ia akan menjadikannya sebagai pengukuh kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Al-Quran menjadikan penegakan keadilan di antara manusia sebagai matlamat semua risalah samawi sehingga diutuskan kepada mereka rasul-rasul a.s dan kerana faktor penegakan keadilan, maka dibangunkan langit dan bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (al-Rahman: 7-9)

Maksud keadilan ialah memberikan hak kepada mereka yang berhak, sama ada yang berhak itu individu atau kumpulan manusia. Islam memerintahkan agar setiap orang berlaku adil terhadap dirinya dengan menyeimbangkan antara hak dirinya, hak Tuhannya dan hak orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi matamu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu ada haknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas adalah teguran Rasulullah SAW kepada Abdullah Ibnu Amru r.a apabila dia mengabaikan hak dirinya dengan terus menerus berpuasa pada siang hari dan berqiamullail pada malam harinya.

Alangkah hebatnya perintah untuk menegakkan KEADILAN ini sehingga al-Quran meminta kepada kita agar berlaku adil, walaupun terhadap musuh.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalamkan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8)

Antara bentuk keadilan yang paling jelas ditekankan oleh al-Quran ialah keadilan sosial di mana ia memberi maksud keadilan dalam pembahagian kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada rakyat, mendekatkan jurang yang luas antara yang kaya dan miskin, membataskan monopoli orang-orang yang kaya dan mengangkat taraf hidup orang-orang miskin.

Al-Quran turut menganjurkan supaya diberi perhatian penting kepada orang-orang yang kurang bernasib baik dan pengabaian terhadap perkara ini dengan ancaman neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim; Selain itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (al-Haqqah: 30-34)

Agama juga memerintahkan kepada kita untuk berlaku adil dalam perkataan. Kemarahan kita tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak berkata benar dan kerelaan kita kepada seseorang tidak menjadi pendorong kepada kita untuk kita berkata suatu yang tidak benar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu). (al-An'aam: 152)

Beza Dyana dan Najib.


Dyana mempertahankan Keadilan manakala Najib selaku Perdana Menteri bersikap Zalim kepada rakyatnya dan Altantuya. 

Najib seorang manusia yang tidak amanah pada tanggungjawab dan kuasa selain menggalakkan maksiat dan khurafat (Perangai Umno). 

BAGAIMANA MAHU MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEDANGKAN PEMIMPIN-PEMIMPINNYA MASIH BERSIKAP ZALIM PADA DIRINYA SENDIRI DAN RAKYATNYA??

BAGAIMANA MAHU MELAKSANAKAN HUDUD SEDANGKAN KEZALIMAN MENGUASAI PEMIMPIN??

DALAM NAK MELAKSANAKAN HUDUD, NEGARA TERLEBIH DAHULU MEMERLUKAN SUASANA PIMPINAN YANG ADIL DAN AMANAH...

AYAT MUDAHNYA...TOLAK BN...PHHUUIIII




ARKIB