Thursday, 23 July 2015

IMAM MAHDI; SATU MITOS PENGELIRUAN

Aku mengutip pandangan berhubung penafian kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s di akhir zaman...berat hati ku untuk menjadikan ia satu pegangan akidah kerana tiada satu ayat pun yang menunjukkan kejadian ini akan berlaku. Bagi golongan yang mempercayainya akan merujuk kepada beberapa keratan ayat Al-Quran sebagai hujah namun ia bukan hujah yg baik bagi aku. Mentafsir hikmah Al-Quran secara samar-samar adalah satu kesilapan bagi aku.



Satu-satunya penjelasan kenapa tidak ada di dalam Al-Quran kerana hadis-hadis tentang Imam Mahdi semuanya hadis-hadis yang tidak jelas asal kemunculannya. Bahkan keadaan munculnya di masa pergolakan antara mazhab sunni dan syiah jelas mencurigakan.

Ada penjelsan yang menarik (meskipun tidak 100% benar) tentang hal ini berdasarkan kitab Futuhat Al-Makiyah Bab 366 tentang al-Mahdi, baik erti sesungguhnya dan akar katanya. Sejatinya ia dimaksudkan sebagai orang yang dibimbing dengan petunjuk yang benar kerana menghayati tradisi kenabian. Ia tentunya mempunyai pembimbing yang menyempurnakannya.

Umumnya hadis Imam Mahdi atau Mahdiisme secara umum adalah "tafsir Yudeo Kristian Pra Islam" yang diadapsi Parti Ali (Syiah) dan Sunni untuk melegitimasikan kekuasaanya (Di Jawa disebut Ratu Adil). Jadi, tema Mahdiisme atau ratu Adil sesungguhnya diadapsi dari pergerakan kaum Yahudi Israel sebelum Islam muncul.

Itu merupakan salah satu sebab utama kenapa Al-Quran tidak membicarakan al-Mahdi secara khusus tetapi al-Mahdi secara umum yang sinonimnya adalah "Ahlul Bait atau Umat Islam yang mematuhi perintah Allah dengan Iqra dan Menyucikan Jiwanya supaya memahami Al-Quran dengan sesungguhnya.

Banyak kebatilan didalam hadis-hadis al-Mahdi yang sengaja dimasukkan dalam tradisi Islam. Fungsinya mirip virus mematikan dalam dunia komputer yang kelak menyebar mempengaruhi ilusi manusia yang tertipu karena malas, bodoh dan pengecut untuk melakukan perubahan meskipun dihadapannya ada kebatilan.

Banyak Umat Islam masih saja keliru menafsirkan pengertian-pengertian yg berhubungan dgn Ahlul Bait maupun Mahdiisme karena mereka sudah kemaruk dunia, tamak haloba, dan rakus. Hatinya tidak diisi oleh Arasy Allah tapi nafsu keduniawian dengan jubah kesucian atas nama Islam.

Sebab kedua kenapa tidak muncul al-Mahdi dalam pengertian yang merujuk pada seseorang adalah ayat-ayat yang mengatakan Nabi Muhammad SAW itu Nabi dan Rasul terakhir.

Pengakhiran ini berhubungan dengan firman Allah dan visi Rasulullah SAW kalau zaman sesudahnya Umat Islam harus memahami Iqra secara tuntas dimana kehidupan harus bersandar pada Ilmu pengetahuan yang seimbang dan harmonis sebagai suatu keseimbangan tanpa cacat (QS 67:3-4).

Firman ini jelas2 mematahkan gerakan Mahdiisme atau Mileniarisme ala Yudeo-Kristian dan Nabi Muhammad SAW pun dimusuhi oleh Yahudi dan Kristian kerana dengan pengakhiran ini gerakan ala Mahdiisme gagal masuk. Tapi akhirnya masuk juga melalui ketiak kelompok Sunni dan Syiah yang bertelagah dan lupa daratan dengan melalaikan pertubuhan-pertubuhan Islam.

Al-Mahdiisme pun menjadi Virus Umat Islam yang mematikan.

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu ...” [Al-Maa-idah: 3]

Ayat ini amat kukuh untuk menyatakan Al Quran itu sempurna dan relevan sehingga ke hari kiamat.

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu Asar yaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan (Wada'). Pada masa itu Nabi Muhammad SAW berada di Arafah diatas unta. Ketika ayat ini turun Nabi Muhammad SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Nabi Muhammad SAW bersandar pada unta beliau dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibril a.s pergi maka Nabi Muhammad SAW pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah. Setelah Nabi Muhammad SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Nabi Muhammad SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:" Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."

Apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Nabi Muhammad SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu bakar r.a dan mereka berkata:" Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata: " Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Nabi Muhammad SAW,  Hasan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi meenjadi janda."

Friday, 15 May 2015

KEJATUHAN TOTAL EMAPAYAR OTHMANIAH & KAITANNYA DENGAN BANK DAN HUTANG

Sejarah jatuh bangunnya Islam ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami, samada untuk mengelakkan kejatuhan atau mahu membangunkannya semula.

Bedah sejarah kali ini menyorot kembali kronologi kejatuhan Empayar Othmaniah dan kaitannya dengan bank dan hutang. Bagus dibaca oleh para pegawai negara dan ibubapa. Jika tidak faham sekali, silalah diulang baca semula.



Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah. Ianya bukan satu proses semulajadi, tetapi satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologi membawa saudara kembar yang menjadi 'protokol atau prosedur' bersama-samanya, iaitu bon-bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrumen kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak lagi boleh dipakai. Mereka mensasarkan Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan. Keputusan para Ulamak dalam hal-hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Sebelum itu umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan. Masyarakat Yahudi dan Nasrani membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan dibenarkan tidak ikut serta dalam urusan ketenteraan dan keselamatan negara.

Pekara yang sebaliknya berlaku selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi, kononnya untuk memodenkan Khilafah Othmaniah. Orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN (Masters) yang kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pula menjadi miskin.

Seterusnya Sultan Mahmud II pula buat silap. Beliau membentuk Tentera Diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad yang bermodalkan tauhid diganti dengan tentera ‘bergaji’. Sistem demokrasi diperkenalkan. Jawatan Wazir Besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Kemudian Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit. Sistem Kerajaan Tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkan sistem perniagaan Bazaar juga khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil ‘imaret’ dan ‘millet’ (majlis perlindungan bagi golongan minoriti) tidak lagi berfungsi .

Pendidikan dua aliran diperkenalkan, iaitu tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain-lain institusi kewangan moden. Penjajahan ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan’ empayar Othmaniah.

Undang-undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (administrative centralization) menggantikan sistem Autonomi Amiriah tempatan.

Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. NASIHAT DARI FINANCIAL PLANNER YAHUDI diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada agenda reformasi tanzimat beliau dianugerahkan "Nishan-I Iftihar" dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan Dinar dan Dirham. Ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI ke atas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, para banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden berunsur riba melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan ini memberi mereka peluang untuk membuka bank-bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan.

Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Ini kerana kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.

Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856. Ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 Pound Sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat membawa kepada system kuasa berada di tangan para pemilik banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui ‘Alphonse de Rothchilds’. Bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja-kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya ‘La Bank Imperiale Ottomane’ pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund.

Bank ini menjadi bankers bank dengan deposit, pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, mengurus jual beli, membincang pembelian komoditi, memberi dana, melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan serta mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa. Ottoman bank pula ialah bank dengan dana tempatan. Seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system ‘penguasaan kewangan’ telah diletakkan batu asasnya di situ.

Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit lagi. Tiada aktiviti masyarakat yang terlepas dari sistem Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan, seterusnya dana kewangan dan pelaburan, semuanya melibatkan bank.

MEREKA BERJAYA MENJADI TUAN KEPADA DUNIA (Masters of the Worlds). Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan ‘jaminan tranformasi sosial’ kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan ‘kejuruteraan sosial’.

PADA WAKTU ITU JIZYAH SUDAH BERKUBUR. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian sudah jadi penggerak Empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga, ‘undang-undang tanah baru’ menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867, ORANG ASING DIBENARKAN MEMBELI TANAH.

STRATEGI DI SEBALIK PROJEK KERETAPI

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna. Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah besarnya peranan penipuan oleh bank-bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon-bon kerajaan Othmaniah.

Pada tahun 1873 berlaku ‘Crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon-bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembangunan fizikal dalam bentuk ‘konkrit bangunan’ semata-mata. Ia suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa, tetapi didalangi dengan angka-angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah DIISTIHARKAN MUFLIS kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan CUKAI TERHADAP RAKYAT.

Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria di bawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah KEJATUHAN KHILAFAH OTHMANIAH itu sendiri.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum reformasi tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur-ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan dan akhirnya beliau BERJAYA MENGURANGKAN HUTANG KERAJAAN.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Demi mendapatkan Palestin, mereka tawarkan untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah.

Bagaimana golongan yang tidak mempunyai tanahair sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar dunia? Jawapannya ialah satu bentuk KUASA BARU TELAH MUNCUL. Kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat sahaja. Kuasa politik pula dijadikan alat bank untuk menjayakan projeknya.

Sultan Abdul Hamid bertegas. Beliau telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

“Saya cadangkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan usaha mendapatkan tanah Palestin. Saya tidak akan menjualnya walau sejengkal kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Mereka telah membentuk dan mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah. Kami akan pertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Puak yahudi boleh simpan sahaja wang mereka yang banyak itu. Bila Empayar ini berpecah nanti, maka mereka bolehlah ambil Palestin secara percuma. Tetapi mesti langkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Akhirnya Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga, pejabat pertama zionis di buka di Palestin di bawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924. (Bersambung)

KESIMPULAN

Perhatikan bagaimana sejarah kembali berulang. Bagaimana dirancang pembangunan, berjual beli dengan hutang dalam agenda memufliskan dan menawan sebuah negara.

Bila sudah dicekik sampai lemas, Zionis akan masuk dengan skrip membebaskan hutang melalui sistem kewangan ciptaan mereka. Mangsanya adalah rakyat yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin untuk membela nasib mereka.

Pattern sejarahnya sama sahaja kerana mereka menggunakan ilmu keruruteraan sosial yang sama. Kita digula-gulakan dengan pembangunan projek mega, ditawarkan hutang dan hujungnya menggadai negara melalui bon, sukuk, emas dan hasil negara.

Semuanya terjadi kerana wang. Sistem ekonomi dan pengurusan hazanah negara melalui konsep baitulmal ciptaan Islam ditinggalkan dan diganti dengan sistem beracun ciptaan musuh Islam yang sengaja direka untuk melemahkan dan membunuh kita.

Ini bukan rekayasa seperti amalan biasa keyboard warrior. Kita sedang berhadapan dengan satu agenda besar tanpa kebanyakan dari kita sedar dan percaya. Cendiakawan kewangan kita yang sedang menasihati pemimpin negara juga tidak ‘merasa sesuatu yang pelik’ kerana ekosistem ilmu mereka juga sudah diadun dari sumber yang sama.

Kita perlukan evolusi dan revolusi yang mantap, bukan sekadar reformasi dan transformasi yang flip flop dan bersifat wal hasil balik asal.

Oleh itu, kami yakin khilaf ini akibat liciknya musuh negara, juga kerana kejahilan serta kelalaian pemimpin dan para penasihatnya. Daripada marah dan kecewa, kita sudah mula kasihan dan simpati pada kejahilan mereka. Tidak dapat kami bayangkan betapa setiap malam adalah mimpi ngeri bagi para pemimpin negara yang memikirkannya (kecuali yang jenis 'happy go lucky').

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati dan nasihat menasihati, dengan sabar dan penuh kasih sayang. Khilaf yang telah berlaku harus kita sama-sama bantu mencari penyelesaiannya, bukan sekadar mengutuk dan menyumpah semata-mata. Jika gagal, kita semua bakal menanggung akibatnya samada suka mahupun terpaksa. Sekali terjajah, berabad kita bakal menderita.

Kisah seterusnya akan menyentuh kronologi sampingan yang menyebabkan kejatuhan empayar Othmaniah dan kejatuhan Palestine.

Bedah sejarah WARGA PRIHATIN

Sunday, 11 January 2015

HIDUP DIHUJUNG U8IA

Mengapa kita mengundang bencana..
mengapa jiwa kita meredhokan maksiat yg melampau batas...
bersediakah aku untuk menghadapi bala yang semakin hampir..DI HUJUNG USIA.


LAWAK K4MASUTRA

HAHAHAHAAAA..!!

KAMASUTRA LESSONS:

1. Kamasutra says : If you suck one nipple, the women herself offers the other one. And that was the origin of "buy one get one free"!

2. Did you ever notice: everything on a woman's upper body starts with a "B". Blouse, Bra, Bikini, Boobs & lower body with a "P" Peticoat, panties, pussy...No wonder men suffer from high B P!

3. Before sex, you help each other get naked. After sex, you dress only yourself. Moral: In life no one helps you once you're fucked

4. Success is like pregnancy. Everybody congratulates you but nobody knows how many times you got fucked to achieve it.

5. What is the difference between frustration and satisfaction? What the Fuck! And What a Fuck!

6. 3 people having sex is a threesome, 2 is a twosome. So next time someone calls you 'HANDSOME', don't take it as a compliment!

7. Life is like a dick, sometimes it becomes hard for no reason.

8. Practical thought: A husband is supposed to make his wife's panties wet, not her eyes. A wife is supposed to make her husband's dick hard, not his life..!

Now that I've educated. You, go ahead and educate someone else.

When a lady is pregnant, all her friends touch her stomach ad say "Congrats!". X-Spam-Subject: YES X-Spam-Subject: YES But none of them come and touch the man's Penis and say "Well done”! Hard work is never appreciated: Only result matters..


Friday, 9 January 2015

ZIKIR DAN DOA SEUSAI SOLAT.

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDU

أَسْتَغْفِرَاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَاإِلَهَ إِلَّا هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Astagfirullahal’adzim Alladzi laa ilaaha illa hual hayyul qayyum watubu ilaih


لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Laa Ilaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku walhul hamdu, yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


أَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُالسَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالاِكْرَامِ

Allahumma Anta salam wa minkassalam wa ilaika ya’udu ssalam fahayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wata’alaita yadzal jalali wal ikram


اِلَهَنَا يَارَبَّناَ أَنْتَ مَوْلنَا : سُبْحَنَ اللهِ

Ilahana ya rabbana anta maulana : Subhanallah


سُبْحَنَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا أَبَدًا : أَلْحَمْدُ لِلَّهِ

Subhanallah wabihamdihi da iman abadan Alhamdulillah


أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ : اللهُ أَكْبَرُ

Alhamdu lillahirabbil ‘alamin ‘ala kulli halin wani’matin Allahu Akbar


أَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَنَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً

Allahu akbar kabiran walhamdu lillahi katsira, wa subhanallahi bukratan wa asilan


لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شُيْئٍ قَدِيْرٌ.

Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wani’mannasir wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْ كُلِّ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma shalli ‘ala sayyidina muhammadin wasallim wa radliyallahu ta’ala ‘an kulli sahabati rasulillahi Ajma’in


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.


اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab


 اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَ ذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Allahummaghfirlana dzunubana wa dzunuba walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI, & DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, SERTA SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMI


اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوْبَنَا وَأَفْكَارَنَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَنَا وَأَحْسِنْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا

Ya Allah Sucikanlah hati kami dan fikiran kami, perbaikilah akhlak kami dan perbaikilah amal perbuatan kami dengan perbuatan yang baik


اللَّهُمَّ إِنَّانَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Allahumma Inna Nas alukal Huda wat tuqa wal 'afafa wal ghina


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana min ladunka rahmatan Innaka Antal Wahhabu.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman


رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina


رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam


سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifuna, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin,


نَسْأَلُكَ الإِجَابَةَ الْفَاتِحَةُ

Nas'alukal Ijabah Al Fatihah...

Sumber: http://mzgroup4all.blogspot.com/2013/12/zikir-dan-doa-selepas-solat-fardu.html

Monday, 5 January 2015

P3RINGAT4N MENJAGA KESOM8ONGAN DIRI

Peringatan untuk AKU, manusia dan jin yang menduduki bumi Allah swt...

Surah 13. Ar-R’ad, Ayat 5
Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): Adakah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka dan merekalah juga ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

[KETETAPAN, PERINGATAN, ANCAMAN] 
[BUMI]



Surah 34. Saba’, Ayat 33
Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

[PERINGATAN, ANCAMAN, AKAL] 
[PERINGATANPERINGATAN, SAKSI]



Surah 14. Ibrahim, Ayat 49
Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.

[KETETAPAN, ANCAMAN, BUMI] 
[ANCAMAN, JANJI, KETETAPAN, PERINGATAN, ANCAMAN]



Surah 76. Al-Insan, Ayat 4
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang

[AKAL, SAKSI, KETETAPAN, PERINGATAN, ANCAMAN] 
[ANCAMAN]




Surah 73. Al-Muzammil, Ayat 12
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang,

[AKAL, PERINGATAN, PENYAMPAIAN, KETETAPAN] 
[KETETAPAN, KUASA, PERINGATAN]



Surah 36. Yaasin, Ayat 8
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

[PERINGATAN, SAKSI, JANJI] 
[SOMBONG]



Surah 69. Haaqqah, Ayat 30
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,

[SAKSI, JANJI, KETETAPAN, BUMI, SAKSI] 
[PERINGATAN, PENYAMPAI]



Surah 38. Sad, Ayat 38
Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.

[PERINGATAN, ANGKUH, KETETAPAN, KUASA] 
[PERINGATAN, ANGKUH, KETETAPAN, KUASA]



Surah 40. Ghaffir, Ayat 71
Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret.

[ANCAMAN, PENYAMPAIAN] 
[AKAL, KETETAPAN, ANGKUH]



Surah 89. Al-Fajr, Ayat 26
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

[ANGKUH, JANJI, KETETAPAN, AKAL, ANGKUH] 
[KUASA, SAKSI, ANGKUH]


Surah 17. Al-Israa', Ayat 29
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.

[KETETAPAN, AKAL, ANGKUH] 
[KUASA, JANJI, KETETAPAN, KUASA]

Wallahua'lam.




Tuesday, 30 December 2014

DOA SEORANG HAMBA..

Bismillahirrahmanirrahimm..

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Hamba Mu ini bersyukur diatas segala Nikmat dan Rahmat yang telah Engkau kurniakan.

Maha Suci Engkau...Ampunkan segala dosa-dosa kedua ibubapa ku dan rahmatilah mereka sepertimana mereka memeliharaku dengan penuh kasih sayang dan mendidik ku dari kecil...Ya, Allah..Permudahkanlah segala urusan kedua ibubapa ku..

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Ampunkanlah segala dosa-dosa isteriku dan zuriat-zuriatku...Ya, Allah..Jadikanlah aku dan kaum kerabatku orang-orang yang taat mendirikan solat dan mencintai sedekah hanya kerana Mu..

Maha Suci Engkau... Tambahilah ilmu ku dalam menuju takwa kepada Mu..Ya, Allah Sesungguhnya hamba Mu ini amat lemah dan bodoh disisi Mu..

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Selamatkanlah saudara-saudara ku yang dizalimi di Palestin, Filipina, Pattani dan Rohingnya...Selamatkanlah umat Islam yang ditimpa bencana dimana jua mereka berada....Ya, Allah..permudahkanlah segala urusan bantuan kepada mereka...Ya, Allah..Kurniakanlah kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada para mujahidin yang berjuang diatas jalan Mu..

Ya, Allah...Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau..Ya, Allah... Maha Suci Engkau...Sesungguhnya kami adalah dari orang yang membuat zalim...

Ampunkanlah segala dosa-dosa orang-orang mukmin lelaki dan wanita samaada yang hidup atau pun yang telah mati dan kurniakanlah rahmat Mu kepada orang-orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Mu..

Maha Suci Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti..Hanya kepada Mu kami berserah diri...permudahkanlah perjalanan hidup kami diatas dunia yang sementara ini....Ya, Allah..Sesungguhnya kepada Mu jua kami akan dikembalikan.

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Ampunkanlah segala dosa-dosa hamba Mu ini..
Ya, Allah..Ampunkanlah dosa-dosa riba dan zina hamba Mu ini....Ya, Allah..Ampunkanlah segala dosa-dosa besar yang ku ketahui dan yang tidak ku ketahui.

Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya.


Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepada Mu..
Ya, Allah..Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepada Mu..
Ya, Allah..Matikanlah aku dalam keadaan beriman kepada Mu..

Ya, Allah..Peliharalah diriku ini dari siksaan kubur dan azab api neraka Mu..
Ya, Allah..Peliharalah hatiku ini dari rasa sombong dan takbur
Ya, Allah..Peliharalah hatiku ini dari sifat cuai dan lalai dalam ibadah
Ya, Allah...Peliharalah hatiku ini dari rasa malas dan berputus asa dalam ibadah
Ya, Allah..Peliharalah lidahku ini dari berkata dusta.
Ya, Allah..Jauhkanlah diriku dari akhlak yang buruk dan jalan-jalan maksiat

Maha Suci Engkau..Tempatkanlah aku ditempat yang Engkau berkahi, sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik pemberi tempat.

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..

Terimalah ibadah ku ini dan makbulkan lah doa-doa ku ini..

Maha Suci Engkau..Hanya kepada Mu hamba Mu ini memohon pertolongan dan hanya kepada Mu jua hamba Mu ini memohon perlindungan.

Ya, Allah
Ya, Rahman
Ya, Rahimm..


Monday, 29 December 2014

ZIKIR SELEPAS SOLAT

TERTIB DAN TERATUR.. 

ALLAHUMMA ANTAS SALAM,
WAMINKAS SALAM,
WA ILAIKA YA 'UUDUS SALAM,
FAHAYYINA RABBANA BIS SALAM,
WA AD-KHILJAN-NATADARAS-SALAM,
TABAA RAKTA RABBANA WA TA 'ALAITA YA DZAL JALAALI WAL IKRAM

Ertinya:
Ya Allah Engkaulah yg Maha Sejahtera,
dan diriMu kesejahteraan,
dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan,
maka hidupkanlah kami ya Tuhan dengan kesejahteraan,
dan masukkanlah kami ke dalam syurga negeri kesejahteraan,
engkau telah memberkati ya Tuhan,
dan Engkau telah memuliai wahai yg Maha Agung dan yg Maha Mulia.

Bertasbih
SUBHANALLAH (33 x) 
Ertinya: Maha Suci Allah 


Bertahmid
ALHAMDULILLAH  (33 x)
Ertinya: Segala Puji Bagi Allah 


Bertakbir
ALLAHUAKBAR (33 x)
Ertinya: Allah Maha Besar 


Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadirrr..



Sunday, 30 November 2014

Dalil dan Nas Waktu-waktu Solat.

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di dalam Al-Quran sesungguhnya sudah ada sekilas tentang penjelasan waktu-waktu solat fardhu, meski tidak terlalu jelas diskripsinya. Namun paling tidak ada tiga ayat di dalam Al-Quran yang membicarakan waktu-waktu solat secara global.

Ayat Pertama:




Menurut para mufassriin, di ayat ini disebutkan waktu solat, yaitu kedua tepi siang, yaitu solat shubuh dan ashar. Dan pada bahagian permulaan malam, yaitu Maghrib dan Isya`.

Ayat kedua




Menurut para mufassrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat yaitu sesudah matahari tergelincir, aitu solat Zhuhur dan Ashar. Sedangkan gelap malam adalah solat Maghirb dan Isya` dan Qur`anal fajri yaitu solat subuh.

Waktu-waktu Solat Fardhu di Dalam Al-Hadits

Sedangkan bila ingin secara lebih spesifik mengetahui dalil tentang waktu-waktu solat, kita boleh merujuk kepada hadits-hadits Rasululah SAW yang sahih dan qath`i. Tidak kalah qath`inya dengan dalil-dalil dari Al-Quran Al-Karim. Di antaranya adalah hadits-hadits berikut ini:

Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi SAW didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau melakukan solat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Shubuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmizy. )

Di dalam Nailul Authar disebutkan bahawa Al-Bukhari mengatakan bahawa hadits ini adalah hadits yang paling shahih tentang waktu-waktu solat.

Selain itu ada hadits lainnya yang juga menjelaskan tentang waktu-waktu solat. Salah satunya adalah hadits berikut ini:

Dari `Uqbah bin Amir ra bahawa Nabi SAW bersabda, “Ummatku selalu berada dalam kebaikan atau dalam fitrah selama tidak terlambat melakukan solat Maghrib, yaitu sampai muncul bintang.“(HR Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak.)

Lebih Detail Tentang Waktu Solat Dalam Kitab-kitab Fiqih

Dari isyarat dalam Al-Quran serta keterangan yang lebih jelas dari hadits-hadits nabawi, para ulama kemudian menyusun tulisan dan karya ilmiah untuk lebih jauh mendiskripsikan apa yang mereka fahami dari nash-nash itu. Maka kita dapati deskripsi yang jauh lebih jelas dalam kitab-kitab fiqih yang menjadi masterpiece para fuqoha. Di antaranya yang boleh disebutkan antara lain kitab-kitab berikut ini:

Kitab Fathul Qadir jilid 1 halaman 151-160,
Kitab Ad-Dur Al-Mukhtar jilid 1 halaman 331 s/d 343,
Kitab Al-Lubab jilid 1 halaman 59 – 62,
Kitab Al-Qawanin Al-Fiqhiyah halaman 43,
Kitab Asy-Syarhu Ash-Shaghir jilid 1 halaman 219-338,
Kitab Asy-Syarhul-Kabir jilid 1 halaman 176-181,
Kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halaman 121 – 127,
Kitab Al-Muhazzab jilid 1 halaman 51 – 54,
Kitab Kasysyaf Al-Qanna` jilid 1 halaman 289 – 298.

Di dalam kitab-kitab itu kita dapati keterangan yang jauh lebih spesifik tentang waktu-waktu solat. Kesimpulan dari semua keterangan itu adalah sebagai berikut:

1. Waktu Solat Fajr (Shubuh)

Dimulai sejak terbitnya fajar shadiq hingga terbitnya matahari. Fajar dalam istilah bahasa arab bukanlah matahari. Sehingga ketika disebutkan terbit fajar, bukanlah terbitnya matahari. Fajar adalah cahaya putih agak terang yang menyebar di ufuk Timur yang muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.

Ada dua macam fajar, yaitu fajar kazib dan fajar shadiq. Fajar kazib adalah fajar yang `bohong` sesuai dengan namanya. Maksudnya, pada saat dini hari menjelang pagi, ada cahaya agak terang yang memanjang dan mengarah ke atas di tengah di langit. Bentuknya seperti ekor Sirhan (serigala), kemudian langit menjadi gelap kembali. Itulah fajar kazib.

Sedangkan fajar yang kedua adalah fajar sadiq, yaitu fajar yang benar-benar fajar yang berupa cahaya putih agak terang yang menyebar di ufuk timur yang muncul beberapa saat sebelum matahari terbit. Fajar ini menandakan masuknya waktu subuh.

Jadi ada dua kali fajar sebelum matahari terbit. Fajar yang pertama disebut dengan fajar kazib dan fajar yang kedua disebut dengan fajar sadiq. Selang beberapa saat setelah fajar sadiq, barulah terbit matahari yang menandakan habisnya waktu subuh. Maka waktu antara fajar sadiq dan terbitnya matahari itulah yang menjadi waktu untuk solat shubuh.

Di dalam hadits disebutkan tentang kedua fajar ini:

“Fajar itu ada dua macam. Pertama, fajar yang mengharamkan makan dan menghalalkan solat. Kedua, fajar yang mengharamkan solat dan menghalalkan makan..” (HR Ibnu Khuzaemah dan Al-Hakim).

Batas akhir waktu subuh adalah terbitnya matahari sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut ini.

Dari Abdullah bin Umar ra bahawa Rasululah SAW bersabda, “Dan waktu solat subuh dari terbitnya fajar (sadiq) sampai sebelum terbitnya matahari.” (HR Muslim)

2. Waktu Solat Zhuhur

Dimulai sejak matahari tepat berada di atas kepala namun sudah mulai agak condong ke arah barat. Istilah yang sering digunakan dalam terjemahan bahasa Malaysia adalah tergelincirnya matahari. Sebagai terjemahan bebas dari kata zawalus syamsi. Namun istilah ini seringkali membingungkan kerana kalau dikatakan bahawa `matahari tegelincir`, sebahagian orang akan berkerut keningnya, “Apa yang dimaksud dengan tergelincirnya matahari?”

Zawalus-Syamsi adalah waktu di mana posisi matahari ada di atas kepala kita, namun sedikit sudah mulai bergerak ke arah barat. Jadi tidak tepat di atas kepala.

Dan waktu untuk solat zuhur ini berakhir ketika panjang bayangan suatu benda menjadi sama dengan panjang benda itu sendiri. Misalnya kita menancapkan tongkat yang tingginya 1 meter di bawah sinar matahari pada permukaan tanah yang rata. Bayangan tongkat itu semakin lama akan semakin panjang seiring dengan semakin bergeraknya matahari ke arah barat. Begitu panjang bayangannya mencapai 1 meter, maka pada saat itulah waktu Zhur berakhir dan masuklah waktu solat Ashar.

Ketika tongkat itu tidak punya bayangan baik di sebelah barat maupun sebelah timurnya, maka itu menunjukkan bahawa matahari tepat berada di tengah langit. Waktu ini disebut dengan waktu istiwa`. Pada saat itu, belum lagi masuk waktu zuhur. Begitu muncul bayangan tongkat di sebelah timur kerana posisi matahari bergerak ke arah barat, maka saat itu dikatakan zawalus-syamsi atau `matahari tergelincir`. Dan saat itulah masuk waktu zuhur.

3. Waktu Solat Asar

Waktu solat Asar dimulai tepat ketika waktu solat Zuhur sudah habis, yaitu semenjak panjang bayangan suatu benda menjadi sama panjangnya dengan panjang benda itu sendiri. Dan selesainya waktu solat Asar ketika matahari tenggelam di ufuk barat. Dalil yang menujukkan hal itu antara lain hadits berikut ini:

Dari Abi Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang mendapatkan satu rakaat dari solat subuh sebelum tebit matahari, maka dia termasuk orang yang mendapatkan solat subuh. Dan orang yang mendapatkan satu rakaat solat Asar sebelum matahari terbenam, maka dia termasuk mendapatkan solat Asar.” (HR Muslim dan enam imam hadits lainnya).

Namun jumhur ulama mengatakan bahawa dimakruhkan melakukan solat Asar tatkala sinar matahari sudah mulai menguning yang menandakan sebentar lagi akan terbenam. Sebab ada hadits nabi yang menyebutkan bahawa solat di waktu itu adalah solatnya orang munafiq.

Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, …”Itu adalah solatnya orang munafik yang duduk menghadap matahari hingga saat matahari berada di antara dua tanduk syaitan, dia berdiri dan membungkuk 4 kali, tidak menyebut nama Allah kecuali sedikit.” (HR Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).

Bahkan ada hadits yang menyebutkan bahawa waktu Ashar sudah berakhir sebelum matahari terbenam, yaitu pada saat sinar matahari mulai menguning di ufuk barat sebelum terbenam.

Dari Abdullah bin Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dan waktu solat Ashar sebelum matahari menguning.”(HR Muslim)

Solat Asar adalah solat Wustha menurut sebahagian besar ulama. Dasarnya adalah hadits Aisyah ra.

Dari Aisyah ra bahawa Rasulullah SAW membaca ayat, “Peliharalah solat-solatmu dan solat Wustha.” Dan solat Wustha adalah solat Asar. (HR Abu Daud dan Tirmizy dan dishahihkannya)

Dari Ibnu Mas`ud dan Samurah ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Solat Wustha adalah solat Asar.” (HR Tirmizy)

Namun masalah ini memang termasuk dalam masalah yang diperselisihkan para ulama. Asy-Syaukani dalam kitab Nailul Authar jilid 1 halaman 311 menyebutkan ada 16 pendapat yang berbeza tentang makna solat Wustha. Salah satunya adalah pendapat jumhur ulama yang mengatakan bahawa solat Wustha adalah solat asar. Sedangkan Imam Malik berpendapat bahawa solat itu adalah solat subuh.

4. Waktu Solat Maghrib

Dimulai sejak terbenamnya matahari dan hal ini sudah menjadi ijma` (kesepakatan) para ulama. Yaitu sejak hilangnya semua bulatan matahari di telan bumi. Dan berakhir hingga hilangnya syafaq (mega merah). Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW:

Dari Abdullah bin Amar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Waktu Maghrib sampai hilangnya shafaq (mega).” (HR Muslim).

Syafaq menurut para ulama seperti Al-Hanabilah dan As-Syafi`iyah adalah mega yang berwarna kemerahan setelah terbenamnya matahari di ufuk barat. Sedangkan Abu Hanifah berpendapat bahawa syafaq adalah warna keputihan yang berada di ufuk barat dan masih ada meski mega yang berwarna merah telah hilang. Dalil beliau adalah:

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dan akhir waktu Maghrib adalah hingga langit menjadi hitam.” (HR Tirmizy)

Namun menurut kitab Nashbur Rayah bahawa hadits ini sanadnya tidak shahih.

5. Waktu Solat Isya`

Dimulai sejak berakhirnya waktu maghrib sepanjang malam hingga dini hari tatkala fajar sadiq terbit. Dasarnya adalah ketetapan dari nas yang menyebutkan bahawa setiap waktu solat itu memanjang dari berakhirnya waktu solat sebelumnya hingga masuknya waktu solat berikutnya, kecuali solat subuh.

Dari Abi Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah tidur itu menjadi tafrith, namun tafrith itu bagi orang yang belum solat hingga datang waktu solat berikutnya.” (HR Muslim)

Sedangkan waktu muhktar (pilihan) untuk solat `Isya` adalah sejak masuk waktu hingga 1/3 malam atau tengah malam. Atas dasar hadits berikut ini.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, aku perintahkan mereka untuk mengakhirkan/ menunda solat Isya` hingga 1/3 malam atau setengahnya..” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizy).

Dari anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW menunda solat Isya` hingga tengah malam, kemudian barulah beliau solat.” (HR Muttafaqun Alaihi).

Dari Ibnu Umar ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Waktu solat Isya` hingga tengah malam” (HR Muslim dan Nasai)

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ahmad Sarwat, Lc

Sumber:http://soalsolatumum.blogspot.com

Tuesday, 4 November 2014

APA KATA ULAMA....ILLUMINATI.

Siapa dan apa Illuminati...


Syeikh Niamat adalah seorang peribadi yang mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang bermula di hutan belantara sehingga terbentuknya kampung dan bandar yang diteroka melalui peranan ulama...

Dengarlah....kata2 berhikmah, budi pekertinya sopan, keikhlasannya menjadi ikutan, ajarannya menjadi amalan.... keluhuran budi pekerti al Marhum amat disanjung tinggi... Beliau kembali kerahmatullah tepat jam 10.20 pagi hari rabu tanggal 13 Rejab 1424 bersamaan 10 September 2003 di Hospital Alor Setar....Al Fatihah..



Friday, 31 October 2014

RAHSIA ALLAH; BOLA MATA

Manusia seharian melihat Allah Taala... bagi yang berfikir..

Terjemahan dari Surah 2. Al Baqarah, ayat 55 bermaksud..

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

Pada usia 13 tahun proses penyempurnaan bola mata manusia menjadi lengkap pada saiz purata 23mm melintang dan 23mm membujur.




RAHSIA ALLAH

Terjemahan Surah 40. Ghaffir, ayat 78...lebih kurang bermaksud...

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; kerana apabila datang perintah Allah diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah".

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)”

[Hadits Riwayat At-Tirmizi]


1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah keseluruhan sahabat nabi S.a.w ialah 124,000 orang. Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad S.a.w ialah seramai 313 orang.

Baca selanjutnya disini.


RAHSIA KEMEGAHAN DI DUNIA

Nama-nama surah di dalam al Quran..

1. Surah Al-Fatihah - Pembukaan

2. Surah Al-Baqarah - Lembu Betina

3. Surah Ali ‘Imran - Keluarga Imran

4. Surah An-Nisaa’ - Wanita

5. Surah Al-Maa’idah - Hidangan

6. Surah Al-An’aam - Binatang Ternakan

7. Surah Al-A’raaf - Tempat Tertinggi

8. Surah Al-Anfaal -Rampasan Perang

9. Surah At-Taubah - Pengampunan

10. Surah Yunus - Nabi Yunus a.s.

11. Surah Hud - Nabi Hud a.s.

12. Surah Yusuf - Nabi Yusuf a.s.

13. Surah Ar-Ra’d - Guruh

14. Surah Ibrahim - Nabi Ibrahim a.s.

15. Surah Al-Hijr - Kawasan Berbatu

16. Surah An-Nahl - Lebah

17. Surah Al-Israa’ - Perjalanan Malam

18. Surah Al-Kahfi - Gua

19. Surah Maryam - Siti Maryam

20. Surah TaaHaa - TaaHaa

21. Surah Al-Anbiyaa’ - Para Nabi2

22. Surah Al-Hajj - Haji

23. Surah Al-Mu’minun - Golongan yang Beriman

24. Surah An-Nuur - Cahaya

25. Surah Al-Furqaan - Pembeza Kebenaran dan Kebatilan

26. Surah Asy-Syu’araa - Para Penyair

27. Surah An-Naml - Semut

28. Surah Al-Qasas - Cerita-cerita

29. Surah Al-‘Ankabut - Labah-labah

30. Surah Ar-Rum - Bangsa Rom

31. Surah Luqman - Luqman

32. Surah As-Sajdah - Sujud

33. Surah Al-Ahzab - Golongan yang Bersekutu

34. Surah Saba’ - Kaum Saba’

35. Surah Faatir - Pencipta

36. Surah Yaasin - Yaasin

37. Surah As-Saaffat - Yang Teratur Berbaris

38. Surah Saad - Saad 39. Surah Az-Zumar - Rombongan

40. Surah Al-Ghafir / Al-Mu’min - Orang yang Beriman

41. Surah Fussilat - Dijelaskan

42. Surah Asy-Syuraa - Permesyuaratan

43. Surah Az-Zukhruf - Perhiasan Emas

44. Surah Ad-Dukhaan - Kabut

45. Surah Al-Jatsiyah - Yang Berlutut

46. Surah Al-Ahqaaf - Bukit-bukit Pasir

47. Surah Muhammad - Nabi Muhammad SAW

48. Surah Al-Fath - Kemenangan

49. Surah Al-Hujurat - Bilik-bilik

50. Surah Qaaf - Qaaf

51. Surah Adz-Dzariyaat - Angin yang Menerbangkan

52. Surah At-Thur - Bukit

53. Surah An-Najm - Bintang

54. Surah Al-Qamar - Bulan

55. Surah Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah

56. Surah Al-Waqi’ah - Hari Kiamat

57. Surah Al-Hadid - Besi

58. Surah Al-Mujadilah - Perempuan yang Merayu

59. Surah Al-Hasyr - Pengusiran

60. Surah Al-Mumtahanah - Perempuan yang Diuji

61. Surah As-Saf - Barisan

62. Surah Al-Jumu’ah - Hari Jumaat

63. Surah Al-Munafiquun - Golongan Munafik

64. Surah At-Taghabun - Dinampakkan Kesalahan

65. Surah At-Talaq - Talak

66. Surah At-Tahrim -Mengharamkan

67. Surah Al-Mulk - Kerajaan

68. Surah Al-Qalam - Pena

69. Surah Al-Haaqqah - Hari Kiamat

70. Surah Al-Ma’arij - Tempat Naik

71. Surah Nuh - Nabi Nuh a.s.

72. Surah A-Jin - Jin

73. Surah Al-Muzammil - Yang Berselimut

74. Surah Al-Muddathir -Yang Berselubung

75. Surah Al-Qiyaamah - Hari Kebangkitan

76. Surah Al-Insaan - ManusiA

77. Surah Al-Mursalat - Malaikat Yang Diutus

78. Surah An-Naba’ - Berita Besar

79. Surah An-Naazi’aat - Malaikat Yang Mencabut

80. Surah ‘Abasa - Dia Bermasam Muka

81. Surah At-Takwiir - Menggulung

82. Surah Al-Infitar - Terbelah

83. Surah Al-Mutaffifiin - Golongan yang Curang

84. Surah Al-Insyiqaaq - Terbelah

85. Surah Al-Buruj - Gugusan Bintang

86. Surah At-Taariq - Pengunjung Malam

87. Surah Al-A’laa - Yang Tertinggi

88. Surah Al-Ghaasyiah - Hari Pembalasan

89. Surah Al-Fajr - Fajar / Sinar Mentari

90. Surah Al-Balad - Negeri

91. Surah Asy-Syams - Matahari

92. Surah Al-Lail - Malam

93. Surah Adh-Dhuha - Matahari Meninggi

94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah - Melapangkan

95. Surah At-Tin - Buah Tin

96. Surah Al-‘Alaq - Segumpal Darah

97. Surah Al-Qadr - Kemuliaan

98. Surah Al-Baiyinah - Bukti yang Nyata

99. Surah Al-Zalzalah - Kegoncangan

100. Surah Al-‘Aadiyaat - Yang Berlari Kencang

101. Surah Al-Qari’ah - Hari Kiamat

102. Surah At-Takathur - Bermegah-megah

103. Surah Al-‘Asr - Masa

104. Surah Al-Humazah - Pengumpat

105. Surah Al-Fiil - Gajah

106. Surah Quraisy - Kaum Quraisy

107. Surah Al-Ma’un - Barangan Berguna

108. Surah Al-Kauthar - Sungai Di Syurga

109. Surah Al-Kafirun - Golongan Kafir

110. Surah An-Nasr - Pertolongan

111. Surah Al-Masad / Al-Lahab - Nyalaan Api

112. Surah Al-Ikhlas - Ikhlas

113. Surah Al-Falaq - Waktu Subuh

114. Surah An-Naas - Manusia


ORANG MUKMIN

Perbedaan antara Sunni dan Syiah yang paling mendasar sebenarnya berawal dari penolakan Syiah terhadap tiga khalifah selain Ali bin Abi Thalib (Abu Bakar, Umar dan Utsman). Penolakan ini menjadikan perbedaan pandangan yang tajam antara Syi’ah dan Sunni dalam penafsiran Al-Qur’an, Hadits, mengenai Sahabat, dan hal-hal lainnya.

Sebagai contoh perawi Hadits dari Muslim Syi’ah berpusat pada perawi dari Ahlul Bait, sementara yang lainnya seperti Abu Hurairah tidak dipergunakan.

Dalam Syiah sendiri juga berkembang tiga aliran besar, yaitu Syiah Itsna ‘Asyariyah, Syiah Ismailiyah dan Syiah Zaidiyah. Itsna ‘Asyariyah adalah aliran terbesar yang berkembang di Iran sekarang ini. Sedangkan Ismailiyah merupakan aliran yang paling ekstrem, dan Zaidiyah merupakan aliran yang paling mendekati Sunni (yang tetap mengakui tiga khalifah sebelum Ali bin Abi Thalib).

Sebagian kaum Sunni menyebut kaum Syiah dengan nama Rafidhah, yang menurut etimologi bahasa Arab bermakna meninggalkan. Dalam terminologi syariat Sunni, Rafidhah bermakna “mereka yang menolak imamah (kepemimpinan) Abu Bakar dan Umar bin Khattab, berlepas diri dari keduanya, dan sebagian sahabat yang mengikuti keduanya”.

Pendapat Ibnu Taimiyyah dalam “Majmu’ Fatawa” ialah bahwa Rafidhah pasti Syiah, sedangkan Syiah belum tentu Rafidhah; karena tidak semua Syiah menolak Abu Bakar dan Umar sebagaimana keadaan Syi’ah Zaidiyyah.

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku telah bertanya kepada ayahku, siapa Rafidhah itu? Maka beliau (Imam Ahmad) menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang mencela Abu Bakar dan Umar’.”

Pendapat yang agak berbeda diutarakan oleh Imam Syafi’i. Meskipun mazhabnya berbeda secara teologis dengan Syiah, tetapi ia pernah mengutarakan kecintaannya pada Ahlul Bait dalam diwan asy-Syafi’i melalui penggalan syairnya: “Kalau memang cinta pada Ahlul Bait adalah Rafidhah, maka ketahuilah aku ini adalah Rafidhah”.


Sumber: sipencariilmu.wordpress.com

Thursday, 9 October 2014

PENCERAHAN HUDUD

HUDUD, QISAS DAN TAKZIR...

Buang Islam melayu ambil Islam Rasulullah SAW..

Zul Nordin mangkok hayon wal-mangkuk tandass....

KahKahKahhh....Layan....

KEKUATAN ISLAM ADALAH AKHLAK UMATNYA

Gua 'agak paham' apa yg sdg berkocak di fikiran budak ni kerana faktor umur memudahkan gua memahami apa yg dicari/dimahukan dlm hidup ini....kebebasan berfikir dan berhujah seperti yg diperintahkan Nya..'kita' berani kerana yakin pdNya...cuma..AKHLAK tu adjust laa skitt bro..


Diantara catatan Benz Ali  Geert Wilders gagal melihat Islam kerana tiada lg nilai-nilai Islam yg diamalkan sebaliknya umat Islam kini mencontohi gaya hidup khalifah..contoh Muawiyyah.. dll dari mencontohi Rasulullah SAW itu sendiri...

Gua, lu dan kita berusaha menjelmakan kembali kebebasan berfikir dan berhujah mengikut akhlak Rasulullah SAW...

Maaf kalau menyinggung....gua pecaya bumi rata tidak bulat seperti bola...bangang ker gua bro??

Tuesday, 9 September 2014

PRESIDEN PERLU DIJATUHKAN

AKU TERBACA KOMEN NI DLM BLOG GREEN BOC YANG MENGULAS KENYATAAN LUHAM BERHUBUNG GARIS KUASA MAJLIS SYURA ULAMA PAS...



SUNGGUH TEPAT APA YANG DISUARAKAN OLEH PENULIS YG MENGGELARKAN DIRINYA TAN MELAKA..

WALAU BAGAIMAN PUN NAMA SAMARAN 'TAN MELAKA' ITU BUAT AKU BERHATI-HATI....TAPI MEMANG MENARIK ULASANNYA..

AKU KONGSIKAN DISINI..

SEPTEMBER 9, 2014 AT 9:46 PM

Tan Malaka said...

Statement dari LUHAM ini berita baik buat semua pejuang rakyat. Sudah sampai ketikanya Hadi Awang berundur atau dimundurkan.

Hadi wajib ditolak kerana jelas beliau adalah pemimpin yg menganut fahaman feudal yg beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja.

Sila rujuk dua kenyataan yg dibuat oleh Hadi, pertama ketika sidang akhbar dirumahnya menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB & kedua pidatonya terbarunya dalam majlis penjelasan isu2 semasa di Marang beberapa hari yg lalu.

Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab telah memberikan tafsiran yg salah & mengelirukan tentang konsep Raja Berperlembagaan.

Di sidang akhbar dirumahnya ketika beliau cuba mempertahankan TSKI beliau mengatakan "kita tidak boleh membelakangkan Sultan" sedangkan Sultan memang perlu dikebelakangkan dalam urusan politik.

Raja Berperlembagaan bermakna peranan & kuasa Raja telah dibataskan oleh undang2. Raja Berperlembagaan bermakna Raja tidak boleh campur tangan dlm urusan politik & pentadbiran negara selain bidang kuasa terhad Baginda dlm urusan pentadbiran agama Islam & adat istiadat Melayu. Ini cukup jelas.

Kalau tidak mahu membelakangkan Sultan, Sultan perlu hadir dlm setiap mensyuarat EXCO, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,Syura Ulama, hatta hadir di muktamar PAS! Kenyataan ini bukan hanya tidak tepat malah pandir!





Tindak tanduk Hadi Awang ini adalah pengkhianatan yg cukup besar bukan hanya kepada PAS & PR tetapi terhadap tokoh2 pejuang Melayu progresif yg terdahulu yg telah berjuang dgn sengit menentang Fahaman feudal yg mahu memutlakkan kekuasaan Raja dalam semua hal ini sehingga kuasa politik dapat dimiliki oleh rakyat jelata.

Sekarang Hadi Awang mahu menyerahkan kembali kuasa politik yg telah diperoleh ditangan rakyat secara jerih payah, kembali secara mutlak kepada golongan Monarki!

Malah faham feudal yg sesat ini mahu dipakai pula ke kebatang tubuhnya dalam bentuk pemusatan kuasa mutlak Presiden.

Ini sangat2 salah & tidak betul.

Agenda persekongkolan sesat Feudalisme golongan elit monarki dengan Feudalisme Ulama yg jelas mengkhianati perjuangan kuasa politik rakyat jelata ini wajib ditentang hingga ke akar2nya!

Monday, 8 September 2014

TSKI; MENTERI BESAR SELANGOR

PADA PENDAPAT AKU, PARTI KEADILAN MEMPUNYAI ALASAN YANG KUKUH UNTUK MENUKARKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR.

1. TAN SRI KHALID TIADA INTERGRITI DALAM PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANINYA BERSAMA BANK ISLAM BILA BELIAU MENYAMAN SEMULA BANK ISLAM YANG TELAH MEMBANTUNYA MENYELESAIKAN SEBAHAGIAN DARI HUTANG PIUTANGNYA YANG BERJUMLAH HAMPIR RM 300 JUTA.

2. TAN SRI KHALID TELAH MENYELESAIKAN BAKI HUTANGNYA SEBANYAK RM 70 JUTA SECARA LUM SUM TANPA PENGETAHUAN PEGUAM YANG MENGENDALIKAN KES ITU SEBALIKNYA PEMBAYARAN ITU DIURUSKAN OLEH TAN SRI ABDUL MANAF PENGERUSI ECOWORLD BHD YANG KEMUDIANYA MENDAPAT KONTRAK DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR  SEBANYAK RM591 JUTA...baca seterusnyer










Saturday, 6 September 2014

PAS; MUSUH DALAM SELIMUT

PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR BERGOLAK..BELUM PASTI APA KESUDAHANNYA.

SEGALANYA BERMULA APABILA TAN SRI KHALID IBRAHIM DIPECAT DARI AHLI PARTI PKR DAN TERPAKSA MELEPASKAN JAWATAN MENTERI BESAR. PKR DAN DAP TELAH BERSETUJU MELANTIK DATIN SERI WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR YANG BARU.




NAMUN PAS TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN MELANTIK DATIN SERI WAN AZIZAH DAN MENJADIKAN ISTANA SEBAGAI PELINDUNG KEPADA HASRAT MEREKA.

DATUK MUSTAFA ALI MEMANG DIKENALI TELAH MENGATUR BEBERAPA PERTEMUAN RAHSIA DAN TIDAK RAHSIA BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO. PERBUATANNYA INI TELAH DITEGUR OLEH TUAN GURU NIK HJ. ABD. AZIZ NAMUN BELIAU BERJAYA MENDAPAT PERLINDUNGAN DISEBALIK KERUSI TUAN PRESIDEN KERANA KEAKRABAN MEREKA.




JIKA BUKAN PENGKHIANATAN..APAKAH INI..??


SIKAP GELOGOH DATUK MUSTAFA ALI BERKEMUNGKINAN AKAN MERUGIKAN PAS SEPERTIMANA BERLAKU DI TERENGGANU DAN KEDAH.


BELIAU ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT.


Saturday, 30 August 2014

SURAT TERBUKA KEPADA PUTIN

Dear Mr. President Putin,

Please accept our apologies on behalf of a great many people here in the Netherlands for our Government and our Media. The facts concerning MH17 are twisted to defame you and your country.

We are powerless onlookers, as we witness how the Western Nations, led by the United States, accuse Russia of crimes they commit themselves more than anybody else. We reject the double standards that are used for Russia and the West. In our societies, sufficient evidence is required for a conviction. The way you and your Nation are convicted for ‘crimes’ without evidence, is ruthless and despicable.

You have saved us from a conflict in Syria that could have escalated into a World War. The mass killing of innocent Syrian civilians through gassing by ‘Al-­‐Qaeda’ terrorists, trained and armed by the US and paid for by Saudi Arabia, was blamed on Assad. In doing so, the West hoped public opinion would turn against Assad, paving the way for an attack on Syria.

Not long after this, Western forces have built up, trained and armed an ‘opposition’ in the Ukraine, to prepare a coup against the legitimate Government in Kiev. The putschists taking over were quickly recognized by Western Governments. They were provided with loans from our tax money to prop their new Government up.

The people of the Crimea did not agree with this and showed this with peaceful demonstrations. Anonymous snipers and violence by Ukrainian troops turned these demonstrations into demands for independence from Kiev. Whether you support these separatist movements is immaterial, considering the blatant Imperialism of the West.

Russia is wrongly accused, without evidence or investigation, of delivering the weapons systems that allegedly brought down MH17. For this reason Western Governments claim they have a right to economically pressure Russia.

Western created and supported terrorist groups have begun just what we predicted, a self manufactured security threat. Western-created and -supported terrorist groups have become just what we predicted, a self-manufactured security threat.

We, awake citizens of the West, who see the lies and machinations of our Governments, wish to offer you our apologies for what is done in our name. It’s unfortunately true, that our media have lost all independence and are just mouthpieces for the Powers that Be.

Because of this, Western people tend to have a warped view of reality and are unable to hold their politicians to account.

Our hopes are focused on your wisdom. We want Peace. We see that Western Governments do not serve the people but are working towards a New World Order. The destruction of sovereign nations and the killing of millions of innocent people is, seemingly, a price worth paying for them, to achieve this goal.

We, the people of the Netherlands, want Peace and Justice, also for and with Russia. We hope to make clear that the Dutch Government speaks for itself only. We pray our efforts will help to diffuse the rising tensions between our Nations.

Sincerely,

Professor Cees Hamelink

ARKIB