Malaysiakini | Aug 21, 08 6:10pm |
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian. Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali. Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan. Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh. Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 'Memang ahli Umno' Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos. Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ. Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu". Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu". Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat. Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful. "Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya. Tiada kaitan Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005. Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)". Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17. Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam. |
Thursday 21 August 2008
Imam diarah hadir sumpah Saiful
ARKIB
-
▼
2008
(391)
-
▼
August
(102)
- Experts Say Budget 2008 to Deflect Anwar's Popularity
- Politik Beruk Punca Umno Tewas di Permatang Pauh?
- KJ: My Curriculum Vitae, Desperately Looking For A...
- Barisan Sumpah, Rakyat Menyampah dan Anwar Angkat ...
- How and why UMNO lost in Permatang Pauh.
- Bakal menantu Najib dan Rosmah
- Khairy Jamaludin menerajui Petronas dalam masa ter...
- Pemuda Pas Wilayah desak Mufti Wilayah keluarkan F...
- Anwar Selamat Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen ...
- Analisa Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh...
- Kenapa Anwar Enggan Bersumpah (Liwat)
- Anwar MENANG!
- Sumpah Palsu II. Alahai Bapak Saiful ...
- Swear on this, Najib
- 2 PETUGAS UMNO DI TANGKAP
- Ceramah Umum di Kampung Masjid Timah (24/08/2008)
- Najib Razak : who may be born Muslims, are practic...
- Good reasons for not voting Arif Shah!
- Hairan Khairy Jamaluddin
- CERITA SEBENAR Bag mengandungi RM 100,000.00 Untuk...
- Arif nafi, PKR mahu SPR batal kelayakan calon BN t...
- Lagi pengundi hantu dikesan.
- Pengarah BPR bersekongkol dengan Umno
- Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan ...
- Imam diarah hadir sumpah Saiful
- UTK, komando kawal keselamatan di Permatang Pauh
- BN Panik?
- Saiful is now an election issue
- Arif shah graduan mana, SEBENARNYA?
- Pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik
- Kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk...
- KJ : Jatidiri Melayu dan moral
- Lompongnya pertahanan Islam kita
- Nasharuddin: PAS juga ditawar jawatan peringkat pusat
- President Pervez Musharraf has finally resigned
- Muatturun Poster Kempen
- Saiful beri keterangan di Jawi hari ini berhubung ...
- AKHIRNYA TURUN JUGA SEMALAM
- Is Anwar losing support in Permatang Pauh?
- Hari Penamaan Calon Anwar Sudah Menang Besar
- Permatang Pauh – lautan manusia singgah untuk PK
- Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang be...
- Anonymous said...
- 1,000 penyokong iringi DSAI
- Permatang Pauh : Wartawan Kena Pukul
- Warkah buat adik-adik di UiTM.
- UiTM meneruskan demonstrasi
- 10 Persoalan Kenapa Tuduhan Liwat Saiful Bukari Ad...
- Tindakan undang-undang jika Khalid enggan minta maaf
- Liwat : Plastik umpama zakar
- Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah
- Pemimpin pilihan hati
- Tak setuju jumpa dalam gelap langgar disiplin?
- Taiwan menuntut hak keatas Pulau Spratly
- Patrick Lim, Wan Hisham Dalam T-Best – Bukan Anak ...
- MB Selangor enggan mohon maaf
- Raja Petra ordered to reveal source and reader IDs
- Sketsa : 5000 Budak hitam
- ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh
- Poyoo betul mamat Cheruk Tok Kun
- Amaran kepada semua ahli Pas
- Calls for ISA by Dap state deputy chief too?
- Demo UITM : Mengapa tiada ruang diplomasi?
- UMNO : Antara politik wang dan wang politik
- Minyak dan air tak boleh bercampur
- Dulu Hilang Batu, Kini Akan Hilang Pisang ?!
- UMNO: Be Afraid. Be Very Afraid.
- Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 'hilang'...
- Syabu theft: Cop found dead
- Forum BAR COUNCIL Agenda Abdullah
- Dr M will migrate if Anwar becomes PM
- BPR terima 10,000 laporan rasuah dalam 6 bulan
- UMNO AKAR UMBI HURA HARA
- Malang Seorang Pengurus Pusat Aduan Mangsa Liwat.
- Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang
- Amerika dan Majlis Peguam
- Liwat : Tiada kes.
- Edisi Sesat: Liwat – Kenapa ke Pusrawi, kemudian k...
- PUSINGAN PERTAMA KES : ANWAR 5: PAK LAH 0!
- Tuduhan Seksyen 377B Tidak Adil Pada Sayfool, Tun...
- Calon De Facto di Permatang Pauh
- Anwar ada alibi - Peguam
- Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi
- Bunuh aktivis hak asasi: Bekas pegawai didakwa
- Dr. Osman Abdul Hamid. : Statutory Declaration
- Al-kesah bik Mama
- Siapakah DSP Jude Pereira @ Carlos Santana,
- Jom bawa Pak Lah ke BPR
- MALAIKAT CALON UMNO DI PERMATANG PAUH
- Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul,...
- Hairan : Dadah hilang dari balai Polis!
- ACA delves into IT project involving firm with Isr...
- 10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR
- Umno veteran lodges corruption report against top ...
- Pandikar Amin : Dari Lembu Politik ke Speaker Parl...
- Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945...
- DASAR LUAR DAN PERTAHANAN SINGAPURA: MENGHAYATI AN...
- Perjanjian Manila-MILF Dibatal
- Ini pelan peralihan kuasa Wanita UMNO...
- Mengapa wajah Hamid Albar Pucat Lesi Akhir akhir ini?
-
▼
August
(102)