SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya beliau enggan memohon maaf berikutan cadangannya untuk membuka kuota kemasukan 10 peratus ke universiti itu kepada pelajar bukan bumiputera.
Beliau berkata, Abdul Khalid harus meminta maaf kerana kenyataan yang dibuatnya terhadap UiTM bukan sahaja tidak beretika dan menghina UiTM tetapi tidak benar sama sekali.
"Kami bukannya bersikap keras kepala berhubung isu ini tetapi kenyataannya itu 100 peratus salah dan jika hujahnya betul kami boleh terima setiap kritikan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Alumni Homecoming di Kompleks Sukan UiTM, di sini hari ini.
Lebih 3,000 bekas penuntut UiTM hadir pada majlis itu yang bertujuan merapatkan hubungan di kalangan mereka menerusi pelbagai program yang diatur di dalam dan luar kampus.
Abdul Khalid sebelum ini mencadangkan agar 10 peratus kuota di UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dan asing kerana graduan UiTM didakwanya tidak mesra dengan kaum lain, tidak berkualiti, tiada persaingan dan tidak global.
Kenyataan itu mencetuskan ketidakpuasan hati pelbagai pihak termasuk pelajar UiTM di seluruh negara yang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan tersebut.
Abdul Khalid bagaimanapun enggan memohon maaf kepada UiTM berhubung kenyataannya itu atas alasan beliau bukan mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.
Ibrahim berkata, UiTM tidak pernah berniat untuk bermusuh dengan kaum lain dan ia terbukti apabila ada kaum lain termasuk Cina dan India diambil sebagai tenaga pengajar di universiti itu, malahan hubungan mereka dengan pegawai serta pelajar amat mesra.
"Kenyataan beliau (Abdul Khalid) seperti mencucuk rakyat bukan Bumiputera supaya bencikan Melayu dan sebaliknya serta boleh mencetuskan perasaan benci sesama Melayu," katanya. BERNAMA
Saturday 16 August 2008
ARKIB
-
▼
2008
(391)
-
▼
August
(102)
- Experts Say Budget 2008 to Deflect Anwar's Popularity
- Politik Beruk Punca Umno Tewas di Permatang Pauh?
- KJ: My Curriculum Vitae, Desperately Looking For A...
- Barisan Sumpah, Rakyat Menyampah dan Anwar Angkat ...
- How and why UMNO lost in Permatang Pauh.
- Bakal menantu Najib dan Rosmah
- Khairy Jamaludin menerajui Petronas dalam masa ter...
- Pemuda Pas Wilayah desak Mufti Wilayah keluarkan F...
- Anwar Selamat Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen ...
- Analisa Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh...
- Kenapa Anwar Enggan Bersumpah (Liwat)
- Anwar MENANG!
- Sumpah Palsu II. Alahai Bapak Saiful ...
- Swear on this, Najib
- 2 PETUGAS UMNO DI TANGKAP
- Ceramah Umum di Kampung Masjid Timah (24/08/2008)
- Najib Razak : who may be born Muslims, are practic...
- Good reasons for not voting Arif Shah!
- Hairan Khairy Jamaluddin
- CERITA SEBENAR Bag mengandungi RM 100,000.00 Untuk...
- Arif nafi, PKR mahu SPR batal kelayakan calon BN t...
- Lagi pengundi hantu dikesan.
- Pengarah BPR bersekongkol dengan Umno
- Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan ...
- Imam diarah hadir sumpah Saiful
- UTK, komando kawal keselamatan di Permatang Pauh
- BN Panik?
- Saiful is now an election issue
- Arif shah graduan mana, SEBENARNYA?
- Pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik
- Kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk...
- KJ : Jatidiri Melayu dan moral
- Lompongnya pertahanan Islam kita
- Nasharuddin: PAS juga ditawar jawatan peringkat pusat
- President Pervez Musharraf has finally resigned
- Muatturun Poster Kempen
- Saiful beri keterangan di Jawi hari ini berhubung ...
- AKHIRNYA TURUN JUGA SEMALAM
- Is Anwar losing support in Permatang Pauh?
- Hari Penamaan Calon Anwar Sudah Menang Besar
- Permatang Pauh – lautan manusia singgah untuk PK
- Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang be...
- Anonymous said...
- 1,000 penyokong iringi DSAI
- Permatang Pauh : Wartawan Kena Pukul
- Warkah buat adik-adik di UiTM.
- UiTM meneruskan demonstrasi
- 10 Persoalan Kenapa Tuduhan Liwat Saiful Bukari Ad...
- Tindakan undang-undang jika Khalid enggan minta maaf
- Liwat : Plastik umpama zakar
- Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah
- Pemimpin pilihan hati
- Tak setuju jumpa dalam gelap langgar disiplin?
- Taiwan menuntut hak keatas Pulau Spratly
- Patrick Lim, Wan Hisham Dalam T-Best – Bukan Anak ...
- MB Selangor enggan mohon maaf
- Raja Petra ordered to reveal source and reader IDs
- Sketsa : 5000 Budak hitam
- ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh
- Poyoo betul mamat Cheruk Tok Kun
- Amaran kepada semua ahli Pas
- Calls for ISA by Dap state deputy chief too?
- Demo UITM : Mengapa tiada ruang diplomasi?
- UMNO : Antara politik wang dan wang politik
- Minyak dan air tak boleh bercampur
- Dulu Hilang Batu, Kini Akan Hilang Pisang ?!
- UMNO: Be Afraid. Be Very Afraid.
- Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 'hilang'...
- Syabu theft: Cop found dead
- Forum BAR COUNCIL Agenda Abdullah
- Dr M will migrate if Anwar becomes PM
- BPR terima 10,000 laporan rasuah dalam 6 bulan
- UMNO AKAR UMBI HURA HARA
- Malang Seorang Pengurus Pusat Aduan Mangsa Liwat.
- Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang
- Amerika dan Majlis Peguam
- Liwat : Tiada kes.
- Edisi Sesat: Liwat – Kenapa ke Pusrawi, kemudian k...
- PUSINGAN PERTAMA KES : ANWAR 5: PAK LAH 0!
- Tuduhan Seksyen 377B Tidak Adil Pada Sayfool, Tun...
- Calon De Facto di Permatang Pauh
- Anwar ada alibi - Peguam
- Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi
- Bunuh aktivis hak asasi: Bekas pegawai didakwa
- Dr. Osman Abdul Hamid. : Statutory Declaration
- Al-kesah bik Mama
- Siapakah DSP Jude Pereira @ Carlos Santana,
- Jom bawa Pak Lah ke BPR
- MALAIKAT CALON UMNO DI PERMATANG PAUH
- Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul,...
- Hairan : Dadah hilang dari balai Polis!
- ACA delves into IT project involving firm with Isr...
- 10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR
- Umno veteran lodges corruption report against top ...
- Pandikar Amin : Dari Lembu Politik ke Speaker Parl...
- Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945...
- DASAR LUAR DAN PERTAHANAN SINGAPURA: MENGHAYATI AN...
- Perjanjian Manila-MILF Dibatal
- Ini pelan peralihan kuasa Wanita UMNO...
- Mengapa wajah Hamid Albar Pucat Lesi Akhir akhir ini?
-
▼
August
(102)