Thursday 28 February 2013

Tentera Sultan sulu mati ditembak

Pagi tadi pukul 10.00 am telah berlaku tembak menembak diantara ATM dan Tentera sultan Sulu.

Lapuran tak rasmi pertempuran di Lahad Datu..

TSS 14 mati dan beberapa orang ditawan...

ATM dan PDRM..3 Komando cedera diterbangkan ke Kota Kinabalu..


Kedua-dua pihak mempunyai pengalaman peperangan yang seimbang tetapi berbeza plan tindakan dan alatan yang digunakan.

Jika dulu ATM yang membekalkan segala perkhidmatan kepada TTS dan kini TTS menentang mereka.

Seperti yang berlaku diantara Al-Qaeda dan CIA.

Jalan ceritanya hampir sama tetapi dilakonkan oleh pelakon dan pentas yang berbeza.

Teori konspirasi tidak dilupakan kerana umno juga terlibat dalam tragedi ini. Sumber: Sabahkini.



Sunday 24 February 2013

Umno Taik Judi


Umno judi...apa pun tak blehhh...


1. Umno dan Magnum Corporation Sdn Bhd:

Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad ini, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

2. Umno dan Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.


Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

3. Umno dan Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis. Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

4. Umno dan loteri


Gambar: Keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Surat ini telah yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar. Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.


Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.Sumber: visi-sufi.com

6. Pengedaran 'nombor ekor' (judi) semasa mesyuarat Umno Bahagian

Ahli UMNO edar ‘nombor ekor’ semasa mesyuarat bahagianTEMERLOH – Perwakilan UMNO yang hadir pada mesyuarat bahagian semalam dikejutkan dengan gelagat salah seorang ahli parti itu yang mengedarkan tiket ‘nombor ekor’ kepada perwakilan dan pemerhati..

7. Najib gesa masyarakat contohi sifat tokey judi

NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.

“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

“Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.

Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.

8. Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan iklan judi

Bukan sahaja menyiarkan keputusan judi, malah turut menyiarkan permohonan maaf kepada kaki2 judi yang membaca akhbar Umno ini..

9. Umno lulus Judi Piala Dunia 2010

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.


Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

10. Bekas Presiden Umno dengan angkuh mengatakan bahawa beliau akan meluluskan judi sukan sekiranya menjadi kerajaan


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

11. Pemimpin Tertinggi Umno Sabah (Bekas MB Sabah) meletak jawatan akibat belenggu hutang Judi bernilai jutaan ringgit

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang berhutang lebih AS$1.8 juta kepada sebuah kasino di Britain dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah.

Beliau berhutang kepada Kasino Ritz Hotel di London yang membenarkannya berjudi secara kredit di kasino tersebut. Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman memberitahu akhbar New Straits Times bahawa Osu telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno papar.

12. Pemimpin BN cadang pula wujudkan kasino (pusat judi) terbesar di Sabah

Parti Bersatu Sabah has urged the Prime Minister to consider approving a casino licence for Sabah, to further boost the State's tourism.

Its Batu Sapi MP, Datuk Edmund Chong Ket Wah, said the existing law like that applied at Genting Highlands can be applied for the casino in Sabah. "Kundasang in Sabah has the same climate and environment like Genting.

In Sabah now there are 44 jackpot licences and 425 jackpot machinesÉif all these 425 jackpot machines are placed in one building, it is already a casino," he said. Edmund, who fully supported the proposed introduction of sports betting, believed opening a casino in Kundasang would also improve the local economy.

13. Umno Bahagian Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'

Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1.Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan...

Baca setrusnya di sini, (bukti bergambar), "Lagi 'Umno dan Judi': Biro Belia dan Sukan Umno Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'?"

14. Ketua Pergerakan Wanita Umno 'kantoi' akibat tamak hadiah loteri

TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai.

15. Sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi) Najib.

UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar

SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

16. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.

Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama

17. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.

Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.

18. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.

Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..

19. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu

Yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulai Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...

Sumber: Sabahdaily

Friday 22 February 2013

Semua ini Hak Allah Taala

Allah Taala memiliki keseluruhan alam ini, kehidupan, kematian, Syurga, Neraka, Padang Masyhar, Jambatan Siratul Mustakeem dan Malaikat.

Segala-galanya dicipta oleh Allah Taala dan semua ciptaanNya diselenggarakan oleh beribu-ribu malaikat-Malaikat yang dijadikan dari cahaya.

Setelah makhluk Jin gagal mentadbir bumi ini, manusia pula diamanahkan menguruskan alam ini  secara..

1. Berakhlak

2. Bertamadun

3. Adil 


Isu hak keatas ciptaan Allah Taala mula timbul apabila tiga faktor diatas tidak menjadi pegangan kehidupan. Kegagalan kaum Jin mentadbir bumi ini amat berkait rapat dengan tiga faktor ini dimana akhirnya bumi dimusnahkan oleh Allah Taala.




Wayang Hantu Bersama IC Palsu

Kerajaan bersusah payah menubuhkan wayang RCI untuk mengaburi isu-isu kelemahan Najib kerana keruntuhan BN bermakna kesusahan hati yang amat terlampau untuk ditanggungi.

Aku sudah muak dengan wayang-wayang ini. Rakyat seperti aku menantikan tindakkan dan pendakwaan yang adil diatas setiap tuduhan salah laku pemimpin.


Siasat punya siasat..bagi fail kes serah pada Ghani Patail..Ghani bagi pada Nazri untuk meneliti kesan dari tuduhan terhadap kerajaan..atas arahan kabinet, Nazri tidak bersetuju dengan pendakwaan itu dan meminta Ghani memindanya..seperti biasa Ghani akan menyerahkan kembali kepada Polis dengan alasan tidak cukup bukti yang kukuh untuk mendakwa. Penyiasatan lanjut perlu dijalankan.

Perbuatan diorang ni memang sungguh menyakitkan hati.

Maklumat di forum berhubung IC Palsu disini.

Sultan, Sultan dan Sultan Sulu

Langsung tiada persepakatan didalam masyarakat Sulu untuk melantik seorang pemimpin yang dapat mengawal kerabat-kerabatnya. Berapa banyak lagi makhluk yang nak mengaku Sultan Sulu ni?

Dalam satu hari, seorang Sultan Sulu dilantik.. dan dalam setahun ada 365 1/2 hari. Siapalah  agaknya yang dapat juga merasa menjadi sultan walaupun hanya setengah hari yang terakhir?....memang kerja gila.


Dah beribu rakyatnya mati dibunuh di dalam Tragedi Pembunuhan beramai-ramai di Bud Dajo tapi ia tidak menjadi satu pengalaman yang mematangkan pemikiran mereka untuk berdiplomasi.




Thursday 21 February 2013

Bila Ajalnya Sampai

Semua makhluk pasti mati.

Tapi biarlah mati dalam keadaan yang tidak mengaibkan dan sempurna.

Jangan sampai berlaku seperti lelaki Terengganu yang mati akibat kepalanya tersepit dicelah lantai ketika cuba memecah masuk kerumah jiran.

Malang sungguh nasibnya



PAS Semakin Maju

Hari ini PAS melancarkan treler yang akan digunakan sebagai pentas kempen PRU 13. Kenderaan ini adalah sumbangan dari para dermawan kepada parti demi perjuangan memartabatkan panji-panji Islam.

Aku suka cara PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dan yakin PAS tidak akan mengkhianati teman seperjuangannya.

Dimulakan oleh Anwar Ibrahim bersama PKR..


DAP juga mengambil langkah perubahan..


Dan akhirnya PAS mengikuti langkah para sahabatnya.


BN juga tak nak mengaku kalah dan masih mahu kekal bersaing menuju transformasi lori....layan kan jer laa


Lidah Syaitan dalam Tanah Air

Lidah-lidah syaitan ini keterlaluan bila meyebarkan fitnah tanpa had dan batas akhlak yang perlu dipatuhi. Seolah-olah apa yang dipaparkan di dalam media mereka itu adalah kebenaran hakiki.

Apakah tiada hukum yang dapat menginsafkan mereka dari terus menyebarkan fitnah? Sedangkan setiap tahun kumpulan-kumpulan syarikat ini membawa pekerja-pekerjanya menunaikan umrah tapi kekuatan akhlak Tanah Haram tidak dapat menyerap ke dalam kulit mereka.

Kesan dari penyebaran fitnah lucah telah meracuni masyarakat dengan pemikiran yang negatif. Liwat, LGBT dsb..dari tak tahu kini menjadi tahu. Inilah motif propaganda "Syaitan-syaitan yang dikenali".




Dan ini bapa segala "syaitan-syaitan yang dikenali"..ko setuju??


Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Berkuasa kerana perjuangan Islam bukan ditentukan oleh personaliti atau parti. PASti ada pendukung perjuangan Islam hingga ke hari kiamat.

Pakatan Rakyat Menang Besar Dalam PRU 13

Ramai makhluk-makhluk diatas mukabumi ini yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN dalam PRU 13 yang akan datang.

Walaupun Najib berusaha keras untuk mencari kemenangan dalam perlawanan menentang Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat, dia akan tumpas jua..


Mengapa aku katakan BN yang diterajui Najib akan kalah dalam PRU 13 ini kerana Najib tidak mempunya daya juang yang mantap...asyik merayu-merayu..


Dan aku pasti Najib dan BN akan terkena kali ini dan pintu penjara Sungai Buluh menanti kedatangan "syaitan-syaitan yang dikenali".


Dan dimasa itu barulah Najib tertanya-tanya dimana silapnya segala pelan transformasinya.





Monday 18 February 2013

Kenapa aku sokong PAS?

Aku bersetuju dengan apa yang Ostad Haron Din ucapkan tentang kehidupan kita di dunia.
Kita dijadikah Allah Taala untuk beribadah seperti Rasulullah SAW beribadah.
PAS berdakwah sebagaimana Rasulullah SAW berdakwah kepada umat manusia.
Rasulullah SAW berdakwah mencipta tamadun kehidupan manusia agar menyembah Allah Taala.
PAS berdakwah mengembalikan tamadun Islam yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW.
Dakwah adalah perjuangan.


Apa?..bubar parlimen 2-02-2013??
3 hari lagi..benar atau pun tidak.

Friday 15 February 2013

Chubby yang Celaka

Masuk ke dalam masjid untuk majlis bacaan Yassin dan bertahlil tanpa menutup aurat secara sempurna.

Gila jenis apa yang telah melanda si chubby nih??


Chubby suka dengar ceramah agama yang ada jenaka. Chubby ketawa terbahak-bahak mendengar ceramah ostad.

Tapi mengapa chubby menentang apa yang Allah Taala perintahkan untuk umat Islam? Masih Islamkah chubby?


Persoalannya, mengapa ostad yang berceramah tidak menegur chubby tidak menutup aurat secara sempurna?

Perbuatan chubby berada di ruang solat tanpa menutup aurat secara sempurna diumpamakan seperti dibawah ini..


Sesuai tak?

Thursday 14 February 2013

Kayu Tiga

Wanita berlaku curang pada suami.

Perbuatan curang terhadap suami berlaku disegenap lapisan masyarakat.

Diantara faktor-faktornya berlaku curang..

1. Berjumpa kekasih lama yang masih dirindui..
2. Kurang kasih sayang dari suami.
3. Kurang perhatian dari suami dan keluarga.
4. Persahabatan diluar tanpa had.
5. Bertemu pasangan yang memikat hati
6. Diperangkap oleh pasangan.
7. Mengejar kemewahan material.
8. Hidup dalam kemiskinan.
9. Mengamalkan ajaran sesat.
10. Mengamalkan sihir.
11. Nafsu seks memuncak.


Tuesday 12 February 2013

Koleksi Kemaluan Najib

Kerajaan Yang Bodoh Sombong harus dijatuh dan diruntuhkan..

USD 2,000.000.00 untuk satu lagu sahaja...Gangnam Jahanam punya kerajaan!!!

Kerajaan BN sanggup membayar USD2 Million untuk bawa penyanyi negara Korea beraksi di Perhimpunan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Artis tempatan yang masih berakal pasti akan menolak BN.

~malaysiangags~

Dimanakah kemaluan mereka??.. atau mereka tidak mempunyai kemaluan lagi!!

 

Celaka pakah yang telah menimpa mereka??
 

Monday 11 February 2013

Kolej Vokasional...Kemana arahnya?

1. Hari ini aku memikirkan tentang pembelajaran di Kolej Vokasional (KV). 

2. Dari maklumat yang ada, pihak KV SEDANG MENCUBA untuk meningkat kualiti diplomanya (Diploma Kemahiran Malaysia) mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


3. Pelajar-pelajar lepasan KV hanya berpeluang meyambung pelajarannya di Universiti Teknikal Malaysia (Unitem) dan institut latihan seperti GMI, FMI, JMTI dan lain-lain.


4. Persoalan..

a. Kemampuan pihak KV menepati/melepasi piawaian yang ditetapkan oleh JPK untuk menganugerahkan DKM kepada pelajarnya sedangkan syarat asas pun tidak dapat dipenuhi. 

b. Adakah tenaga pengajar benar-benar layak mengajar?

c. Adakah segala keperluan peralatan mengajar tersedia dengan baik?

d. Mampukah KV menaikkan tarafnya menepati piawaian yang ditetapkan oleh MQA dalam tempoh empat tahun?


5. Dan persoalan akreditasi masih berterusan tanpa jawapan yang meyakinkan.



6. Kesimpulannya, 

a. Sistem pembelajaran ini masih didalam percubaan dan pelajar adalah 'lab rats'. 

b. Satu sistem yang baik untuk mengeluarkan pekerja mahir.

c.Kementerian Pelajaran Malaysia harus memastikan semua KV mampu menyediakan segala keperluan yang menepati piawaian MQA.






Rujukan:-

o. TEVT - Institut Latihan Teknikal & Vokasional
i. NOSS - National Occupational Skill Standard
iv. DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
v. DKM - Diploma Kemahiran Malaysia
vi. SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
vii KAPPK - Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran
viii. VTO - Vocational Training Officer
x. TAC - Technical Advisory Committee
xi. PPT - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
xii. PP - Pegawai Penilai
xiii. PPD - Pegawai Pengesah Dalaman
xiv. ILJTM - Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia
xv. IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
xvi. IKBTN - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
xvii. CIAST - Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan
xviii. ADTEC - Pusat Latihan Teknologi Tinggi
xix. JMTI - Institut Teknikal Jepun
xx. ILP - Institut Latihan Perindustrian
xxi. ILKA - Institut Kemahiran Awam


Friday 8 February 2013

Rusuhan Kaum

Berlakunya rusuhan kaum di Singapura ketika sambutan Maulidur Rasul pada 21 Julai 1964.

Secara ringkasnya, ia bermula dengan..

1. Membaling botol kedalam perarakan.
2. Sekumpulan orang Melayu yang berarak secara berasingan dari kumpulan utama menyerang polis di Jalan Kallang.
3. Sekumpulan perusuh memusnahan harta benda di Geylang.

Ada sesuatu yang tidak kena pada puncanya rusuhan ini berlaku.
Konspirasi siapa?.. 
British dan LKY?
Bung Karno dan Komunis?
Tun Razak dan Umno?
Atau semua diatas??

Lain-lain peristiwa rusuhan yang pernah berlaku di Singapura ada sini-->http://sghardtruth.com/2011/11/04/headlines-that-shook-singapore-since-1955-by-remenber-singapore/


Rusuhan kaum di Malaysia pada 13 mei 1969

Kekacauan mula berlaku selepas Keputusan Plihanraya yang ke tiga pada 10 Mei 1969.

Diantara punca kekacauan

1. Parti Perikatan hilang majoriti 2/3.
2. Perarakan semangat kemenangan oleh Gerakan, PPP dan DAP pada 10, 11 dan 12 Mei 1969  telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan menghina semangat ketuanan orang melayu (?)
3. Perarakan balas orang umno dari rumah Dato Harun pada pagi 13 Mei 1969.
4. 13 Mei 1969. Pukul 3 petang seorang melayu telah dibunuh di setapak. 
5. 13 Mei 1969. Pukul 4 petang dua orang penunggang motosikal cina dipancung berhampiran Kampung Baru.

Malaysia darurat pada 16 Mei 1969.
 
Persoalan, macamana perikatan yang memerdekakan negara boleh kalah??..mengapa rakyat menolak perikatan?

Percaya kepada Allah Taala

Walau bagaimana hebatnya hasil tangan manusia, ciptaan Allah Taala  yang semulajadi lebih Maha Hebat.


Bukan untuk menghalalkan yang haram atau sebaliknya..hanya fikir dan lihat di persekitaran kita.
Percaya kepada Allah Taala atau pun manusia biasa?


Allah Taala memahami ciptaannya dan pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang melakukan kesilapan.

Thursday 7 February 2013

Apa kabar lembu-lembu umno..mana kau menghilang..

Nama-nama mereka yang hadir di majlis telah disiarkan. Disebabkan mereka engkar mereka-mereka ini telah dikenakan waran tangkap.

Dapatkah JAIS menangkap mereka?..Aku lebih percaya kes ini akan hanyut berlalu kerana kes ini direka cipta untuk mengalihkan dari isu pengundi hantu.

SPR, KAMI MAHU PENJELASAN BAGI PENYELESAIAN MASAALAH PENGUNDI HANTU!!!

Aku lebih percaya 12 orang ni bawah ni kuncu-kuncu umPORNo..DAN MEREKA AKAN HILANG BEGITU SAJERRR...PERCAYA LERRR..

1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) .
ic 79xxxx-01-6094

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) nea reima mareana binti mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) rasyidah binti abd razak
ic 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak
ic 95xxxx-01-6002

8) mohd haslan bin bob hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood
72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep
ic 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad
ic 81xxxx-08-6246

Jihad Demokrasi

1. Perjuangan untuk menegakkan Keadilan bukan mudah. 

2. Perjuangan Islam adalah perjuangan menegakkan Keadilan yang telah diperintahkan oleh Allah Taala kepada Rasul-RasulNya.

3. Setelah berbagai-bagai perbincangan dibuat, PAS bersetuju bersama menubuhkan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan Keadilan.



4. Ketiga-tiga parti gabungan PAS, DAP dan PKR menuntut keadilan untuk rakyat dalam versi yang berbeza-beza tapi asas yang sama.

5. Cahaya kejayaan mula menyinari jalan perjuangan dan semangat pejuang semakin membuak-buak untuk mengekalkan kejayaan dan mencipta kemenangan yang besar dalam PRU13.


6. Satu konspirasi peringkat Tertinggi PAS telah merancang untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan (KP) bersama Umno.

7. Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali, TG Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib  diantara pemimpin tertinggi PAS yang cuba mengambil kesempatan dari kemenangan ini dengan berusaha menubuhkan KP.

8. Diantara alasan yang diberi untuk bersama  Umno demi kesinambungan bangsa Melayu dan agama Islam.

7. Kesan dari konspirasi KP, Hassan Ali dipecat keahliannya dan yang terkini Nasharuddin Mat Isa pula dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS.

7. Dipercayai Nasharuddin Mat Isa dipecat kerana tidak hadir mesyuarat berturut-turut.

9. Berkemungkinan dia juga akan dipecat keahliannya jika terus membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat  dan tingkah laku mesra BN yang mencurigakan.

10. Sebagai ahli biasa, aku mengikut sahaja apa keputusan parti kerana yakin dengan ilmuwan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin.

11. Aku yakin dan percaya kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk memimpin perjuangan untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai Perlembagaan tertinggi dalam negara ini.

12. Aku memang tak percaya kepada umno kerana dasar parti, sejarahnya dan akhlak pemimpin. Umno tak perlu berubah. Umno hanya perlu dibubarkan.

Tuesday 5 February 2013

Mind no evil..dimana kamu?

Salah satu blog kegemaran aku ialah Mind no evil milik Brig. Gen. (Rtd) Mohd Arshad Raji.
Tulisannya sentiasa ku nantikan kerana aku yakin dan percaya pada penilaian dan anilisisnya terhadap isu-isu semasa.

Tapi kini dah lama menghilang..sakitkah dia?
Aku ada terbaca dalam blognya bahawa dia sedang menjalani rawatan jantung di IJN.
Apa kabar tuan?


Monday 4 February 2013

Politik Fitnah

Devan Nair sungguh setia kepada Lee Kuan Yew dalam perjuangan parti PAP.

Seperti setianya Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahakutty Mahathir.

Tetapi seperti nasib Dato Seri Anwar Ibrahim, Devan Nair juga telah dianiayai oleh Lee Kuan Yew dengan memfitnah beliau seorang kaki perempuan dan pemabuk tegar.

Mr Lee asked Mr Nair to leave his power base as head of the trade union congress and move into the presidential palace. As Mr Nair puts it, "He kicked me upstairs."
Being president, he says now, was "the silliest job in the world. All you had to do was cut ribbons." 
His frustration grew. But before he could speak out, Mr Nair found himself at the center of a rumour-mongering campaign that labelled him a drinker and womanizer.  
He says he was neither, and he suspects that Mr Lee had government doctors slip him hallucinatory drugs to make him appear befuddled. "Lee Kuan Yew decided: This man is going to be a threat, so I'd better begin a total demolishment of his character. 
He's very good at that."


Protokol matlamat menghalalkan cara adalah permainan musuh.



TGNA; Penipuan Freemason

Aku amat memahami dan menyedari kebenaran yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz.


Freemason melalui Kamal Attaturk berjaya mengubah umat Islam meninggalkan Islam dan memilih jalan selain Al-Quran dan Sunnah.

Pendekata, umat Islam hari ini hidup didalam sistem sekular yang dipanggil demokrasi yang dikawal sepenuhnya oleh agen-agen nasionalis.

Siapakah tuan kepada agen-agen nasionalis ini??

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Komen dari Amat Maslan yang bangang..

Nama Allah yang dikhaskan untuk umat Islam pun sanggup dipolitikkan. Sebelum Majlis Syura mereka buat keputusan, kita telah lihat drama di kalangan pucuk pimpinan PAS bila ada pihak yang bersetuju dan ada yang tidak,"

Siapa sebenarnya yang tak faham? Orang Melayu atau Orang Islam?

Majlis Syura Ulamak PAS buat keputusan..
Nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Apa kata Tuan Guru Nik Aziz dalam Youtube yang di upload pada 3 Januari 2010,


1) Mengikut hukum syarak,  penganut-penganut agama samawi DIBENARKAN menggunakan nama Allah.

2) Demi kemashalatan umum , MELARANG menggunakan kalimah oleh penganut agama samawi kerana maksud yang tidak tepat kepada nama Allah yang Satu dan  ditakuti akan disalahguna dan kekeliruan yang akan timbul terhadap masyarakat.

KEPUTUSAN MEMBENARKAN.

Pada pandangan aku, alasan Tuan Guru membenarkan pengikut agama samawi menggunakan nama Allah selain hukum syarak adalah kerana yakin dan percaya bahawa Islam adalah agama Allah Taala.

Tuan Guru Nik Aziz memberi jawapan dalam Youtube yang di upload pada 29 Jun 2011,


Islam umpama anai-anai menawan busut. 
Kebenaran ugama Allah Taala itu akan memakan hati-hati pengikut agama Samawi yang mencari kebenaran dari ruang-ruang kosong didalam agama mereka. Hanya Islam yang memiliki sebenar-benarnya kebenaran dan seadil-adilnya untuk kehidupan manusia.

Kita yakin dan percaya bahawa hanya Islam yang diwahyukan melalui Nabi Muhammad SAW adalah satu-satu agama Allah Taala yang complete 100% dan menjadi satu cara hidup umatnya di dunia dan di akhirat.
Agama Islam dijaga oleh Allah Taala sehingga hari kiamat. Islam dijamin oleh Allah sampai hari kiamat. 

Tiada musuh yang boleh mengalahkan umat Isiam kerana Islam daripada Allah Islam adalah ugama Allah Taala.

KEPUTUSAN MELARANG.

ALASAN KEMASHALATAN UMUM DIUTAMAKAN.
Sebagaimana firman Allah: 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Ayat ini membenarkan untuk melancarkan peperangan di bulan haram, sedangkan hukum asalnya adalah Haram.
Kemaslahatan yang lebih besar itu dapat melumpuhkan atau menghancurkan kekuatan yang cuba menghalangi dakwah fisabilillah.
Dan secara umum setiap bentuk upaya memesongkan manusia dari ‘aqidah Islamiyah merupakan “Fitnah” yang lebih dahsyat dari membunuh musuh di bulan terlarang.

Sunday 3 February 2013

Pemimpin contoh

Pemimpin yang aku pilih.. 
berilmu dan warak.

Aku tolak pemimpin yang bangang.




Friday 1 February 2013

Fikirkan Ayah..

1. Ayah adalah idola aku.

2. Aku bangga memiliki seorang ayah yang telah mebesarkan kami dengan sebaik-baik yang termampu olehnya.

3. Ayah seorang yang kacak dan bersikap sederhana tapi tegas ketika memberi arahan dan amaran kepada kami.

4. Ayah rajin solat berjemaah dan aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak masjid

5. Ayah hanya imam ganti sekiranya Imam I dan Imam 2 ada keuzuran untuk hadir solat di masjid.

6. Ayah mengajar tajwid dan menjadi ahli paluan kompang masjid.

7. Ayah adalah penyokong kuat parti PAS selepas bersara.

8.Ayah dan kawan-kawannya pergi mendengar ceramah Parti PAS walaupun perjalanan beratus batu.
Ayah kata.."Inilah cara ayah berjihad demi meletakkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ditempat yang sepatutnya"... Aku setuju!
9. Ayah telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PAS Cawangan di tempat tinggal kami sekembalinya dari menunaikan haji.

10. Minat ayah paling utama ialah membaca dan berkongsi ilmu

11. Harakah menjadi suratkhabar pilihan utama sebagai sumber maklumat semasa.

12. Ayah kerap membeli buku-buku karangan Ustaz Haron Din dan Ismail Kamus.

13. Ayah sentiasa memastikan ilmu didalam dirinya bertambah hari demi hari.

14. Ayah disemasa hayatnya cukup suka berbual tentang politik dalam negara.

15. Kami mempunyai minat yang sama. Dirumah, di dalam kereta, dikedai kopi, dikampung atau dimana-mana ada kesempatan kami berbual tentang politik.

16. Ayah adalah diantara guru politik aku.

17. Ayah akan memperkukuhkan fakta-fakta hujahnya dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang tidak dapat disangkal oleh orang-orang yang beriman.

18. Ayah telah menunjukkan jalan kebenaran dan aku akan mengikutinya.






ARKIB