Nama Allah yang dikhaskan untuk umat Islam pun sanggup dipolitikkan. Sebelum Majlis Syura mereka buat keputusan, kita telah lihat drama di kalangan pucuk pimpinan PAS bila ada pihak yang bersetuju dan ada yang tidak,"
Siapa sebenarnya yang tak faham? Orang Melayu atau Orang Islam?
Nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.
Apa kata Tuan Guru Nik Aziz dalam Youtube yang di upload pada 3 Januari 2010,
1) Mengikut hukum syarak, penganut-penganut agama samawi DIBENARKAN menggunakan nama Allah.
2) Demi kemashalatan umum , MELARANG menggunakan kalimah oleh penganut agama samawi kerana maksud yang tidak tepat kepada nama Allah yang Satu dan ditakuti akan disalahguna dan kekeliruan yang akan timbul terhadap masyarakat.
KEPUTUSAN MEMBENARKAN.
Pada pandangan aku, alasan Tuan Guru membenarkan pengikut agama samawi menggunakan nama Allah selain hukum syarak adalah kerana yakin dan percaya bahawa Islam adalah agama Allah Taala.
Tuan Guru Nik Aziz memberi jawapan dalam Youtube yang di upload pada 29 Jun 2011,
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).