Friday 1 February 2013

Fikirkan Ayah..

1. Ayah adalah idola aku.

2. Aku bangga memiliki seorang ayah yang telah mebesarkan kami dengan sebaik-baik yang termampu olehnya.

3. Ayah seorang yang kacak dan bersikap sederhana tapi tegas ketika memberi arahan dan amaran kepada kami.

4. Ayah rajin solat berjemaah dan aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak masjid

5. Ayah hanya imam ganti sekiranya Imam I dan Imam 2 ada keuzuran untuk hadir solat di masjid.

6. Ayah mengajar tajwid dan menjadi ahli paluan kompang masjid.

7. Ayah adalah penyokong kuat parti PAS selepas bersara.

8.Ayah dan kawan-kawannya pergi mendengar ceramah Parti PAS walaupun perjalanan beratus batu.
Ayah kata.."Inilah cara ayah berjihad demi meletakkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ditempat yang sepatutnya"... Aku setuju!
9. Ayah telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PAS Cawangan di tempat tinggal kami sekembalinya dari menunaikan haji.

10. Minat ayah paling utama ialah membaca dan berkongsi ilmu

11. Harakah menjadi suratkhabar pilihan utama sebagai sumber maklumat semasa.

12. Ayah kerap membeli buku-buku karangan Ustaz Haron Din dan Ismail Kamus.

13. Ayah sentiasa memastikan ilmu didalam dirinya bertambah hari demi hari.

14. Ayah disemasa hayatnya cukup suka berbual tentang politik dalam negara.

15. Kami mempunyai minat yang sama. Dirumah, di dalam kereta, dikedai kopi, dikampung atau dimana-mana ada kesempatan kami berbual tentang politik.

16. Ayah adalah diantara guru politik aku.

17. Ayah akan memperkukuhkan fakta-fakta hujahnya dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang tidak dapat disangkal oleh orang-orang yang beriman.

18. Ayah telah menunjukkan jalan kebenaran dan aku akan mengikutinya.






ARKIB