Friday 8 February 2013

Rusuhan Kaum

Berlakunya rusuhan kaum di Singapura ketika sambutan Maulidur Rasul pada 21 Julai 1964.

Secara ringkasnya, ia bermula dengan..

1. Membaling botol kedalam perarakan.
2. Sekumpulan orang Melayu yang berarak secara berasingan dari kumpulan utama menyerang polis di Jalan Kallang.
3. Sekumpulan perusuh memusnahan harta benda di Geylang.

Ada sesuatu yang tidak kena pada puncanya rusuhan ini berlaku.
Konspirasi siapa?.. 
British dan LKY?
Bung Karno dan Komunis?
Tun Razak dan Umno?
Atau semua diatas??

Lain-lain peristiwa rusuhan yang pernah berlaku di Singapura ada sini-->http://sghardtruth.com/2011/11/04/headlines-that-shook-singapore-since-1955-by-remenber-singapore/


Rusuhan kaum di Malaysia pada 13 mei 1969

Kekacauan mula berlaku selepas Keputusan Plihanraya yang ke tiga pada 10 Mei 1969.

Diantara punca kekacauan

1. Parti Perikatan hilang majoriti 2/3.
2. Perarakan semangat kemenangan oleh Gerakan, PPP dan DAP pada 10, 11 dan 12 Mei 1969  telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan menghina semangat ketuanan orang melayu (?)
3. Perarakan balas orang umno dari rumah Dato Harun pada pagi 13 Mei 1969.
4. 13 Mei 1969. Pukul 3 petang seorang melayu telah dibunuh di setapak. 
5. 13 Mei 1969. Pukul 4 petang dua orang penunggang motosikal cina dipancung berhampiran Kampung Baru.

Malaysia darurat pada 16 Mei 1969.
 
Persoalan, macamana perikatan yang memerdekakan negara boleh kalah??..mengapa rakyat menolak perikatan?

ARKIB