Thursday 7 February 2013

Jihad Demokrasi

1. Perjuangan untuk menegakkan Keadilan bukan mudah. 

2. Perjuangan Islam adalah perjuangan menegakkan Keadilan yang telah diperintahkan oleh Allah Taala kepada Rasul-RasulNya.

3. Setelah berbagai-bagai perbincangan dibuat, PAS bersetuju bersama menubuhkan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan Keadilan.



4. Ketiga-tiga parti gabungan PAS, DAP dan PKR menuntut keadilan untuk rakyat dalam versi yang berbeza-beza tapi asas yang sama.

5. Cahaya kejayaan mula menyinari jalan perjuangan dan semangat pejuang semakin membuak-buak untuk mengekalkan kejayaan dan mencipta kemenangan yang besar dalam PRU13.


6. Satu konspirasi peringkat Tertinggi PAS telah merancang untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan (KP) bersama Umno.

7. Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali, TG Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib  diantara pemimpin tertinggi PAS yang cuba mengambil kesempatan dari kemenangan ini dengan berusaha menubuhkan KP.

8. Diantara alasan yang diberi untuk bersama  Umno demi kesinambungan bangsa Melayu dan agama Islam.

7. Kesan dari konspirasi KP, Hassan Ali dipecat keahliannya dan yang terkini Nasharuddin Mat Isa pula dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS.

7. Dipercayai Nasharuddin Mat Isa dipecat kerana tidak hadir mesyuarat berturut-turut.

9. Berkemungkinan dia juga akan dipecat keahliannya jika terus membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat  dan tingkah laku mesra BN yang mencurigakan.

10. Sebagai ahli biasa, aku mengikut sahaja apa keputusan parti kerana yakin dengan ilmuwan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin.

11. Aku yakin dan percaya kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk memimpin perjuangan untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai Perlembagaan tertinggi dalam negara ini.

12. Aku memang tak percaya kepada umno kerana dasar parti, sejarahnya dan akhlak pemimpin. Umno tak perlu berubah. Umno hanya perlu dibubarkan.

ARKIB