Sunday 21 August 2011

BODOH DAN HODOHNYA UMNO..


INI SEBAHAGIAN DARI ARTIKEL KESELURUHAN..AKU CUMA MINAT CERITA PASAL IPP..SO AKU COPY BAHAGIAN YANG AKU NAK JERR..
SEBAB ARTIKEL NI MENUNJUKKAN KEBODOHAN LEMBU-LEMBU NI..WALAUPUN KESALAHAN DI DEPAN MATA TAPI MASIHHHH LLAGI MENYOKONG 4HURUF JAHANAM TU..

TAK PAHAM AKU..BENDA NI MERUGIKAN AKU, DIA DAN ANAK-ANAK KITA UNTUK SATU TEMPOH YANG PANJANG DAM AMAT2 MERUGIKAN..TAPI..

DAH NASIB LEMBU..APA JER ARAHAN DARI ILLUMINATI..IKUT JERRR LAAA..
UNDANG-UNDANG SIAPA PEGANG....


Artikel asal:APA.

Saya telah menulis suatu artikel dalam blog saya mengenai kebodohan UMNO menghakmilikkan kemungkaran. Kerana kebodohan tersebut , UMNO kena defend benda yang bukan bukan. Itu satu tindakan yang kurang bijak.



Disana saya telah menghuraikan mengapakah perlu kita mempertahankan pemberian sabsidi kepada IPP. Dan saya telah menyentuh bahawa isu yang lebih besar ialah bukan nya sabsidi itu sangat- tapi perkara yang menimbulkan kemarahan ialah bagaimana kerajaan telah menyetujui permintaan IPP untuk menawarkan tariff yang tinggi dan TNB sebagai syarikat milik kerajaan, di paksa membeli letrik dari IPP dengan harga yang tinggi. Ilmu apa yang IPP ada sehingga kerajaan kelihatan seperti di ugut? Sedangkan TNB sendiri mampu menghasilkan kuasa dengan kos yang lebih rendah dan mempunyai ekonomi skala yang lebih baik.


Dan saya ada menyentuh bahawa kebanyakan IPP asal muncul pada zaman Dr Mahathir memerintah. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. Orang UMNO mesti faham, Dr Mahathir bukanlah sangat bersetuju dengan cara DS Najib mentadbir Negara. Kalau ada peluang dia mesti hentam. Dalam sejarah UMNO lama dan UMNO baru, kita jangan lupa hanya Dr Mahathir sahaja yang keluar masuk UMNO. By the way, sudah kah MKT mengesahkan kemasukan Dr Mahathir dalam UMNO?

Elok kita clear dalam hal ini. Tidak ada orang yang boleh menafikan fakta bahawa Dr Mahathir PM kita selama 22 tahun. Kemajuan dan perubahan minda yang di cetuskan oleh Dr Mahathir tidak ada saingan( sekurang kurang nya daripada mana mana ahli cabinet yang ada pada hari ini). Pencapaian nya banyak jika mahu di huraikan. Tapi kelemahan pun ada. Dan saya melihat salah satu kelemahan nya ialah bagaimana membiarkan IPP charge kita dengan harga lanun? Nobody is going to take away the greatness that he has brought upon to Malaysia.

Ada orang menyebut, semua ini adalah hasil rencana Anwar Ibrahim sebab ketika itu dia menteri kewangan. Saya rasa perkara ini amat mudah di buktikan. Declassify semua dokumen dan minit serta dedahkan butiran perjanjian antara IPP dengan TNB. Habis cerita dan kita tahu siapa yang memberi kelululusan kepada IPP tersebut. Dan orang ramai dapat membaca antara baris bahawa sudah tentu bukan Anwar Ibrahim yang bertanggung jawab kerana kalau dia yang bertanggung jawab, semua media citak dan audio visual akan membuat pendedahan nya sepanjang hari sampailah kepada pilihanraya.


Saya hanya memberitahu apa yang kita semua boleh nampak. Fakta nya, IPP yang di miliki oleh YTL, Genting, Berjaya, Ananda dan Syed Mokhtar semua nya ujud pada zaman Dr Mahathir. boleh jadi para penyokong UMNO yang menulis dalam internet tidak pernah memegang apa apa jawatan dalam parti dan kerajaan. Maka itulah yang menyebabkan mereka jahil bahawa tidak ada perkara besar yang berlaku dalam negara berlaku tanpa izin dan restu ketua negara. Dan ketua negara ketika itu ialah Dr Mahathir. tidak dapat tidak, Dr Mahathir lah yang bertanggung jawab.

Menceritakan perkara yang fakta seperti ini menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. jika sesuatu perkara mungkar itu berlaku adakah kita mendiamkan diri semata mata kerana ianya berlaku di bawah jagaan Dr Mahathir? Dimanakah prinsip perjuangan UMNO yang menentang kemungkaran jika kita bersikap demikian?

Oleh kerana artikel tersebut telah mengundang rasa amarah dikalangan penyokong Dr Mahathir, elok kita bawa perhatian mereka kepada satu lagi perkara dan kita hendak lihat bagaimana reaksi mereka. Alang alang mahu bertengkar, marilah kita cerita lagi.

Perhatikan perkara ini. Apakah masaalah orang Melayu yang paling besar?

Kepada saya isiu yang paling besar ialah mendapatkan perkongsian kekayaan negara yang saksama dan adil kepada orang Melayu. Sementara tanggung jawab asasi untuk memajukan diri terletak dalam tangan individu, peranan yang penting di mainkan oleh pimpinan politik orang melayu yangmempunyai kuasa. Jika mereka yang ada kuasa tidak membantu orang Melayu, bagaimana mereka dapat maju ke depan? Dan rekod UMNO dan pemimpin orang Melayu dalam hal ini tidak lah begitu baik.


Tidak percaya? Walaupun dengan fakta bahawa hampir setiap pimpinan institusi kerajaan di kuasai oleh Melayu, keadaan orang Melayu dari segi ekonomi tidak juga bertambah baik. Dari pegangan 2% pegangan saham dalam syarikat, sehingga sekarang, orang Melayu yang merupakan 70% penduduk negara hanya menguasai sekitar 19%. Apakah erti nya ini? Ini bererti tidak semestinya bila Melayu pegang kausa penentu, mereka akan tolong bangsa sendiri. Jika mereka bantu, tentulah perkongsian orang Melayu melebihi 20%.

Dan Dr Mahatir sendiri ketika jadi PM, tidak sangat boleh kita kata membantu peniaga Melayu. Lihat dalam kes IPP. Daripada senarai nama nama pemilik IPP tersebut, berapa yang di miliki oleh Bumiputera? Demi penghujjahan kita terima lah Pak Arab sebagai Bumiputera? Hanya satu saja kan?

Apa makna nya ini? Ertinya kepada saya, dalam zaman Dr Mahathir pun, orang Melayu tidak di bantu untuk jadi kuat dalam ekonomi. Penglibatan IPP yang di miliki oleh bukan Bumpitera membuktikan bahawa dalam zaman pemerintahan Dr Mahathir pun orang melayu tidak di bantu dalam kejayaan ekonomi.

Mesej kepada orang UMNO ialah: janganlah kita menyusahkan diri kita dengan membina metos metos dan cerita dongeng dalam zaman sains dan tekno-coli ini.

Sumber : Ariff & Aspan

Gambar : APA

ARKIB