Friday 5 August 2011

Selangor diserang blogger-blogger lembu illuminati

5 Ramadhan 1432H. Ada dua Khalid yang menjadi isu besar blogger-blogger lembu umno hari ni.

1) Khalid Ibrahim. Yayasan Selangor nak merobohkan asrama anak-anak Selangor yang belajar disekitar bandaraya. Alasan lembu-lembu umno ni ialah asrama perlu dikekalkan kerana telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya selain alasan nak bernostalgia dengan sejarah lampau..korang tau la penyokong-penyokong umno..suka bernostalgia..tu pasal asyik kena tipu dgn pemimpin jerrrr....hahaaaa..

Dan aku berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Yayasan Selangor. Baca di sini.

2) Khalid Samad. Anggota-anggota penguatkuasa dan JAIS menyerbu gereja methodist Damansara Utama (DUMC). Khalid Samad didalam sidang akhbar di pejabat PAS Selangor mengatakan tentang akhlak orang-orang Islam terhadap rumah beribadat orang bukan Islam. Di atas kapasiti Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau menanti lapuran berhubung serbuan tersebut dari Hassan Ali exco yang bertanggung-jawap menjaga hal-ehwal Islam.

Khalid perlu menerangkan kepada pihak tetinggi parti dan rakan-rakan di dalam PR apa yang berlaku kerana kes ini melibatkan agama dan mungkin juga bangsa. Maklumat dari sidang akhbar tersebut disiarkan di Malaysiakini.

So far tak ada apa-apa yang menjadi isu.

Kes DUMC. Aku merasa yakin bahawa sasaran gerak-saraf politik umno  di dalam isu ini ialah KHALID IBRAHIM. Terkini dari Bernama. Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Yayasan Aids Malaysia. bagi mengutip derma tabung Aids. Presiden bagi NGO ini ialah Zaman Khan (Operasi Lalang) dan Marina Mahathir (Bersih 2.0).

ARKIB