Saturday 13 August 2011

Cerita murtad 2006

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita murtad..Astaghfirullahulazim...jadi aku copy paste tulisan sorang blogger psl ceramah murtad zul kulum pada 2006..menarik jugak nih..tp zul kulum jadi peguambela Al-Arqam??.zul kulum ni da murtad kot??sbb pernah menyokong Al-Arqam???...lantak pi la dgn dia....dulu2 ceramah dia ni ada fakta..tu pasal aku rasa nak copy....la ni, dengar suara dia pun aku menyampah! 


cer baca..

24 Ogos 2006. Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau Al-Islah di Taman Kajang Mewah, Kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr Zulkifli Nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat Anwar Ibrahim). Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang Melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes Natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu Malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua dok pakai wig lagi. Kes Natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan Natrah ni la, antara Islam dan Kristian. Masa kes ni berjalan orang Melayu zaman tu di Singapura - Melayu UMNO - punya la sensitif dengan masa depan Natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah Natrah, "mahkamah di Singapura dibanjiri darah".

Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah Zulkifli Nordin ni (2 jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot. Lepas Natrah, Zulkifli Nordin bangkitkan pula cerita kes Suzy Teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot, sebab aku rasa Tun Salleh Abbas pernah handle kes ni.

Walaupun mufti Kelantan masa tu mengatakan Islam Suzy adalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap refer pada kes Natrah dan menyatakan Suzy Teoh tak boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata Zulkifli Nordin, itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim. Lepas tu masuk kes Halimatun Saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab aku kecik
lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua mesti tau kalau baca surat habaq. Kes ni kata Zulkifli Nordin akan terus menetapkan bahawa haram orang Islam pakai serban di sekolah dan tempat2 tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes Jamaluddin Osman pulak (1986) yang mana beliau masuk Kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama Joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan) mengenai kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak Kristian dan kata akta keselamatan tak boleh halang hak Jamaludin untuk beragama. Akibatnya, kata Zulkifli Nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama Islam. Lawyer ni kata polis tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau. Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.1997, mesti ramai ingat, kes Aisyah Bukhari. Sedap namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak Kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa boleh guna undang2. Zainur Zakaria kata, masa kes Aisyah tu kalau Islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya,
tapi menteri agama masa tu Hamid Othman kata "biaq pi lah, sorang saja
Melayu".

Tu dia…. 1997, "sorang saja melayu" cubahampa pikiaq, kalau mufti Perak ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata Ustaz Zulkifli Nordin lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku.Biaq pi lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes Hartina Kamarudin? La ni dia dah pakai nama Hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki Hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah Hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki Hindu yang memurtadkan anak
kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi oleh bunya demi menyelamatkan akidah anaknya. Orang Melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan Islam bermaharajalela," kata Zulkifli lagi. " Melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia".

Katanya lagi, orang Melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang sampai orang bukan Islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang Melayu masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes Azlina Joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara:

1.Tukar nama
2.Buang tulisan Islam dan ganti dengan kristian
3.Benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan pendaftaran
tapi alhmadulillah, pegawai Islam jabatan pendaftaran reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah Aliran, Suaram, Hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid Amina Wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di Johor dok hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah
syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni Zainah Anwar siapa yang tak kenal, dan kakak dia pulak Zarinah Anwar pun orang besar securities commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri hadhari kita. Marina anak Mahathir, Nori anak pak lah, dan anak Tun Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi, Tengku Mahkota Johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap kat putera sultan ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..." Tengku mahkota tanya kenapa? Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu. Malahan Nazri orang kuat UMNO ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat Penang bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis Johor Dato' Hussin Ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni Zulkifli Nordin main hentam terus UMNO. Ni la terus terang aku dengaq orang maki UMNO dalam surau secara terang-terangan. Baguih la, Zulkifli Nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan dia kena jawab dengan Allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam Nazri biadap. Ramai orang UMNO tak tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul), sebab depa tak tau Menteri depa macam tu".

Dia kata, semalam Nazri ada kata dalam bar council meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, Pak Lah dalam poket saya !".

Marah sungguh saudara Zulkifli Nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini menteri UMNO pengkhianat bangsa, termasuklah Zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam UMNO, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan Allah"

" Jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu UMNO 1950 berani lawan kes Natrah, tapi la ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).

"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG IGANTUNG SAMPAI MATI.."
"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH. BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH !."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang Melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama. Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.. Duit,
duit, duit.. Cinta dunia dan takutkan mati. Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi. tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat pedang brader.

Katanya bila Mufti Perak cuba pertahankan Islam, dia dimaki oleh Rais Yatim, Nazri dan Abdullah Mat Zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal).

" Kenapa orang UMNO duduk diam dan kata padan muka (pada Ustaz Harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa jolok sarang tebuan ?".

DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2. menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang Melayu murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. Kata Zulkifli Nordin kata mufti marah2 kat Harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la kot. Ustaz Harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu Azlina Joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak permintaan Azlina Joy ni atas alasan kes ni mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata "every person has the right to profess & practice the religion". Semua orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah. Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama Islam kata tak boleh murtad. Orang Islam tertakluk kepada undang2 Islam.

Tang ni, Cyrus Das, lawyer kapiaq yang mewakili Lina Joy dengan bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang Islam di Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara Islam tetapi adalah negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli Nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa sebab:
1.Merujuk kes dulu2
2.Cara hakim tanya soalan pun dah tau
3.Jangan percaya hakim Melayu
Kata Zulkifli Nordin, dalam kes Meor Habiburrahman, hakimnya adalah hakim Melayu. Dalam kes serban, hakim Melayu. Dalam kes purdah, hakim Melayu. Kes Islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun hakim Melayu. Kes Jamaludin paderi besar pun hakim Melayu.

Tambah lawyer bekas exco UMNO ni, kalau agama dianggap hak individu dan Lina Loy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:
> Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu Islam dah tak relevan. So melayu dah tak wujud
> Semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa) terhapus dengan
sendirinya sebab melayu dah tak wujud yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh tangan wei.), ooo begini, kalau boleh senang2
murtad,
> Orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke) atau kes
melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila lepas keluar mahkamah
mengaku le Islam balik.

Tambah Zulkifli Nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL pagi Isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT (hat @ ni aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betul ke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh kena penjara 6 bulan atau denda RM 3,000, depa jawab
faham tapi minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang RM1,500 saja, depa sorak yeeee (aku tambah le ni). depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 Melayu Islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli Nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa, tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, Minah yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap, "saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari kes Lina Joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk Islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes Kamariah Ali pengikut Ayah Pin, sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la. Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes Lina Joy. Kalau Lina Joy menang, lepas le Kamariah Ali sebab dia dah
murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah Ali ni bukan calang orang. Mengaji kat Nilam Puri, sambung kat Universiti Al Azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin dengan Ustaz Mohamad Ya, Azhar jugak kot (tak sure). Bila balik Malaysi tapi kerja di Sarawak(untuk berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi pengikut Ayah Pin !.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer Zulkifli Nordin ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysiasekirannya mahkamah memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, Melayu akan pupus. Sebabnya, bila Melayu dah declare bukan Islam, dan Islam tak ada kena mengena dengan Melayu, lama2 pupus lah Melayu.

Keduanya, orang Islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk Islam balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya, senang sungguh depa nak mempermainkan Islam. Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz Zulkifli Nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2 Islam.

ARKIB