Tuesday 1 July 2014

ATASE KESELAMATAN YANG KANTOI

Dilapurkan seorang atase keselamatan di Kedutaan Malaysia di NZ telah kantoi cuba mencabul. Gua suspek anggota tersebut sedang melakukan kerja-kerja "recce" di lapangan. Besar kemungkinan kejadian ini melibatkan pergerakan militan yang aktif di Asia berdasarkan situasi semasa yang berlaku dalam negara.
Kerajaan telah menimbulkan isu militan segara agresif selepas kedatangan Barack Obama ke Malaysia.



Lapuran dari Malaysiakini..

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan...baca lagi di MK.

ARKIB