Pihak berkuasa Vatican telah memohon kepada kerajaan Turki untuk membenarkan pakar-pakarnya meneliti kandungan buku ini, yang telah ditemui dan disimpan secara rahsia di Turki semenjak tahun 2000.
Laporan mengatakan kerajaan Turki telah memindahkan buku itu kepada Muzium Etnografi Ankara dengan polis pengiring. Buku itu telah dirampas dari perusuh penyeludup di dalam operasi di rantau Teluk Mediterranean.
Buku ini mengandungi Injil Barnabas, seorang pengikut Nabi Isa a.s, dan mengatakan bahawa Nabi Isa a.s tidak disalib tetapi telah dibawa naik ke syurga. St Barnabas adalah seorang Nasrani awal dan secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cyprus.
Ia juga mengatakan bahawa Nabi Isa a.s bukan anak Allah tetapi seorang nabi yang bercakap perkataan Allah, dan menggelarkan St. Paul@Saul dari Tarsus seorang "Penyamar."
Teks ini mengekalkan visi yang sama seperti Islam, menyangkal ajaran Perjanjian Baru agama Kristian. Buku purba juga meramalkan kedatangan Islam Nabi Muhammad (saw).
Ia ditulis tangan dengan Syria, satu dialek Aramia, yang dikatakan bahasa asli Nabi Isa a.s. Sesetengah pakar-pakar dan tokoh agama percaya bahawa buku tersebut adalah asli.
Sumber: http://www.presstv.ir